Friday, December 19, 2014

Wolfing at Big Bad WOlf 2014


Wolfing??
Terus terbayang bunyi salakan serigala..Auuwww...Seram!
Tapi takdelah aku menyalak macam serigala..Adoii..Cuma sebab pergi tengah malam buta, tu yang tajuk jadi wolfing tu..kihkih..

This year, sebelum sempat aku pujuk my zawj ajak pergi BBW, dia dah terlebih dulu cakap nak terjah BBW. Sebab ada misi yang harus dilaksanakan.
Nak pergi weekend of the first week, dia dah kepenatan sangat bantai main futsal entah berapa game agaknya sampai sakit-sakit badan. Pastu masing-masing lupa the fair ends bila...
Bila send gambar ni kat my zawj barulah macam..."Hah...sempat ke nak pergi ni??" Sebab weekends semua dah ada plan..

So, the final weekend je tinggal (based on initial fair date). Tapinya, the weekend pun dah reserve for hotel stays.Jadi kami decide pergi hari Jumaat malam. Just the two of us.
Sebab ada misi penting, jadi tak boleh bawak anak-anak. Nanti misi penting jadi kelaut, ummi jadi serigala jadian..Huhu..So, after Maghrib hari Jumaat tu, kita balik Ampang...Dah cakap kat Mokcu siap-siap..So, dinner is ready..Hahaha..Hampeh punya kakak kan..

Tapinya, anak-anak punyalah segar, dok bermain tanpa henti. Ummi dengan abi pulak yang dah berpuluh kali menguap. Kalau main tinggal je kang, meraung budak berdua tu, jenuh pulak maktok nak pujuk. And also, nanti lepas balik, menjawab lah dengan Faheem soalan-soalan maut dia yang bertubi-tubi campur rajukan panjang. Letih nak pujuk nanti.
Sempatlah ummi abi layan Maharaja Lawak Mega. Kalau kat rumah sendiri tak pernahnya tengok. Haha..Kat rumah maktok pulak boleh melayan.
Habis MLM, still takde sign bateri nak kaput or whatsoever..Makin ligat adalah. My zawj dah dok tanya, jadi ke tak? Camne ni? Larat ke tak? Ngantuk bagai,,Hmmm..Takpe, kami naik solat isyak dulu. Tiba-tiba dengar suara kakak Iris. Ehhhh...Makngah datang lah...Eloklah...Faheem ada geng. Kalau dia leka main dengan iris, selamatlah kami nak keluar.

Lawak je rasa nak menyelinap keluar sorok-sorok dari anak-anak. Nak distract the kids pun bukan senang. Tengah those kids syok main, sambil tu makngah nye dok cerita pasal Faheem nyanyi lagu Let It Go...Pastu bila tengok Faheem leka main, terus lagu jadi macam ni....
"Let it go...let it gooooo...go...go...gooo.."
Sambil bagi signal suruh blah cepat..Hahahaha..
Tapikan.....Kids, dah besar esok jangan menyelinap keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan ummi abi ye...Minta kebenaran ummi abi dulu elok-elok..Huhuhu..Tiba-tiba sangat ni..

Dekat pukul 12 dah masa tu.
Sampai sana, ok lah, nak cari parking pun taklah susah sangat. Kami parking kat luar je. Ade je kosong lagi. Maybe sebab Jumaat malam, orang dah penat harung jem luar biasa hari Jumaat, so orang tak ramai sangat. Heaven je nak pilih-pilih buku. Takyah bersesak-sesak.
Tapi satu gambar pun aku tak snap. Nak cepat kekdahnya.
Kami ni pun dah ngantuk sangat tapi tahankan gak mata.
Demi misi penting kan..

Belek punya belek...Pukul 3.27 a.m. baru keluar dari MIECC. Phewwww...
Lama jugak. Itupun takdelah aku pergi belek every row.
Masa sorting buku, my hero ni dah tersengguk dah duduk kat sebelah. Kesiannye lah. Kalau dia suruh aku masuk sorang, dia tidur dalam kereta, aku rasa lagi lama kot aku dok dalam tu..Hahaha..Sebab kesian tengok dia dah letih dan ngantuk, tu yang cepat-cepat. Ada jugak section yang aku nak singgah, tapi aku control je nafsu..

Pastu masing-masing kelaparan. Singgah lah makan kedai mamak di pagi buta...

Hasil tangkapan..

Yang ni untuk mama...The last BBW, tak jumpa buku knitting yang best untuk mama. Alhamdulillah, this time around ada, though tak banyak choice for knitting. Hopefully mama suka lah..

Anak semua lelaki, tiba-tiba sangat nak beli Hello Kitty apehal???
Of course ni bukan untuk Faheem & Faqeeh..Naye kalau bagi Hello Kitty kat anak teruna...This is for Iris & Izzara..Sticker book. Penuh sticker kat dalam..

See...Cute stickers and loads of them..Seronok main tampal-tampal..Faheem pun ter-join tampal sekali..

The posters...Fun for the girls..

For a nephew who loves to doodle around. Nampak buku ni memang terus teringat kat dia..Pergi mana pun mesti ada buku dengan pen, and he will enjoy drawing all sorts of things..


Untuk aku terselit jugak 2 buah buku. Cookery books again???
Itupun aku tak beli kat cookery section. Terjumpa tah kat mana-mana orang tinggalkan.. Kalau ikutkan hati, nak belek-belek kat cookery, craft & arts section dan jugak deco-deco..Tapi sebab kesian kat my zawj yang dah mengantuk sangat..Lupakan hasrat itu. Aku ngantuk jugak, tapi masuk je dalam tu terus segar bugar biji mata ni..ahaha.
Buku kek ni aku suka sebab dia pictorial step by step. Sesuai untuk orang tangan kayu macam aku ni nak belajar buat kek. Tapi.......takde oven..Hahaha..Baca buku sampai khatam dulu, nanti baru beli oven dan mulakan praktikal pulak..huhu..

As for my heroes....Lebih kepada activity books and flash cards..Aku kurang sikit nak beli buku fairy tales, kisah-kisah dongeng ni..Kalau beli pun yang memang dia minat macam Thomas & Friends tu..  

As I expected, yang paling menambat hati si abang is the giant book of Tractors.

And these are for our special mission.

Total damages: RM231 for 33 books and 3 Flashcards...Really worth the money...

Now that the BBW book sale 2014 extended until 21 Dec, sempat lagi korang nak terjah..Rasanya more discounts given kot hujung-hujung ni.. Sila lah melabur...hihi..But obviously, no second round for us...Enough for this time. Prepare for next year pulak, InsyaAllah..
Big Bad Wolf Banner

Rasanya lepas ni kena buat tabung khas untuk BBW 2015 pulak...hahaha..And pembelian tak boleh exceed jumlah tabungan. Kalau kurang takpe, kita carry forward untuk the coming years pulak..Ngeee~ InsyaAllah...

1 comment:

  1. Bestnye ili dapat gak gi..kita keadaan tak mengizinkan tp sempat gak lah kirim kat kawan yang gi. Buku bebudak kat sana memang best. Sampai rambang mata

    http://happywaytales.blogspot.com

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015