Monday, July 27, 2015

Masih Bercuti Raya Lagi Ke??


Aku masih bercuti...
Cuti raya lagi ke????? Kemain lama lagi cuti walhal beraya kat KL ni je...huhu..
Patutnya masuk keje dah hari ni setelah seminggu straight bercuti...Melampau kan..Kalah orang balik kampung nun kat hujung pantai timur..

Tapi sebab perut meragam dari tengah malam tadi, entah berapa kali trip ke toilet, siap muntah-muntah lagi, makanya, diisytiharkan hari ni MC..

Bukan sebab sakan sangat beraye ye...
Memanglah banyak gak rumah diterjah..Tapi yang kami terjah beraya, mostly memang betul-betul terjah punya..Setakat ni belum lagi terjah mana-mana open house. So kalau beraya jenis terjah je ni, makan kuih-muih raya je lah selalunya..

Cuma semalam ada wedding. Rasanya lauk kenduri kot buat perut meragam. Sebab dok tanya orang lain pun sama kes macam aku gak..

Kali kedua food poisoning time pregnant. Fobia rase weh..
Previously masa pregnant Faqeeh.
Drama di pagi raya. Masa tu baru 5-6 bulan kot.
Orang lain dok bertakbir raya kat masjid, aku dok mengerang sakit dalam toilet.
Dahlah sekali datang memulas die tu, pakej dengan sakit ala-ala contraction.
Malam tadi sama gak.
Lembik satu badan ni...Allahu..

Disebabkan hari ni rasa macam lunyai lembik semacam, lain kali jelah cerita pasal raya..
Huhu..

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015