Sesekali nak dinner western kat rumah..hihi..
Tambahan anak-anak pun memang penggemar pasta.
Jadi, ummi merajinkan diri buat pasta aglio olio..
Yang paling simple je pun kannn..
Ni aglio olio versi apa sahaja bahan yang ada kat rumah. Mungkin tak sama dengan resepi asal.
Bahan yang aku gunakan:
How to cook?
Rebus pasta dengan sedikit minyak dan garam, then toskan.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak. Tumis bawang besar (dipotong dadu) & bawang putih (diketuk) sampai naik bau.
Masukkan kiub pati ayam, sambal ketuk (menggantikan chilli flakes/cili kering), black pepper dan parsley flakes. Kacau-kacau bagi sebati.
Masukkan potongan sosej, udang, potongan lobak merah.
Bila sosej, udang dan lobak dah agak masak, masukkan pasta yang telah direbus tadi.
Gaulkan supaya rencah dan pasta sebati.
Garam secukup rasa.
Your pasta is ready to eat !
Here's my Angel Hair Aglio Olio Berapi.
Ia dinamakan berapi sebab penggunaan sambal ketuk menggantikan chilli flakes memberi rasa pedas berapi yang phewwwwhhh !
Walaupun sedikit pedas, but the kids love it.
Alhamdulillah licin pinggan anak-anak yang sememangnya penggemar pasta.
No comments:
Post a Comment