Friday, January 10, 2014

Debts-Free Resolution : First Action Taken!


A few months earlier, setelah berbincang dengan my zawj, aku berazam untuk mengurangkan tanggungan beban hutang...
Reducing debts...Not debts-free yet..huhu~
Target aku adalah early 2014.
Alhamdulillah, semalam aku berjaya kurangkan satu (or can I say 2?) beban hutang...

Car loan
Aku beli Perodua Kelisa before aku kahwin. Tahun 2008.
Beli kereta, tapi bawaknya tak sampai 10 kali. Itupun masa 2008 tu je aku drive, masa aku kat company lama. Since bertukar kerja, aku tak pernah drive, sampailah aku dah kahwin dan beranak-pinak ni..huhu~ Hampeh aku ni. Bilalah nak dapat keberanian ni??? Kalau orang lain drive pun aku yang cuak lebih kat sebelah..huhu~
Tapi kereta tu banyak jasa dan bakti kat orang lain. Bukan kat tuan yang dok membayar bulan-bulan ni.
Aku buat car loan for 7 years (84 months). Kalau ikutkan ada lagi 22 months to go..
Last year, aku cek balance untuk full settlement, rasa-rasa macam boleh commit untuk settlekan terus. Tu yang terus buat azam untuk buat loan settlement awal 2014.
Sebenarnya macam dah terlupa jugak azam tu. Alhamdulillah my zawj ingatkan.
So Alhamdulillah semalam settle dah my car loan.
Cik Kelisa, now awak hak milik saya sepenuhnya...Walaupun bukan saya yang pandu awak..Hahaha..Bukan buang awak atau meng-anak-tiri-kan awak..Tapi, ada orang yang lebih memerlukan awak dan akan pandu awak lebih baik dari saya :) 

ASB loan
Aku buat ASB loan ni tahun 2009. 
Last year masa Seminar Fiqh Ibu Bapa, Ustaz Zaharuddin bawak topik kewangan keluarga..Ehhhh..aku tak share lagi pasal seminar ni...huhu...InsyaAllah, akan diusahakan. Back to topic...Masa tu UZAR ada mention pasal hukum ASB ni..Korang boleh baca kat link ni..
Lepas seminar tu, macam berperang dengan perasaan okeh...Aku ni bukan takat ASB loan tu je...Akaun ASB tu lah tempat aku menabung tetiap bulan..Akaun tu pulak, dari aku kecik lagi dah wujud. Dari akaun kanak-kanak bertukar ke akaun dewasa..Punyalah lama kan..Pastu, ligat otak aku berfikir dan proses maklumat yang aku dapat. Dalam masa yang sama, berkira-kira pasal duit..
Duit hoiii...Siapa tak suka duit banyak?? Siapa tak rambang mata duit banyak??
Walaupun loan aku taklah banyak mana, dividen pun ikut loan lah kan...Tapi sape nak bagi kau duit extra macam tu je...Itu fikiran aku masa buat loan tu ye..Memang aku rasa berbaloi masa tu dan sebelum aku dengar kuliah UZAR..Lepas dengar kuliah, agagagaga...rasa nak nangis..
Nak terminate loan, close account, nak asingkan dividen dengan caruman...
Letih otak memproses..
Pastu, after some times, aku terlupa..
One day, peringatan datang bertubi-tubi..Dari kuliah subuh kat surau rumah, Whatsapp dari bff, FB post dari blogger yang selalu aku follow...Aku kira Allah bagi peringatan untuk aku yang dah terlupa ni dengan menghenyakkan satu demi satu fakta dan perkongsian..
Duit dari sumber tidak halal ni banyak sangat kesannya bukan setakat pada diri kita, tapi anak darah daging kita..Nauzubillah..Allahuakbar..Dan salah satu sebab tak khusyuk dalam solat juga datang dari punca makanan yang tidak halal...
T____T

Akhirnya, setelah dihantui penyesalan dan ketakutan, aku bulatkan hati, nekad dan berlapang dada...ASB loan berjaya di-terminate..
Isi termination form dengan form untuk transfer caruman ke akaun bank. Aku buat ni penjualan balik sijil. So nanti bank akan bank-in amount yang kita dah carum. Kate officer tu, awal tahun ni proses lambat sikit. Makan masa 2 bulan. Selalunya 1 bulan dah settle. Tak kisah lah. Yang penting aku dah terminate. Tunggu dia pulangkan balik duit caruman aku je..
The next step, ops pembersihan...Dividen-dividen yang berlonggok dalam akaun tu..Bukan hak aku yang sah tu. Kena tolak tepi, cari tempat untuk disalurkan..sobs..sobs..Yang ni belum buat lagi. 
Akaun ASB dah dikosongkan. Dalam masa 6 bulan, jika tiada sebarang transaksi, akaun tu akan automatically deactivate.

Ya Allah...jadikanlah hambaMu ini berlapang dada dengan ketetapan Mu...
Aku memilih untuk berada di landasanMu..Beri aku kekuatan Ya Allah...

Rezeki Allah sangat luas. InsyaAllah Allah beri bahagian rezeki yang lain pula nanti. Mungkin rezeki ketenangan hati...Mungkin rezeki anak..
Kalaupun bukan kaya harta di dunia, moga Allah kurniakan aku kekayaan amal, bekal untuk akhirat..

Keuntungan takkan datang sekelip mata kan. Takpelah..Aku yakin aku dah buat keputusan yang tepat.
Tabiat menabung akan tetap diteruskan. Nilai tabungan bulanan mungkin dah boleh digandakan setelah tolak loan yang dah settle tu...Haiiipp..Duit yang sepatutnya bayar loan bulan-bulan tu bukan untuk joli katak ye..Still kena put aside untuk tabungan masa hadapan. Jangan tewas dengan nafsu ye..huhuhu~ 

For the time being, aku rasa lega sangat. Alhamdulillah..Biarlah tak dapat extra amount setiap awal tahun, asalkan hati aku tenang..InsyaAllah..Later on boleh fikir pelaburan yang menguntungkan tapi patuh syariah..hihihi~

2 debts down..Few more to go..
InsyaAllah..

**
Bila dah free from debts, baru rasa senang hati nak quit job..Hahaha..So that bila quit nanti takdelah my zawj kena tanggung beban hutang aku kan..ngeee..
Ade hidden agenda jugak rupanya..
^___^

4 comments:

  1. Kelisa tu mmg ramai peminat sbb enjin power. Tapi ASB byk sangat pendapat yg bercanggah kan....saya pun rasa serba salah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..tulah..dpat pulak kelisa SE..saya beli pun 2nd tp tip top lg..

      Delete
  2. Ehhh..tu aku tu..haha! Ilek je benti keje sbb tanggung utang kete je..kehkeh :p

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015