Thursday, April 30, 2015

Menabung...


Awal-awal dulu, takde pun beli tabung khas untuk anak-anak.
Simpan duit syiling dalam balang kuih raya, assume tu tabungan anak-anak.
Bila Faheem dah besar sikit, bila ada syiling je, bagi kat dia suruh masukkan dalam balang.
Bila Faqeeh dah mula faham, berebut jugaklah dua beradik tu nak simpan duit dalam balang.
So, ummi dan abi pun belikan lah tabung untuk Faheem dan Faqeeh.
Tabung pertama dah pecah. Bukan sebab dah penuh lalu dipecahkan. Tapi sebab Faheem dok angkat ke hulu ke hilir, dan bila tabung dah berat, dia terlepas tabung tu lalu jatuh berderai dan berkecai. Maka terburailah segala isi perut tabung.
Tabung pertama tu memang tak durable.
Tak tahan lasak walaupun harganya agak mahal.
Maka, belilah tabung baru. Tabung murah beli kat Mr. DIY. 3 ringgit ke 4 ringgit tah.
Suruh anak-anak pilih warna sendiri.

Pantang ada duit syiling, rajin lah dua beradik ni menabung.
Kadang-kadang tu paksa ummi korek celah-celah beg cari duit syiling. Huhu..

Walaupun dah ada dua tabung, tapi masa nak bank in nanti, tetap akan tambah dan bahagi dua isi tabung tu. Tak adil rasanya kalau bank in ikut isi tabung masing-masing. Masa kalut nak menabung tu, mana sempat nak bahagi sama banyak. Jadi, biarkan je masing-masing semangat menabung, tanpa perlu sibuk jumlah dalam tabung. Pupuk semangat je dulu. For the time being lah. Esok-esok bila dah pandai menabung duit saku sendiri, kena ikut isi tabungan masing-masing lah..Hihi..

Selalu jugaklah cakap dekat Faheem kenapa kita kena simpan duit, apa kepentingan menabung.
Selain sebagai simpanan untuk hari mendatang, boleh jugak guna duit tabungan untuk tolong orang yang perlu bantuan kewangan. Menabung bukan setakat simpan dalam tabung yang ada dekat rumah, boleh jugak menabung di tabung-tabung surau dan masjid. 

Hari tu, makan dekat luar. Masa abi nak bayar, Faheem tanya kenapa abi bagi duit dekat kakak kedai.
Told him, dah makan, kenalah bayar. Kalau pakai duit Faheem boleh tak?

"Mana boleh pakai duit Faheem. Faheem nak simpan dalam tabung. Nanti nak masuk kat bank."
"Simpan duit dalam bank nak buat apa?"
"Nak pergi umrah lah.."
"Haji taknak pergi?"
"Haji tu umrah lah. Umrah tu Haji..."
"Pergi umrah tu pergi mana?"
"Pergi Kaabah lah. Faheem nak ikut ummi dengan abi pergi Kaabah.."
"Ok...Kita simpan duit banyak-banyak. Doa banyak-banyak ye. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua, jemput kita pergi buat Haji atau Umrah.."

Mujur awak cakap menabung nak pergi umrah bang. Kalau nak beli mainan sokmo, habis lah saving beli mainan je..huhu.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015