Wednesday, July 2, 2014

Conceive & Miscarriage -- Ujian Sabar & Redha Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak


Yes, I have conceived. And I have lost it.

This year, my menses are haywired. Memang pening nak kire. Sebelum pergi umrah, lambat seminggu. Balik umrah, skip one month, dtg very little tahap mcm eh! ni ape bende ni. Secalit je for 3 days then gone camtu je. Lambat berminggu-minggu. Tapi since kami dah off the planning period, tak kisah sangat. 

Happens that my LMP is in April. Lepas tu nan hado. Tapi puas dok beli UPT. Negative je asyik. Seminggu period delay cek. Seminggu plus. Dua minggu. Dua minggu plus. Stress jugak. Period tak datang, UPT -ve...
After 3 weeks late, baru la positive. Syukur Alhamdulillah.



2 minggu lepas UPT +ve baru aku gi klinik Fauziah. Bila scan, doc cakap tak nampak apa pun lagi. Die suh amik urine. Cek urine memang +ve. Clearer line daripada yang aku test sendiri. So doc cakap, this is very early. Probably baru 3-4 weeks. Kalau ikut LMP should be 7w dah. Doc suh datang in 2 weeks time untuk scan.

The week after, aku ada supervision work on site. Berjemur seminggu bawah panas. Bukan kerja berat pun. Just monitoring, inspecting, waiting, verifying. Cuma that week agak meletihkan. I commute back and forth, KL to Klang naik komuter. Balik sampai rumah around 9-10pm. Tu dah siap dinner kat luar. Rabu, kira 1.5 weeks after first scan, which is in between the hectic week, aku gi Klinik Azizah. Mainly sebab pening. Tapi mintak buat scan sekali. Bp a bit low. Scan, dah nampak kantung. Just the sac and still very small. Doc cakap, baru sangat lagi. Tak boleh nak measure. Mungkin baru 4weeks. Ok, theres an improvement from last scan. The next day I continue my supervision work until Friday.

Sabtu. Went out with mama, ayah, adik and my kids of course. Nak beli groceries. Aku takde angkat berat sangat ke ape. Sume pun masuk troli. Anak-anak pun duduk dalam troli. Balik tengahari tu, ade spotting sebesar syiling 50sen lama. I was like...hurmmmm...Whatsapp my zawj. Dia tanya did i lift anything heavy? Takde pun. Masa ni mama belum tau aku dah conceive. So senyap-senyap je dulu. Saturday night, masih bleeding. Taklah banyak. Everytime nak pee tu adalah keluar sikit. Sunday, my zawj ada kelas lagi. Aku puasa macam biasa. Still bleeding and sakit perut sikit. Lepas maghrib, my zawj ajak pergi klinik. Went to klinik Azizah. Doc cakap, since bleeding, dia kena refer ke hospital. Straight away ke hospital ampang malam tu. My zawj drop me first then hantar anak-anak ke ampang, baru datang hospital balik. Masa ni baru mama tau aku conceive. Huhu..

Doc buat speculum, os close. Ada darah tapi tak banyak. No blood clot. Bila scan, can still see the sac. Again doc cakap masih awal lagi. But treat as threaten abortion. Appoinment in 2 weeks time or datang immediately bila turun darah banyak, sakit perut kuat or demam.
Monday & tuesday aku mc. 

Selasa (semalam la tu), pagi tu still ok lagi. Sakit sikit-sikit. Masih bleeding sikit-sikit. Petang, around 3pm, tiba-tiba rasa sakit sangat perut. Macam senggugut. Macam contraction pun ada. Dari perut menjalar ke pinggang. Bila kurang sikit sakit, aku pergi toilet. Aku notice darah makin banyak. Lepas tu memang sakit makin kuat. My zawj kata buka puasa kat ampang je. Pastu gi hospital. Memang aku tak larat nak masak pun. Bila bagitau mama, mama cakap dah nak turun kot. Mama je dah ade experience 3 kali gugur. Huhu..Aku tak tolong pun prepare untuk buka. Baring je. Mujur ada adik. Hihi..

Pukul 7 lebih, dah nak buka puasa, aku gi toilet jap. Sekali rasa macam ada benda seketul keluar. Aku seluk dalam toilet bowl tu, memang ada seketul. Nak kata darah, bukan darah. Nak letak gambar kang ada orang loya tekak. Huhu..aku simpan jelah gamba tu buat kenangan. Aku tanya mama, mama kata, ye dah tu..

Lepas terawih baru pergi hospital. Doc cakap complete miscarriage. So, tak payah cuci. And mc for one week.

Sedih? Tipulah tak sedih. Kami memang dah ready for third child. Kata impian nak anak seramai mungkin kan. Haha..tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Cumanya kali ni, I am much calm and relax. Ada juga airmata termenitik setitis dua. But aku redha. Masa aku tunjuk kat mama benda tu, adik laki aku tanya, 
"kau tak sakit ke kak lang?"....
"sakit je"
"Asal muka kau rileks je macam takde pape...?"
Nak suh aku meraung ke bangcik oii..hahaha..

Baru aku tau macam tu rupa dia. First time gugur dulu buat D&C, taktau pun rupe bendenya macam mana. Tak tau rasa apa. Tiba-tiba dah clear. Dah kosong. 

Apapun, diuji dalam bulan Ramadhan yang barokah, mudah-mudahan Allah beri aku kekuatan iman untuk terima dengan sabar dan redha. InsyaAllah.




6 comments:

  1. takziah dear... 'dia' belum sedia utk terima amanat sbg khalifah Allah...
    sabar k. kena kuat mcm akak. ;)

    ReplyDelete
  2. allahuakbar..moga awak tabah...inshaallah ada rezeki yang lebih baik menanti. He knows best!!

    ReplyDelete
  3. Slm takziah dik, akak pun baru melalui keguguran juga awal januari tahun ini. At 8weeks turun darah juga..gugur kali kedua. Lebih kurang lah perasaan kita time tuh. Org kata (nak sedapkan), mungkin benih tu tak sihat klu hidup pun.. insyallah ada lagi rezeki lagi pasni.. ;)

    ReplyDelete
  4. takziah ili, xpe ade hikmah semua nih... just take a good rest k dear...
    insyaAllah rezeki Allah tu luas bagi org2 yang sabar...

    ReplyDelete
  5. Takziah Ily, Sabar, be strong, and take care dear.

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015