Wednesday, May 13, 2015

5th Pregnancy : 23 Weeks


Alhamdulillah...Half way through my 5th pregnancy.
Baru perasan, jarang update pasal pregnancy kali ni..Huhu..
Ummi busy sikit this time around.

Pregnant kali ni lain pulak kisah compared to previous pregnancy.
Masa pregnant Faheem takde ape-ape kes, masa Faqeeh GDM, this time around HB low pulak.
Previously, HB 11 - 13.. Kali ni sokmo lah bawah 10.
9.6 > 9.8 > 9.9 > 10.1.
Mujur jugak trend menaik dan yang last check-up tu melonjak ke angka 10 walaupun kenaikan sikit je. Takpelah, yang penting naik.
Bersabarlah dengan patient yang sorang ni ye puan nurse..huhu..
Dan sebab HB low, terpaksalah check-up every 2 weeks untuk monitor HB.
Dari makan zincofer, then tambah sendiri supplement Vitalea & Vit C, pastu doc tambah lagi dengan iron tablet nak kasi boost HB.
Tapi nak mendaki tu, punyalah lambat. Sokmo kena bebel dengan nurse.. Adoilah..
Untuk next check-up siap puan nurse cakap"kalau naik 0.2 pun saya dah syukur sangat dah puan." Hahaha.. Berdoalah banyak-banyak untuk saya ye. Moga Allah makbulkan doa kamu. Ngeee..

Alhamdulillah result MGTT ok. Aku dok risau kalau GDM lagi je. Mujur clear. Lagipun memang pregnant kali ni tak bhehi sangat manis-manis. Terasa melekat dekat tekak dan kembang tekak lalu nak muntah..huhu..

Cuma HB low tu lah masalahnya.
Bila HB low, aku ni sokmo lah nak melayang, gelap mata.
It happens quite few numbers of time.
Kalau setakat melayang sikit-sikit tu, aku tahan lagi.
Kalau part yang tiba-tiba gelap mata, terawang-awang je rasa, lemah longlai badan...Yang tu lemah sikit.
Dah 2, 3 kali jugak terjadi. Alhamdulillah tiap kali jadi macam tu, aku kat rumah, and aku sempat bersandar kat dinding or terus duduk kat kerusi.
Cuma risau kalau it happens masa aku kat luar, tengah berjalan sensorang pergi kerja, tengah berdiri tepi platform tunggu LRT etc..Nauzubillah, mintak dijauhkan.
Dan hopefully HB akan terus naik dengan jayanya supaya I don't have to worry about those kind of incidents anymore..

This time around, early pregnancy, berat turun 4 kg.
Week 15 baru stabil dan naik balik.
Setakat ni baru naik balik 2 kg. Harap-harap trend sama je lah macam abang-abang dulu, weight gain tak sampai 10kg. Lepas bersalin terus hilang balik semua yang gain tu...hahaha..Nampak sangat previously berat yang naik tu memang totally berat baby, air ketuban dan uri..Alhamdulillah..

Baby pun Alhamdulillah, quite active macam abang-abang.
So, bayangan 3 orang anak yang aktif dan lincah in the house tu dah bermain-main dalam kepala otak ummi ni haa. 2 orang pun rumah dah meriah, campur dengan guruh dan petir suara ummi lagi, memang havoc lah rumah. Soon bila dah bertiga, setiap hari berpesta lah our humble home tu nanti.

Baru-baru ni, aku jatuh tangga. Takdelah jatuh tergolek-golek macam nangka busuk tu. Jatuh terduduk, mujur satu anak tangga je sebab sempat berpaut dekat railing tangga. Dah lah tengah dukung Faqeeh yang tengah tidur masa tu. Terduduk tu, terhentak lah jugak belah kiri. But I didn't feel anything i.e. sakit, sengal ke ape dan Alhamdulillah jugak takde bleeding ke sakit perut. The next day baru terasa sakit dan sengal dari punggung menjalar sampai ke peha. Oh my!
Bila berjalan tu, boleh tahan jugaklah sakitnya. Huhu..

Dan pregnant kali ni jugak, setakat 23 weeks ni, dah 4 kali ditinggalkan suami asbab tuntutan kerja. Setiap kali outstation, lebih kurang 1 week . Mama risau-risau jugak, call tanya aku ok ke. Mana tak risau kalau anak die ni asyik nak pitam je, nak melayan hero-hero aktif lagi. So far, Alhamdulillah masih boleh bertahan. Cumanya berharap dan berdoa janganlah my zawj kena pergi outstation masa aku dah sarat esok-esok.

Semoga Allah beri kekuatan dan permudahkan segala urusan, InsyaAllah.
Ameen Ya Rabb.


2 comments:

  1. ALHAMDULILLAH NASIB BAIK TAK KENA gdm KAN.. SAMA MACAM SAYA..SYUKUR PREGNANT KALI NI X KENA...HUHU..SERIK DENGAN UJIAN BSP TU HUHU.....

    (SORRY CAPSLOCK ,...LUPA TEKAN....HIHI)

    ReplyDelete
  2. ya Allah, awak pregnant ke Ily. congrats dear. sy dah lama x blogwalking & blog pon private. x rajin dah menulis. and actually i am pregnant my 3rd child too. 3 months already. insyaAllah due in nov. and then like my previous pregnancy, high blood pressure lagi. on medication & masih mabuk juga. lets pray 4 our health together. may Allah ease us. Amin.

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015