Wednesday, February 4, 2015

Cubaan Mengasingkan Anak Tidur


Early last week, had a conversation with my ex-collegue..
Borak punya borak, dia tanya umur Faheem & Faqeeh.
Faheem going to be 4. Faqeeh is 3 kalau ikut tahun, but kalau ikut bulan baru je 2 tahun.
Terus la my lovely sis ni cakap, haaaa dah kena start asingkan tidur. Since ada geng, InsyaAllah it will be easier.
Anak dia pun dia mula asingkan tidur at that age. Take time nak serasi katanya, tapi have to start lah.

Aku pun memang lah pernah terfikir nak asingkan tidur. Tapi sokmo lah tunda.
Banyak sangat alasan.
Dok lah fikir, anak dah ready ke? Kang kalau dok merengek tengah malam macam mana? Kalau nangis nak susu tengah malam macam mana? Sleep walk, jatuh tangga pulak kang..
Bilik pun satu hal jugak. Nak kemas bilik belakang yang macam stor, sort out barang-barang dan baju anak-anak, kemas elok-elok, hias sikit bagi berseri sikit bilik tu..

Tapi a couple of weeks earlier memang dah start amik inisiatif kemas sikit-sikit bilik belakang.
Mula dengan sort baju anak-anak. 
Then pujuk my zawj beli 5-tier boltless rack tu. Mula ingat nak beli satu je. Tapi barang banyak kemain. My zawj pulak suggest beli lagi satu. Tak kemas habis lagi part tu. Tapi bila dah letak sumbat-sumbat barang kat atas rak tu, nampak lega lah sikit ruang bilik yang super comel tu. Asal jangan toleh kat rak tu je. Kalau tenung rak tu, boleh pengsan dibuatnya. Hahahaha..

Pastu dulu ada beli wall sticker kat Mr. DIY. Memang plan nak tampal kat bilik belakang tu. Tapi dek sebab tak berkemas, bilik tunggang langgang, sticker tu pun tersadai lama. Last 2 weeks, bila bilik dah nampak ok sikit, baru lah semangat nak tampal sticker. Tapi jadi macam caca merba jugak. Sebab tak planning betul-betul. Main ikut sedap rasa je nak tampal. Lantak lah. Yang penting the kids suka dan happy..

Bila dah meriah dengan sticker, baru masing-masing nak mengaku bilik.
Then, baru boleh umpan tidur kat bilik sendiri. Hihi..

Katil memang takde. Selama ni pun memang tidur atas toto je.
Jadi, malam pertama tidur di bilik sendiri, hamparkan toto seluas-luasnya. Puji bilik cantik lebih-lebih sikit. Sakat cakap bilik cantik ni bilik ummi. Masing-masing taknak mengalah. Seronok nak tidur bilik cantik katanya. Dengan syarat, ummi kena tidur sama. Ceittt..

Malam pertama, memang ummi terlena sama nak tunggu dua-dua tidur. Pukul 4 pagi baru ummi terjaga. Pfffttt..
Second night, sebaik anak-anak tidur, terus ummi tinggalkan. Tapi pintu bilik tak tutup rapat. Pukul 3 pagi kot abang terjaga, heret bantal bawak gi bilik ummi, nangis tepi ummi ajak tidur kat bilik dia. Huhuhu. Alhamdulillah jugak ummi boleh sedar bila Faqeeh nangis nak susu tengah malam.

Setakat ni baru 3 malam anak-anak tidur di bilik sendiri. Start dari last week lagi. Tapi terpaksa off few days since abi ada misi pasca banjir di Kelantan, kami 3 beranak berkampung kat Ampang..hihi..

Let see berapa lama ummi kena ulang alik tengah malam tidur dua bilik..haha..Bertabah lah ummi ye..Satu malam bukan sekali ye kena berulang alik. Faqeeh kadang 2-3 kali jugak minum susu tengah malam. Dan...abang Faheem pun masih berdiapers during night time. Kalau nak start fully diaperless, lagi kerap lah ummi kena intai anak-anak kat bilik sebelah..Pengsannn..Takpe..InsyaAllah, I can make it..

Bilik tu pun banyak lagi nak kena kemas dan organize. Nak kena tambah boxes nampaknya. Pening ummi tengok barang berserabut atas rak. 

Sorry ye anak-anak. InsyaAllah ummi cuba kemas your room sehabis baik supaya Faheem & Faqeeh boleh tidur dan main dengan selesa kat bilik sendiri. InsyaAllah.

3 comments:

  1. bestnye...aku dr dulu teringin nak buat bilik budak2 tu... tp xde rase nak dok tingkat atas. puah la naik turun tangga nnt. letak tilam kat ruang legar dpn bilik aku suh hafiy tido situ ngan adik, x mo plak...aku teman pon xnak, ajak tido bilik mama. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde rupa bilik sangat pun ne. Selama ni mmg mcm stor & bilik solat je bilik tu. Ni baru nak kemas sikit. Tapi masih nampak macam stor..haihh..sebab ada sticker penuh dinding tu je yang Faheem Faqeeh excited nak tidur situ dan setelah di psiko berkali-kali. kihkih.. Tah bila nak nampak macam bilik tidur/playroom anak-anak tah..Ngeee...

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015