Thursday, June 12, 2014

Degil a.k.a Keras Kepala


Ini bukan cerita pasal anak.
Anak-anak aku baik-baik belaka..Anak-anak yang soleh hendaknya, InsyaAllah..
Hihihi..

Ini cerita pasal emaknya.
Akulah tu..
Aku seorang yang degil, keras kepala.
Tanyalah mak aku, tak mungkin beliau akan menafikannya..
Hahahaha...(Gelak evil..)
(Terus flashback zaman asyik buat kepala batu, zaman hingus meleleh lap kat baju..hahaha)
Astaghfirullahal'azim.

Kalau datang angin kepala batu aku, usually I don't confront people. Most of the time, I will isolate myself.
Duduk kat ceruk, terperap dalam bilik, menempel belakang pintu. Menangis puas-puas sampai bengkak mata.
Masa kecik-kecik dulu, ada satu para besar di balik pintu dapur. Dah macam katil double decker versi sedikit kecil. Belah atas susun buku sekolah, belah bawah sumbat beg sekolah dan segala macam beg lagi.
Selalu je aku merajuk dan bersembunyi kat situ, di celahan-celahan beg. Pulak tu, yang para letak beg tu siap ada langsir, memang heaven aku bersembunyi dalam tu.
Panas pun panas le...Hati tengah kering, terpaksa lah tahan panas tu..
Lepas tu mengharap orang datang cari/pujuk...
Harapan lah kau..
Tertidur-tidur kau kat situ kepanasan, takde siapa pun datang jenguk..hahahaha..

Pernah jugak aku merajuk, aku memerap dalam bilik, refuse to eat. Tutup kipas tutup lampu.
Mogok lapar kononnya. Pastu pura-pura tidur dalam kepanasan.
Orang bebel-bebel marah aku, aku buat pekak je. Orang jerit panggil makan, aku senyap je. Tidur kan? Mana nak dengar orang panggil...Hahaha..
Perut dah berbunyi kriukkk....kriukkkk..Tapi sebab keras kepala, aku tahan je lapar tu.
Katil aku masa tu tepi dinding. Hujung katil dekat sangat dengan pintu. Aku tidur kepala kat belah pintu.
Tengah aku dok menangis layan merajuk sendiri, aku sedar ada orang bukak pintu, berdiri kat tepi pintu.
Lama sangat...Orang tu tak cakap apa pun. Dia just berdiri je kat tepi tu.
Aku terus pura-pura tidur. Pura-pura tak sedar.
Sampai pintu tertutup balik.
Pastu aku sambung nangis.
Aku tau tu ayah. Tapi sebab aku tengah merajuk, dan sebab aku ni memang keras hati, aku biarkan je..
(sekarang bila ingat balik, nak nangis sendiri.huhuhu)
Bangun esok pagi, menggelupur cari makanan. Lapar wehhhh, semalaman tak makan..

Dalam kes yang lain, kalau aku dah terlalu sakit hati, kau pujuklah bertahun-tahun, kebal je hati aku ni tepis semua pujuk rayu. Walau dalam hati aku menangis tak berhenti. Tapi kau takkan tau luka yang dalam hati tu. Kau cuma akan nampak aku yang kepala batu, keras hati..

Bila dah dewasa, dah matang, (matang ke? pffttt) jarang aku nak buat perangai keras kepala tu.
Nak nak nye bila dah jadi mak ni. Barulah nak ada rasa menyesal, bersalah kat mak ayah.
Barulah nak rasa kesian mama & ayah dapat anak degil macam aku ni...Apalah perasaan mereka masa tu?
Yet they still raise me up at their best. Allahu..

Aku harap, dah tua-tua ni  (erkkk...tua dah ke? muda belia lagi ni..hihi) aku tak buat lah perangai keras hati, kepala batu tu lagi. Hopefully. Jarang sangat dah nak memberontak tak tentu pasal. Kalau tiba-tiba datang angin kepala batu tu balik, must be for some freaking reason. Huhu..

Kalau nanti anak-anak buat perangai kepala batu, kau tau lah nak salahkan siapa ily hoiiiii...Salahkan diri sendiri je sebab mewarisi perangai kau lah tu..
T_____T

1 comment:

  1. hahaha,jag jaga taw.nanti anak ikut nanti.hikhik.

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015