Tuesday, June 16, 2015

Padang - Bukittinggi Trip #5 - Istano Basa Pagaruyung & Cruising Danau Singkarak


On our third day of vacation, Pak Ardi tak dapat bersama-sama kami. So we have new tourist guide in the  bus..
Bukan seorang yang ganti Pak Ardi... 3 orang pengganti sekaligus.

Tourist guide bidan terjun.

Tourist guide pemalu. Kena tutup muka sokmo. Orang tengok dia, terus hilang kepala, menyorok kat abi..
 
Tourist guide terlebih peramah. Macam-macam dia nak cakap. Tapi laju sangat cakapnya, susah orang nak capture..huhu..

Us in the bus..

Sulaman & Bordiran Hj. Rosma, Kampung Baso

Hj. Rosma ni aku kira antara legend bagi industri persulaman tradisional. Dia ada bukak kelas sulaman. But eventually masa kami datang tu takde kelas. Tapi ada seorang staff mungkin yang buat demo cara-cara menyulam.


Ruang pameran di bahagian depan, ruang kelas pula dibahagian belakang.

Demo sulaman. Kagum eh tengok dia menyulam. Memang perlu ketelitian tahap tinggi, kesabaran dan synchronisation antara gerak kaki dan tangan. Sambil kaki menggelek pemijak kat bawah tu, tangan kena goyang-goyang sikit ikut corak sulaman. Kalau kaki dan tangan yang dibedung macam aku ni, payah sikit. Nanti kaki tekan laju, tangan menggeletar kelaut, hancur jadinya...Pemijak kaki tu pakai manual ye, bukan auto mahupun semi auto. Sebab itu penting sangat synnchronisation gerak kaki dan tangan untuk menghasilkan sulaman yang halus dan teliti. Wahhhh...bahasa kau, gaya, mutu, keunggulan sungguh :P

Tengoklah dia jahit part lubang-lubang tu. Bukan jenis sulam tebuk yang kau sulam dulu, lepas tu kau bakar untuk buat lubang-lubang. Yang tu hasilnya kasar dan kurang cantik. Cara yang ni dekat lubang-lubang tu kemas je dan takde bergerigi kesan bakar yang tajam-tajam mencucuk tu.

Tekun gila.

Baru tau Ma dulu pun pernah belajar menyulam.. Tu nampak Ma semangat lain macam tu..

Leka tengok orang buat demo menyulam, si kecil ni dah menyusup ke tempat lain..

Ruang kelas dan ruang pameran dipisahkan oleh satu ruang kecil yang ada kolam ni.

Ralit Syaqeer & Faqeeh melayan ikan. Jangan terjun dalam kolam sudah ye..

Ruang pameran...antara hasil kerja tangan yang dijual di sini..
Sarung bantal, alas meja, sarung bekas tisu...

Kain pasang bersulam..Sulam tangan ni..Aduhh..

Tudung bawal sulam

Baju kebaya sulam ni saiz budak kecil. Comel je tengok. Mujur anak semua hero.

 Bahagian depan ruang pameran


Perusahaan Kopi Kiniko Enterprise, Negari Tabek Patah Kecamatan Salim Paung Kabupaten Tanah Datar

Dari Kedai Hj. Rosma, ke kilang pembuatan kopi. Ada kedai dan kafe sekali.
 Dekat kafe tu adalah jual a few foods dan juga ada tester air kopi dan pisang salai.

On few of the tables, ada sediakan congkak untuk liburan ringan.
 
Mana ada orang main congkak sorang-sorang Faqeeh oii..

Tester kopi dan teh. Bau kulit kayu manis harum semerbak. Tasted the cinnamon tea, tapi sikit je aku mampu hirup. Preggy kali ni, aku tak ngam sangat air teh o. Kalau teh tarik, teh ais laju je. Teh o macam tak berapa kena. Kalau manis, lagilah tak jalan.


The view dari kafe Kiniko. Kalau real view, memang cantik. Hijau, saujana mata memandang. Aku ambil gamba pakai hp cabuk, it doesn't do justice to the real view..huhu..

Duta Kiniko ^_^

Menikmati tester kopi dan pisang salai.

Kilang bubuk kopi Kiniko. Pembuatan masih menggunakan cara manual.

"Ummi, kenapa serbuk kopi macam gunung??"...Faheem


Dari kilang bubuk kopi, ke kedai pulak. Ada macam-macam yang dijual kat kedai ni. Bubuk kopi, teh, makanan dan kripik aneka jenis.

Kulit kayu manis. Panjang baqhang..Beli sebatang tu tah berapa lama baru habis stok. Kalau seikat tu, bertahun punya stok lah jawabnye..

Sebab kesedapan makan tester pisang salai, kita beli pisang salai ni sekotak :)

Istano Basa Pagaruyung, Batu Sangkar




My niece, Qistina dengan pakaian tradisi Minangkabau

Qistina ajak aku join skali pakai baju Minang ni. Dengan perut boyot ni, huduh lah kak..Hahaha..


View dari tingkat atas istana
 
Tempat beradu si puteri bongsu di tingkat dua. Bilik puteri-puteri yang dah berkahwin,  di tingkat bawah. Putera pula, seawal usia belasan tahun, tidur berasingan di surau, mempelajari ilmu agama.


Dia ni seronok lah bila kat ruang yang luas terbentang macam ni. Boleh lari from end to end..

Ypu can see a lot of black-yellow-red colours motives. Pak Supir kata tiga warna ni lambang 3 daerah utama Minangkabau.


 Berlatarbelakangkan sekumpulan kakak-kakak dan makcik-makcik yang bersemangat waja memperaga pakaian tradisi Minang.


Danau Singkarak

Danau Singkarak ni tasik kedua terbesar di Sumatera Barat selepas Danau Toba, Medan.


We had a cruise over the lake. Bot kecil je. Agak scary lah jugak sebab takde safety vest lansung. Nak naik bot kena langkah berhati-hati especially untuk mak buyung macam aku ni sebab nak kena jaga perut..Huhu..Dia bukannya naik dari jeti ke ape. Bot tu just park kat tepian tasik tu je.

My brave boy.


Abang Faheem kerisauan. You are brave too sayang. But need some motivation to boost up your self esteem and inner strength.

Bot ni pulak bukan jalan macam speed boat tu. Terkedek-kedek di tengah tasik. Kadang-kadang macam nak mati enjin. Risau betul aku. Mulut tak henti mengucap okeh.. Nak menenangkan anak, diri sendiri cuak-cuak. Hahaha..




Bila dah sampai tebing balik, baru lega hati ni..Alhamdulillah..


See the size of the boat. Pastu nampak macam lorong kecik kat tepi bot, situ lah jalan nak masuk dalam bot. Hohoho..

End of day 3.

1 comment:

  1. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015