Monday, August 25, 2014

Malu

   
Aku adalah pemalu.

ihsan google

Kalau geng 8d8 yang baca statement ni, mesti rasa nak sekeh kepala aku. Lagi-lagi kapink. hihihi..
Pernah ada orang kata aku baik, macam nak muntah la si ppink ni dengar statement tu dan terus meluahkan perasaan. "Dia ni baik? Dialah yang paling syaiton sekali..." hahahahaha..

Seriously, aku adalah pemalu, bagi orang yang aku tak kenal, tak berapa nak kenal rapat atau dalam sesuatu situasi.
Kalau dengan geng 8d8 atau dalam family, kau tak payah nak banding. Itu sisi aku yang lain bagi yang kenal rapat dengan aku. Memang bagi mereka, tak boleh nak hadam istilah 'aku pemalu' ni kot...But beyond that, aku pemalu.

Aku malu nak tegur/sapa orang yang aku baru first time jumpa.
Aku malu nak bukak mulut bertanya pada entah siapa-siapa.
Aku malu nak bertanya even kadang benda tu aku tak faham tapi takut orang cakap aku tanya soalan bodoh.
Aku pemalu, tak pandai beramah mesra termasuklah dengan jiran tetangga.
Jangan pelik kalau jiran-jiran lebih kenal anak aku daripada umminya.
Selalu je aku dengar statement, "ohhh..inilah ummi faheem..."
Faheem lagi femes dari ummi.
Ummi hanya pandai senyum tersiput malu saat duduk dalam crowd kejiranan.

Tahap malu yang paling aku bengang yang ada dalam diri aku...
Rasa malu sampai menangis.

  ihsan google

Ini bukan kes dimalukan oleh orang ke apa.
Lain macam sikit kisahnya. 
Sendiri rasa malu teramat sampai airmata tak dapat dibendung.
Pulak tu bukan malu dengan orang yang tak dikenali...Ini malu dengan orang yang paling rapat dengan aku.
Lebih dari 2 kali dah terjadi..Sekali dengan Mama dan beberapa kali dengan my zawj.
Sumpah! Aku malu tak terbendung.
Situasinya hanya mereka dan aku yang tahu.
huhuhu..

Bila mengenang balik aku malu sampai termenangis, aku tersipu malu semula.
Pffftttt..

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015