Wednesday, January 28, 2015

Bila Anak Berfikir Secara Logik


Dialog 1

Aku sekarang memang nak kemana-mana senang sarung jubah je (sebab baju banyak tak muat dah sebenarnya..huhuhuhu) .Tapi even pakai jubah, tetap akan pakai seluar panjang/jeans.
Faheem kadang-kadang panggil jubah tu baju panjang. 

[Faheem]
Ummi kan dah pakai baju panjang, tak payah lah pakai seluar lagi.

[Ummi]
Kenapa tak boleh?

[Faheem]
Baju panjang, tak nampak kaki dah. Tak nampak aurat pun.

[Ummi]
*Terkedu jap*
Memang baju panjang dah tak nampak kaki. Tapi kalau ummi jalan, baju terselak-selak macam ni (sambil tunjuk gaya) nampak kaki tak?

[Faheem]
Nampak

[Ummi]
Boleh ke tak nampak kaki? 

[Faheem]
Tak boleh.

[Ummi]
Kenapa?

[Faheem]
Nampak aurat ummi.

[Ummi]
Ummi kena pakai seluar ke tak?

[Faheem]
Kenalah. Nanti nampak aurat.


Dialog 2

Sambil tengok cerita Noksu di TV Alhijrah. Noksu makan pencake.

[Ummi]
Eiii...sedapnya pencake noksu. Ummi nak sikit lah.

[Faheem]
Tak boleh lah.

[Ummi]
Kenapa tak boleh?

[Faheem]
Mana boleh amik

[Ummi]
Kenapa tak boleh amik?

[Faheem]
Dalam tv, macam mana nak amik? 
(Terus pergi kat tv, buat aksi macam nak amik pencake dalam tv)..
Tengok, tak boleh amik kan..

[Ummi]
Yelah..Tak boleh amik la..

[Faheem]
Dalam tv mana boleh amik. Apelah ummi ni. Itupun tak tau.

Adoii Faheem...Pedih macam kena tampar je ummi rasa..

***
Terus rasa macam tears running down my cheek. Eh! dah besar ke awak ni Faheem?

1 comment:

  1. Hihi..senyum lebar sy bc crita si faheem tu..bijak..

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015