Friday, June 12, 2015

Padang - Bukittinggi Trip #4 - Journey to Bukittinggi


Jarak dari Padang ke Bukittinggi hampir 100km jugaklah. Jalan berbukit dan lalu lereng-lereng bukit dengan panorama air sungai yang cantik, Subhanallah. Dan banyak jugak abandoned railway steel bridge zaman Belanda dulu yang masih kelihatan teguh struktur binaannya. Cuma kayu-kayu landasan je dah mereput.



Air Mancur (Air Terjun) Lembah Anai

Salah satu destinasi persinggahan dalam perjalanan ke Bukittinggi. Pak Ardi kata ada yang mengatakan siapa yang mencuci muka dengan air terjun Lembah Anai ni akan awet muda. Basuh 10 kali muda sepuluh tahun..hihi..Just kidding..
Kami tak turun sampai ke bawah pun. Just ambil gambar berlatarbelakangkan air terjun tu. Takdelah nak pergi cuci muka konon-konon nak awet muda kan..hahaha.. Nak menjaga askar-askar aktif tu pun dah satu hal, risau kot ade yang terjun dalam air je.





Tengoklah aku si paranoid pegang kaki anak-anak macam mana.. Risau kemain. Padahal my zawj rilek je.. Huhu..

Budak kecik ni, lagi tak boleh lepas. Laju je dia memanjat tangga dan tiba-tiba sampai kat tebing. Boleh gugur jantung ummi.. Budak kecik berlagak besar yang nak jalan sendiri-sendiri.

 PadangPanjang - Kota Serambi Mekah

Kat PadangPanjang ni kami singgah sekejap dekat Komplek Pendidikan & Pesantren Muhammadiyah Kauman PadangPanjang.
Kenapa?
My niece, Qistina, will be staying there for 3 weeks since 8 Jun 2015 melalui program anjuran sekolah dia. So, dah alang-alang sampai ke Kota PadangPanjang, singgah recce sekejap, tengok suasana sekolah. Kami ambil gambar kat pintu gerbang je. Kakti dan Qistina je masuk sampai dalam, siap jumpa cikgu sekolah dan minum teh lagi. Hihi..The rest sekadar tunggu dalam bas.



Dua beradik ni, sempat jugak layan aiskrim sementara tunggu kakak Qistina..

Kedai Sulaman & Bordiran Putri Minang

Siapa yang gila kain, bolehlah cuci mata dan purse beli kain sulam, kain songket, kain batik, kain pelikat, telekung etc kat sini. Katanya trend raya tahun ni adalah kain songket kan, kat sini banyak jugak choice kain tenun songket, dan jugak kain bercorak songket. Ada yang cotton dan ade silk jugak.
Aku tak rambang mata dan tamabahan pulak kat rumah banyak lagi kain pasang yang belum berjahit, jadi tiada pelaburan dekat sini..Sekadar tengok-tengok. Ma pulak berjaya beli kain pasang sulam dan beg bersulam. Cantik jugak ber bersulam yang Ma beli. Ma siap offer kat aku suruh pilih, Ma belanja. Tapi aku taknak, takut tak pakai je nanti..Huhu..



Lobang Jepang & Ngarai Sianok

Merupakan terowong kubu perlindungan yang dibina oleh tentera Jepun pada tahun 1942. Dari pintu masuk, pengunjung harus menuruni 130 anak tangga menuju gua datar yang berada 40 meter di bawah permukaan tanah dan 40 meter di atas dasar Ngarai Sianok. Terowong ini dibina secara buruh paksa menggunakan tenaga kerja yang dipanggil romusha dari pulau jawa, sulawesi dan kalimantan. Tiada buruh paksa tempatan bagi menjaga kerahsiaan kubu. Panjang keseluruhan adalah sepanjang 1.4km dan mempunyai 21 lorong kecil dengan fungsi yang tersendiri. Terdapat juga ruang penjara dan ruang penyiksaan bagi membunuh romusha yang melawan/memberontak. Di ruang penyiksaan ada satu lubang kecil yang dibina dengan cerun yang condong ke bawah. Romusha yang dibunuh dikerat-kerat tubuhnya lalu dicampakkan melalui lubang tersebut yang dikatakan akan berakhir terus ke dalam sungai yang terdapat di dasar ngarai supaya tiada siapa yang akan menemui mayat tersebut.

Beli loketnya dulu pak sebelum masuk ke taman wisata :)


Ngarai Sianok



 
Anak teruna refuse untuk bergambar..

 Anak tangga menuruni terowong.




Budak kecil berlagak besar tu taknak jalan dengan ummi or abi. Nak jalan dengan Abang Afiq je. Depan sekali pulak tu lagak tourist guide. Lansung tak takut berjalan dalam suram cahaya.

Ketinggian asal kubu mengikut ketinggian tentera jepun pada waktu tersebut. Abang Faheem tu dah kepenatan, dah ula merengek mintak dukung je..

Budak banyak akal yang terlajak berani.

Pasar Atas

Nama pun pasar, tentulah tempat shopping kan. Ada bermacam barangan dijual di Pasar Atas ni. Kata Pak Ardi, di Bukittinggi ada Pasar Atas, Pasar Bawah dan Pasar Aur Kuning. Tapi kami cuma ke Pasar Atas je. Pasar Aur Kuning katanya lebih murah, tetapi hendaklah dibeli secara borong. Kalau sekadar hendak beli satu atau dua sahaja, biasanya tak dilayan. 

Pasar Atas ni kalau nak dibandingkan dengan Pasar Baru di Bandung, rasanya Pasar Baru Bandung tu lagi besar dan lagi bermacam-macam barang yang dijual.
Tapi di Bukittingi ni, inilah pusat shopping yang ada. Ada kain pasang, kain ela, kain bersulam, kain songket, telekung, beg, baju, kasut, barangan cenderahati etc.

Apa yang kami beli?

Sandal untuk Faheem sebab selipar dia dah licin dan syik tercabut. Anak teruna ni nak memilih sandal pun drama. Kecil-kecil dah ada spesifikasi. Mula-mula nak yang sama Faqeeh, sebijik macam Faqeeh. memang takdelah kan. Faqeeh  punya beli dekat KL. Pattern yang sama, tapi corak dan warna berbeza adalah. Taknak. Lepas tu nak kasut bola pulak, then nak macam abi pulak. Itupun jenuh memilih. Mujur lah jumpa yang berkenan di hati dan pakai dengan riang gembira. Alhmadulillah.

 Barangan cenderahati: T-shirt, fridge magnet, keychain...

Beg untuk aku. Hihi..Yang ni memang sengaja mengada. Asalnya Ma yang nak cari handbag. Aku temankan je. Tiba-tiba berkenanlah pulak. Konon nampak ranggi dan muda. hahaha..Dah tawar meneawar sampai dapat diskaun Rp80,000, tanya kat zawji, dia tanya aku balik.. "Awak pakai ke? Kang tak pakai, membazir je..." Hihi..sebab tau bini dia ni memang kalau beg, lenjan satu beg tu je sampai rosak, baru beli handbag lain. Akhirnya beli jugak, sebab besar sikit dari handbag yang ada, boleh sumbat diapers dalam tu. Terus pakai masa nak balik KL ok. Hahaha..

 
Jam Gadang

Jam gadang means jam besar. Dia macam dataran terletak depan Pasar Atas. Bila menjelang malam, makin ramai orang. Ada bermacam barangan cenderahati dan mainan kanak-kanak dijual kat dataran tu.





Berhampiran Jam Gadang, ada Istana Bung Hatta. 
Bung Hatta merupakan Timbalan Presiden Indonesia yang pertama disamping Presiden Soekarno.
Tapi kami sekadar lalu, tak singgah pun di Istana Bung Hatta.

Antara yang menarik perhatian Faqeeh di dataran Jam Gadang selain dari mainan pelbagai jenis adalah bubble ni. Dia memang pantang betul tengok bubble. Memang terus berlarian kejar bubble. Makin lama makin hampir ke jalan. Tengok lah dia tercongok depan orang jual bubble tu.. Faqeeh kejar bubble, ummi kejar Faqeeh. Mudah-mudahan senanglah ummi bersalain adik baby nanti asbab selalu sangat berlari mengejar awak, Faqeeh oii..


Panorama sekitar Jam Gadang pada waktu malam. Sebenarnya waktu malam ni adalah hari yang lain. The first time kami pergi ke Pasar Atas & Jam Gadang ni which is Day 2 of our trip, kami stay kat Nikita Palace yang agak jauh dari bandar Bukittinggi. Kalau dah balik hotel, memang tak pergi ke mana dah. Day 4 baru kami stay dekat Hotel Nikita yang terletak betul-betul dekat bandar. Masa day 4 ni, lepas Maghrib kami keluar berjalan kaki sendiri dari hotel ke Jam Gadang. Tidaklah terlalu jauh. Tapi dengan berbadan dua, anak-anak kecil yang super aktif, terasa jugak penatnya.



Deretan bendi - kereta kuda. Pak Ardi pesan suruh tawar dulu harga sebelum naik. Biasanya sekitar Rp50,000 untuk satu bendi. Tapi tanya dulu, Rp50,000 utk satu bendi atau satu kepala sebab ada kes yang bila dah sampai destinasi atau setelah pusing-pusing bandar, dia mintak Rp50,000 satu kepala. Jadi awas, jangan tertipu.


Sebab tak berapa larat nak berjalan pulang ke hotel, kami balik hotel naik bendi. Bagi anak-anak peluang merasai pengalaman naik kereta kuda walaupun dah selalu naik kereta kuda kat Taman Tasik Titiwangsa..Hihi..Tapi of course it's a different feeling and different situation.
 
  
Shopping depan Nikita Hotel

 Kat Hotel Nikita ni, depan hotel ada orang bukak barang jualan. Telekung, kain pelikat, kain pasang sulam, blouse, jubah. Feeling macam kat Mekah pulak. Teringat orang berjualan di kaki lima hotel masa kat Mekah dulu..huhu..(Tiba-tiba mode rindu Mekah T___T)
Dan kebetulan pulak, orang yang dok lama sangat ralit belek kain-kain dan telekung ni, orang yang sama pergi umrah dulu ---- aku, ma dan kak liza..Memang feeling Mekah sangat lah..haha..
Ok, kat sini je aku melabur banyak. Sebab aku jumpa benda yang memang aku niat nak cari. Dari awal tahun lagi aku nak beli telekung. Tapi nak cari telekung yang macam mama tempah dulu-dulu. Yang muka elok terletak, jahitan kat dahi elok kemas, dagu pun tertutup cantik. selalu kalau beli telekung siap, mesti ada je tak kena dengan aku. Longgar, nampak tak kemas kat dahi dan dagu tak tertutup elok. Even telekung yang beli kat Bandung dulu.. Nak tempah, makcik yang biasa mama tempah telekung dulu dah tak ada... Sekali jumpa dekat Bukittinggi ni, seronok ok. Lama jugak aku belek. Kain pun sedap, sejuk, tak jarang. Tali kat kepala tu jenis ikat, bukan getah. Kain pun ade option getah atau tali. Kakak tu kata, kalau orang Malaysia, panggil telekung ni Siti Kadijah. Aku tak pernah beli telekung SK. Tak tahu material macam mana. Tapi tengk harga boleh tahan mahal juga..huhu..Yang ni paling last dapat RM49 sepasang. Belek punya belek, aku angkut 5 pasang terus. Ma ambil 2 pasang, Kak liza 3 pasang. Aku paling tamak sekali. Huhu..

Ada jahitan lace dekat bahagian dahi, hujung telekung dan hujung kain.  Jahitan getah kat dahi elok je kemas dan terletak. Tak payah dah aku nak pakai inner ke anak tudung lagi. Anak rambut pun takdelah terkeluar kat tepi-tepi tu. Dan part dagu pun elok terletak. Selesa sangat aku rasa. 





1 comment:

  1. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015