Wednesday, June 3, 2015

Abang Long Faheem....


Masa early pregnancy, bila tanya pada Faheem dan Faqeeh, nak adik boy ke girl? Masing-masing akan cakap baby boy. Faqeeh at that time will choose baby Saiiful instead of baby Amani, referring to his younger cousins.

Months passes by. Mak ada mengasuh sorang baby girl, baby Ariana. Kata mak, Faheem rajin jaga baby Ariana. Balik sekolah, terus mengadap baby. Tolong pegang botol susu baby, main-main dengan baby. Kalau tidur, celik je mata, terus cari baby. Baring sebelah baby. Memang nampak sangat minatnya terhadap baby.

Early May, my sister gave birth to another baby girl. Baby Iyshah Iman.
Awal pantang hari tu, Kangah stay kat Ampang. Sempatlah kami nak cium bau baby yang wangi.. Dan Faheem memang excited lah jumpa baby. Asyik lah baring sebelah baby, tepuk-tepuk baby, usik-usik baby.. Mulut tu tak henti-henti..."Baaaaaby...baby comel...Baby kak iris comel...Baaabyyy..". Mata bersinar-sinar tengok baby. Punyalah dia happy.



Bila Makngah dia tanya, abang nak baby boy ke girl?
Laju je da jawab, "Baby girl..."
"Eh..dalam perut ummi baby boy lah..."
"Bukan...dalam perut ummi baby girl lah. Faheem nak baby girl.."

Sampai sekarang ni, kalau orang tanya, dia dengan yakin jawab baby dia baby girl.
Faqeeh pun ikut sama dengan abang. Nak baby girl macam baby Ariana katanya.

Ada satu hari pergi shopping mall cari baju dierang, Faheem capai blanket baby. 
"Ummi, ni selimut baby kan?"
"Aah..selimut.."
"Selimut baby ummi..."
"Warna pink tu abang. Adik baby ni boy.."
"Ishh..baby girl lah..Warna pink lah..."
Terus dia usung ke hulu dan ke hilir blanket pink polka dot tu. Speechless ummi nye.
Pastu pujuk lah cakap baby belum keluar lagi, lambat lagi baby keluar. Tak payah lah beli dulu.
"Belilah. Nanti baby keluar dah ada selimut.."
"Kalau nak jugak, tukar yang lain. Amik corak yang ladybug tu pun cantik." At least warnanya selamat for both baby girl or boy..
Excited lah dia mengusung selimut baby..Dan sangat yakin adik die nanti girl..Adehhh..
Tapi at last tak beli pun blanket tu sebab abi pujuk cakap selimut Faheem masa baby dulu elok lagi. Faheem pun tersengih-sengih letak balik blanket tu.

And recently kat rumah mak, bila cakap pasal baby lagi, dia dok pertahankan cakap baby ummi baby girl. Mak tanya kalau keluar nanti baby boy bagi dekat mak boleh? Tanpa berfikir panjang, laju je dia angguk and cakap boleh. Memang reject terus baby boy.

Hakikatnya, masa scan at 20 weeks, doc cakap macam another baby boy.
Hihi..
So, puas lah ummi dan abi ni pujuk Faheem cakap, it doesn't matter if it is a boy or girl. Be it boy or girl, both adalah anugerah Allah yang terindah. Kalau abang nak adik girl, abang doa je lah banyak-banyak. Scan is only prediction je. Who knows, doa abang makbul dan Allah kurniakan adik perempuan untuk abang. But if it is a boy, terima lah adik seadanya ye.. Jaga adik, main sama-sama dengan adik, sayang adik macam awak sayang ummi, abi dan Faqeeh.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015