Tuesday, August 19, 2014

Tragedi Gigi Faqeeh


Semalam aku ambil anak-anak kat rumah pengasuh sorang-sorang since my zawj balik kerja lambat. Kalau ummi yang jemput, jalan kaki je lah ye anak-anak, dan terus balik ke rumah, takde jalan pusing-pusing taman ke apa. Tapi kalau dengan abi, naik motor, boleh round taman dulu, bagi anak-anak puas sedut angin. hihihi..
Kalau terus balik rumah pun, confirm masing-masing request nak jalan-jalan dulu..pfffttt..

Masa jemput anak-anak, mak (pengasuh) kata kat Faqeeh, "Adik tak tunjuk gigi kat ummi?"
Faqeeh ketap je mulut. "Kenapa gigi adik?"
Faqeeh lari-lari, tak bagi ummi tengok mulut.
Mak kata gigi adik patah.
Cepat-cepat aku tangkap Faqeeh nak tengok gigi. Dalam otak terbayang gigi adik rongak.
Bila tengok, ada je semua gigi, tapi ada something unusual..


Rupanya gigi adik yang belah depan dah sumbing.
Lorrrrr...patah separuh ke dik?? Takdelah separuh pun, cuma nampak jugaklah sopek nye..huhuhu..Nampak tak berlekuk gigi depan dia tu?
Mak kata adik main acah-acah abang, kejar-kejar dengan abang, then jatuh.
Hmmm...biasa dah budak berdua ni bergumpal..Nama pun anak lelaki..
Pastu adik sendiri dok bising cakap, gigi....gigi...
Bila mak tengok, gigi dah sumbing.

Whatsapp ke mama gambar gigi sumbing Faqeeh ni. Malam tu mokcu cakap nak tolong ganti gigi adik.
Ni gigi baru untuk adik.
Jelly gummy bentuk gigi...Errrkkkk..

Alahai adik, dah tak handsome dah gigi adik...Tunggu sampai gigi tu longgar dan tercabut sendiri lah ye baru nak handsome semula...Lama gak tu..Adehhhh...
Esok dah masuk sekolah dengan gigi sumbing gitu, alahaiiii..
Takpelah adik. Tak cantik gigi, kalau hati cantik dan baik, InsyaAllah semua pun akan nampak cantik. 
And that is somehow the most important thing.


1 comment:

  1. ily::
    sama mcm naufal dl..smp skrg gigi depan dia sumbing sbb patah separuh..biarkan je, sbb nanti tumbuh gigi kekal kan..

    but the challenge part is lps makan kena berus gigi..sebab gigi sumbing maka makanan senang sangkut..

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015