Thursday, March 19, 2015

5th Pregnancy : 3rd Baby, InsyaAllah


Tetiba 5th pregnancy kan..Haha..
2 kali gugur, 2 kali selamat melahirkan, so here come the 5th la..
InsyaAllah the 3rd baby, semoga sentiasa dalam perlindungan Allah.

Jujurnya, I wasn't expecting this pregnancy.
Ehh..bukan aku tak suka ye. I am more than happy with the news..Syukur Alhamdulillah...
 I mean, aku tak sangka dan tak jangka pregnancy kali ni though aku memang berharap sangat to get pregnant.
Sebabnya, sejak dari awal tahun lepas, since balik dari umrah, menses aku memang haywired. Lansung tak boleh nak jangka. Come this month, non next month, a little dot the other coming month, forever berserabut.
Then pregnant for 5 weeks and miscarriage in July 2014.
Lepas miscarriage pun menses kelaut. Boleh kata once in almost 2 months punya cycle.
First cycle tu, gigih jugak beli UPT and cek. Frust bila satu line je muncul.
The next cycles, malas dah nak cek.
Menses tak betul, berat naik mendadak. Stress !
Terus aku beli OPK dari blogger kina.
Sebab menses berterabur, aku tak tahu bila aku ovulate, dan aku nak sangat preggy again..haha..

So masa tau pregnant ni, it was 54 days after my LMP. Which at first I thought it was just another long cycle of menses..
And I don't even had a chance to use the OPK that I have bought from kina..Ingatkan lepas muncul cik P yang dinanti-nantikan, excited nak buat OPK tu. Rupa-rupanya, lain yang muncul. Allahuakbar !

How do I get to know that I'm pregnant?
7/1/2015, teman mama pergi HKL, nak set appointment dekat Jabatan Nuklear.
Masa naik dept tu, nurse tanya kat aku.
"Puan pregnant ke?"
Cepat-cepat aku menafikan.. Nurse kata kalau pregnant tak boleh masuk kawasan tu sebab radiasi tinggi. Aku macam, ermmm..ok, saya tak pregnant.
Mungkin nurse tu nampak perut aku buncit, which memang ramai orang tegur sebelum tu lagi. Dan dengan pertambahan berat yang mendadak lepas gugur, aku pasrah je.

Sekejap je kat HKL. Tengahari aku masuk office balik.
Petang balik kerja aku rasa tak sedap badan, mual-mual. Membawa ke malam. sokmo rasa loya nak muntah.
Dalam hati, efek radiasi ke ape ni??
Pastu tiba-tiba rasa nak cek UPT. Kebetulan ada satu UPT kat rumah, dapat free masa beli OPK kat kina. Cek pun, takde lah beria tunggu macam first time cek UPT kan..Lepas titis urine, aku tak tercongok tunggu result. Sempat la pergi minum dulu, basuh pinggan.
Lepas tu baru jenguk result UPT.
Bila nampak dua line yang terang, terus rasa nak gugur jantung.
On the spot aku nangis. Subhanallah. I really wasn't expecting the result.
Syukur nya tak terkata. Faheem pulak terpinga-pinga tengok aku nangis.
"Kenapa ummi nangis? Ummi sakit ke? Siapa buat ummi? Ummi janganlah nangis."
My zawj takde pulak malam tu.
Cepat-cepat whatsapp gambar UPT kat my zawj. And told him, baru pagi tadi masuk jabatan nuklear tu, Ya Allah..Hopefully takde apa-apa kesan lah kat kandungan.
Zawji kata, "InsyaAllah ok. Kita tawakkal je."
And again, it was 54 days after my LMP.

Few days after, aku test lagi guna ClearBlue digital test kit yang bagi estimate duration sekali tu.
The result..






So, 5+ weeks it is.
To be more exact, pergi klinik for scan.
First scan belum nampak heartbeat, baru nampak kantung je. About 6 weeks baru.
Second time scan, 3 weeks after 1st scan kot, Alhamdulillah dah nampak heartbeat. EDD tak sama dengan 1st scan.
Sebelum bukak buku merah, I went for another scan at 12 weeks of pregnancy. Kali ketiga ni pergi klinik lain pulak.
Rezeki sungguh sebab nak buat ultarsound scan biasa je, tapi doc tunjuk 4D scan. But charge harga biasa.

Alhamdulillah, heartbeat clearly seen. Baby aktif bergerak. Since doc tunjuk 4D image, teruja dah nampak tangan dan kaki yang aktif bergerak.
Faheem dan Faqeeh pun seronok tengok adik.
Doc pun sangat friendly, siap suruh my zawj rakam video 4D image tuh while dia try to find the best angle of baby.


Faheem kata comellah baby.
Faqeeh pulak confuse, tu baby ke lion?? Adoiii...Tang mana yang nampak macam lion tah..


video

Alhamdulillah, syukur...
Buku merah pun dah selamat bukak.
Berat turun 3 kilo compared to pre pregnancy.
Hb pulak low, 9.6.. Hmmmm..

Cuma bab EDD tu confuse sikit.
Kalau ikut LMP, my EDD will be 22/08/2015.
Ikut 1st scan, early Sept.
2nd scan 13/09/2015.
3rd scan 05/09/2015.
Bila kat klinik, doc scan balik, dia cakap 17/09/2015.
Then doc cakap ikut 2nd scan, 13/09/2015.
Tapi doc tu macam pening-pening sikit. Dia scan macam acuh tak acuh je sambil kunyah chewing gum..
Aku lagi percaya 3rd scan punya result sebab doc tu lebih teliti.
Ape pun, tak kisah lah 5hb ke 13hb.
Yang penting, when it's time to due, baby lahir dengan selamat tanpa komplikasi, dan normal hendaknya, insyaAllah..

7 comments:

  1. again kite punye anak akan sebaya (same year) hihi... mcm yg 1st pregnancy aku, aku siap pi buat x-ray lg sbb nak register ms kat uitm tu. mase tu pon berat naik dah. 1st day kelas br tau pregnant, alhamdulillah xde ape2. wish u all the best... smoga dipermudahkan olehNya. amin.

    ReplyDelete
  2. Berat kita pun naik mendadak Ily lepas stop cucuk perancang & tak period langsung..huhu...tahniah..alahai comel je tgk video tu..abang dah faham sangat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat kite start naik lepas Faqeeh refuse breastfeed..huhu..Tapi sikit2. Lepas gugur tu yang tibe-tibe naik mendadak..huhu~

      Alhamdulillah..Faheem is a big boy now..

      Delete
  3. tarikh edd lebih kurang jer dgn ana..so tahniah ya..

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015