Tuesday, September 9, 2014

Run! Baby Run!


"Cepat adik...kejar abang"



Abang seronok jogging secara duet dengan abi.
Ummi?
Berjalan pada kadar moderate pace mengawasi adik yang kadangkala tersasar dari trek dek terpesona dengan bola yang seolah memanggil-manggil adik mengajaknya ke tengah padang untuk beraksi lagak Mesut Ozil..bahaha..
Main petik je nama. Hakikatnya aku tak tau siapa football star paling hangat abad ini..kahkahkah..

Jangan kau tanya kenapa ummi sekadar berjalan.
Dalam hati meronta nak sprint 100m bila melihat trek balapan, mengimbau kenangan zaman remaja yang aktif..
Feeling-feeling zaman badan sekeping. Kau nak lari pecut ke nak melompat ke apa, kau tak risau pun lelemak berhenjut sama. Sebab tak wujud.
Sekarang ni sedar, diri dah meng-gendut. Harapan lah kau nak berlari waima berlari anak setempat pun, pasti seluruh umat di tengah padang berhenti menyepak bola dan muntah darah di tengah padang.
Kau lari ke kiri, lelemak berhayun ke kanan.
Sudahnya kau jalan saja.
Hahaha..
The main reason, sebab tiada perempuan lain yang berlari di situ. Ada pun, seorang ibu mengandung dalam lingkungan 6-7 bulan berjalan bersiar menemani anak kecil.
Segan pulak aku nak pecah rekod the only female yang berlari atas trek sambil disaksikan sekumpulan pemuda bermain bola sepak pada hari tersebut.
Nak pujuk hati, cakap kat diri sendiri, jalan pun senaman jugak..huhuhu.

Terkedek-kedek adik mengejar dari belakang..


Alhamdulillah..Faheem and Faqeeh manage to complete one full round.
Abi pulak sambung another 2 rounds secara solo.

After that ingat nak try la exercise equipments ni...
Tapinya, ada pulak sekumpulan lelaki tengah training apa tah nearby. Dan aku seorang saja perempuan di situ.
Again, ku kuburkan hasrat hati..huhu..

Monitor anak-anak je.



Alhamdulillah, they had great time walaupun sekejap je.
Ummi masih bertabah berteman lelemak setia >___<
By the way, ni dekat stadium UIA. I noticed ada sports centre khusus for ladies. Next time kalau nak datang sini lagi, kena separate into two groups. Otherwise aku jadi penonton sajoh sambil memendam hasrat jauh-jauh dalam hati...
Kalau tak, kita ke open public space saja ye my zawj, tasik or taman with jog tracks where I am not the only female there yang ghairah nak berlari merembes lemak. 
Let's be fair to both of us..kihkihkih..


1 comment:

  1. Saya pun sgt rindu nak pecut di balapan...ewahhh poyo jek ayat ekk hehe...bila teman anak2 di padang tetiba rasa lain mcm jek semangat nak berlari...tapi apakan daya...sekrg ni bila lari jek semput dan pancit hehe :p

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015