Friday, April 24, 2015

Faqeeh : Chicken Dance....Ehh..Chicken Pox..



Last week Faqeeh diserang ayam...
Hihi..
Chicken pox lah.

Hari Rabu petang, masa jemput kat rumah pengasuh, Mak cakap ada bintik-bintik kat muka. Adalah dalam 3 bintik. Don't know whether it's rashes ke apa.
Bila aku cek, ada lah kat pipi 3 ketul, then ade kat dahi dan leher beberapa ketul.

That night, badan Faqeeh panas. Terjaga tengah malam, tepuk-tepuk Faqeeh, rasa kat belakang badan macam banyak pulak biji-biji.
The next morning, memang dah naik banyak dah kat belakang badan, kat muka dah bertambah, kat perut pun ada jugak.
Ok, it is chicken pox.
Terus lah ummi emergency leave.
Then bawak lah si kecik ni pergi klinik.
Doktor bagi calamine lotion, ubat demam dengan ubat gatal.
Tapi susahnye lah nak sapu lotion kat hero sorang ni. Bergelut-gelut.
Nak makan ubat apatah lagi. Habis kita disemburnya balik.
 

Pastu mandikan dia dengan campuran air pinetrasol.  Lama betul dia berendam.

Abang semangat tolong mandikan adik, tolong siram air kat badan adik.

Lepas mandi air campuran Pinetarsol ni, takdelah Faqeeh menggaru sangat. Lama jugak bertahan.

The next day naik lagi banyak dan besar-besar. Kesiannya awak dik..


Dan punyalah manja kededek, melekat je dekat ummi 24-7.
Tidur nak berpeluk je. Kalau tak tidur, nak duduk atas riba sokmo.

Semua orang advice to keep a distance dengan Faqeeh since I'm pregnant kan.
Tapi nak buat camne, celik-celik mata dia melalak cari ummi. Dalam tidur pun tangan raba-raba cari ummi.

Anak-anak pulak, timing nak kena chicken pox sokmo lah masa ummi pregnant.
Abang dulu pun masa ummi tengah pregnant kan Faqeeh.
Ni Faqeeh masa pregnant baby adik pulak.
Bertabah je lah ummi.

That weekend was a stay at home weekend je lah.
Nak ke mana dengan anak badan berpolka dot gitu. Dengan dia pun tak sedap badan.
Hari isnin dan selasa, abi pulak take turn ambil cuti jaga Faqeeh.
Alhamdulillah demam dah kebah. Kuranglah merengeknye.
Biji-biji tu pun dah mula mengering. And Faqeeh pun dah mula aktif balik..Huhuhu..
Kat muka dah di garu kuping-kuping tu. Alahai..Berbekas lah muka awak Faqeeh.
Masa ada dengan dia, kalau nampak dia menggaru, pesan kat dia jangan garu, kalau gatal, tepuk-tepuk or sapu slowly je. Faqeeh tanya, nak jentik boleh? Boleh je, ikut awak lah asal jangan kopek.
Kadang-kadang dia dengar cakap kita, dia sapu/usap je lah tempat gatal tu or mintak tolong ummi sapukan.
Kadang dia buat ketegaq dia, bila orang larang, dia jawab "Biarlah.." Adoii..
Tu yang terkopek tu entah bila lah dia buat kerja. Masa tidur agaknya. Bangun pagi tengok dah takde dah.
Tak hensem dah hero kecik ummi..Hihi..
 

Minggu ni, since masih berkuping dan tak fully kering lagi, terpaksa hantar Faqeeh ke rumah Maktok since pengasuh ada jaga baby kecil age 4 months. Nanti berjangkit pulak kat baby.
Until you are fully recover, terpaksa lah mintak tolong maktok jagakan.

Lega dah bila both dah lepas fasa chicken pox.
Hopefully parut-parut Faqeeh boleh hilang. Doktor ada bagi skin repair cream. Tapi pedih sikit bila sapu kat temapt yang dah terkopek.
Kita ikhtiar ye Faqeeh..The rest, doa dan tawakal.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015