Monday, December 22, 2014

21st Dec 2014 : Faqeeh is 2


Alhamdulillah, Faqeeh is officially 2..
And, to be fair to both my heroes, since masa abang was 2, I did some birthday deco for him..So, I did the same for Faqeeh. But I did ask him few days earlier, what themes does he likes.
Bagi options la of course. Kang dia jawab yang pelik-pelik, naya ummi nak buat..

Since he said he want cars...
So, I made cars pennant banner for him. A simple one je..
I hang the banner on his birthday eve, when all of them were upstairs, asleep and ready to sleep.


I did the same for Faheem last time.

Tapinya, Faqeeh ni sangat lah bersahaja.
He didn't show any signs of excitement ke hape..
Biasa-biasa saja. Whether the thing is there or not, dia rileks je. Buat hal sendiri.
Ummi pulak yang stress. Dan abang pulak yang teruja.

Last time masa buat untuk Faheem, dia sangatlah excited. Bangun tidur terus sengih-sengih tengok banner and the choo-choo-train tergantung. Sampai nak suruh mandi pun payah. Terpaku depan banner tu sengih-sengih..
Faqeeh ni, memang lansung dia tak heran. Terus cari mainan dan main seorang diri, create his own stories..Sampai ke nak ambil gambar pun kena paksa. huhu..


Cubaan membuat 'peace' yang tidak berjaya..
  
 Later, abang pun interframe sama..


2 sons of different characters. Bu I love you both equally, InsyaAllah..

Seperti kebiasaannya, the way we celebrate birthdays is really simple.
Since that day kami occupied dengan some works, takdelah nak keluar makan ke apa.
Just pergi beli kek, then makan kat rumah. Masa beli kek, birthday boy dah tertidur dalam kereta..

Birthday boy menangis tidurnya di kacau. Awak tidur dah lama dik..Haruslah ummi kejutkan..Terus emosi je birthday boy..hahaha..

Kek kecil pun masih berlebih untuk keluarga kecil kami :)

Abang tu standby nak potong kek, mengalahkan birthday boy pulak..Adoii.. Birthday boy pulak masih sememeh dengan airmata berlinang...

 Alhamdulillah..Dah 2 tahun Allah amanahkan Faqeeh buat kami, untuk kami didik jadi mukmin yang bertaqwa. Terasa usaha kami terlalu sedikit dalam memikul amanah yang ternyata amat berat ini..Allahu..Moga Allah beri kami kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menjaga amanah yang dititipkan buat kami.

Faqeeh diusia 2 tahun, I can see that he is very independent dan sangat berani dan tersangatlah cheeky.. 
Faqeeh boleh leka main apa jua be it permainan, atau apa-apa sahaja yang boleh dibuat main..Dia akan main seorang diri, reka cerita sendiri guna apa yang dia ada sebagai props..
He wanted and insisted to do all things by himself smapi bergaduh dengan ummi dan abi.
Kalau berjalan keluar, sokmo berdebar je ummi ni sebab dia ni independent dan terlebih berani. 
Mengusik abang taknak kalah. Selalu lah abang menangis kena kosek dengan adik. Adik pulak, selamba sengih-sengih gembira dapat sakat abang.
Alhamdulillah Faqeeh mudah hafaz, mudah hadam dan lancar membaca doa-doa, zikir dan selawat serta bacaan surah Al-Fatihah dan beberapa surah pendek.

Ummi mintak maaf sebab ummi bukan ummi mithali, ummi banyak buat silap dalam mendidik Faqeeh & abang, ummi kurang sabar, ummi tak pandai kawal marah..Ummi tak tunjukkan contoh terbaik buat kalian. Ampunkan ummi ye sayang. InsyaAllah, ummi cuba sebaik mungkin untuk didik kalian dengan hikmah dan sabar.

Semoga Faqeeh jadi anak yang soleh, dikurniakan sifat-sifat mahmudah, menjadi mukmin yang bertaqwa, berakhlak soleh, dihiasi dengan sifat & keperibadian Rasulullah SAW, sentiasa di dalam lindungan rahmat, barakah dan redha Allah fiddunya wal akhirah.

Ummi uhibbuki fillah..


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015