Monday, September 21, 2015

Kronologi Pengalaman Bersalin Anak ke-3 : Bersalin Normal Dalam Operation Theater


7/9/2015
Aku EL sebab semalaman tak dapat tidur due to irregular but intense contraction dan sakit kat bawah tu especially setiap kali melangkah. Throughout the day, still ada contraction yang agak kuat tapi masih tak konsisten. 

8/9/15
9.30 - 10.00 pg...Sepatutnya ada antenatal check-up kat KKIA. Tapi i went to private clinic instead for VE (refer this entry)...Os still close = 0 cm but cervix is very soft..So balik tu aku rehat-rehat kat rumah sambil waiting for the sign of labor anxiously...Tapi tak boleh nak tidur sangat sebab sesekali datang contraction yang agak kuat tu. Agak kuat bagi aku sebab ia lebih kuat dari pre-labor contraction yang aku rase masa nak bersalin Faheem dan Faqeeh dulu. Ibaratnya, sakit macam tu kalau masa previous delivery, mase bukaan dah 6-7cm.. Tapi sebab tak konsisten, aku bertahan lagi.

4.00 ptg..Aku rasa macam skala contraction makin kuat dan agak kerap. Sebelum tu sempat lah aku berWA dengan nas. Dok lah cakap kalau macam ni punya sakit kalau jalan tak buka lagi tak tahu nak kata apa. Nangis je mampu kot. Kata nas, insyaAllah pergi je hospital nanti dah 5cm ke atas. Hehe..

4.30 ptg...Solat Asar..Aku dah terasa kekerapan contraction sebab nak habiskan 4 rakaat tu, ada 2-3 kali lah dia datang. Berusaha untuk sambung qada solat-solat yang tertinggal dalam sedar atau tak sedar...Masa-masa macam ni baru nak teringat dosa kita yang menggunung banyaknya. Baru terfikir kalau Allah takdirkan ini penghujung hayat aku, betapa banyaknya hutang aku dengan Allah. 

5.30 ptg...Lepas selesai solat, aku start monitor contraction pakai apps contraction timer...Contraction dah mula konsisten at 5 mins interval. Sakitnye? Aku mengerang seorang diri kat rumah berpaut kat kerusi..Terus buat screenshot timer, send dekat my zawj. Told him that i think its about time. Plan nak pergi hospital lepas maghrib or isyak. Kalau boleh lepas isyak. Nak settlekan solat semua dulu.



6.20 ptg...My zawj balik. Elok je dia tanya aku camne, terus mengalir air mata. Padahal masa dok mengerang sorang2 tu rasa macam badang lagi. Bertahan sambil menyelam bersama kesakitan. Tiba-tiba je terus jadi jelly. Terus siap-siap, zawji siapkan barang anak-anak sebab nak hantar anak-anak kat rumah Mama. Then fetch anak-anak kat rumah pengasuh and terus pegi Ampang. Zawji tanya nak pergi lepas maghrib or isyak? Mase ni aku tengok timer dah 3 mins gap. Laju je jawab kat zawji, maghrib...saya tak mampu tunggu isyak..Nak nangis lagi.




7.30 mlm... Kat ampang, terus selesaikan solat maghrib. Nak berwudhu' pun slow motion. Setiap kali sakit tu datang memang terpejam-pejam mata tahan sakit..Solat pun tak mampu dah nak solat berdiri macam biasa. Solat duduk je. Itupun nak habiskan 3 rakaat terasa lama bila berselang dengan contraction. Siap solat, adik dengan ayah cuba distract Faheem dan Faqeeh while aku dan zawji menyelinap keluar.

8.00 mlm.. Register kat PAC Hospital Ampang. Ramai jugak malam tu. Penuh ruang menunggu dalam PAC tu. Bila nurse panggil and tanya kenapa aku datang, masa tu contraction tengah menyerang..Aku tak mampu nak bercakap apa dah. Laju je airmata mengalir..."Tengah sakit ke?" Nurse tu tanya..Aku mampu angguk je. "Puan tukar kain pastu terus masuk. Kita check dulu ye puan...".
Nak jalan pun rasa nak menangis...

8.10 mlm.. Nurse buat VE..It's already 6cm..Sakitnya masa tu berganda-ganda dari sakit yang aku rasa masa 6-7cm in previous labor..Aku mesej zawji. Aku ni, last aku ngan zawji dalam keadaan aku yang masih waras, masa turun kereta depan PAC. Pastu aku suruh dia pergi register kat emergency dulu, aku masuk PAC sendiri. Itulah last. Dah masuk check tu, bila dah 6cm, terus kena hantar ke LR lah. Sebelum tolak pergi LR tu, doc buat VE lagi to confirm. It's 7cm dilated. 




8.41 mlm...Baru masuk LR..Aku cakap kat nurse suruh panggil zawji. Aku mesej gak zawji cakap dalam LR dah. Baru seminit dua dalam LR no.9, ada bunyi macam belon meletup yang tak berapa nak kuat disertai dengan rasa macam ada benda terpancut keluar dari bawah tu dan terus rasa basah. Aku sorang je mase tu. Bila ada nurse/mo/ho (aku dah tak boleh nak beza yang mana satu weh) masuk, aku cakaplah rasa macam air ketuban dah pecah. Aku ni tak pernah air ketuban pecah sendiri. So, dalam pada tengah sakit tu, excited jugaklah bila air ketuban pecah sendiri. Nurse/doc ni pun selak lah kain nak tengok, pastu muka dia macam lain. Dia terus keluar dan masuk balik tak lama lepas tu dengan beberapa orang yang lain..Pastu dengar lah dialog-dialog antara dierang sambil aku terpinga-pinga. Mind you, zawji takleh masuk lagi masa ni (nanges...)..
"Eh...apa ni?"
"Macam particle..."
"Thick meconium ni..."
Seraya dengan itu keadaan menjadi kelam kabut dan hiruk pikuk. Makin ramai masuk memenuhi ruang LR yang tak berapa nak besar. Aku masih tertanya-tanya dalam kesakitan. Yang sorang seluk, yang sorang sibuk check ctg dan heartbeat baby.
"6cm from PAC"
"8cm.."
"Eh..dari PAC pukul berapa?"
"Baru je masuk ni.."
"Betulke 6cm kat PAC?"
"Betul.."
"Eh..cepat ni. Hearbeat berapa?"
"Dropping..."

"Puan..baby dah berak kat dalam. And baby makin lemah. Puan kalau rasa sakit macam nak berak tu puan teran je.."

"Tak boleh ni.." Sambil seluk buat ape tah lagi kat dalam tu. Berganda-ganda sakitnya..
"Emergency ceaser. Prepare consent..."
"Puan, bila last puan makan?"
"Tengahari."
"Pukul berapa puan?"
"Err...3 ptg.."
"Puan ade minum lagi tak lepas tu?"
"Ade.."
"Pukul berapa?"
"6 petang.." tiba-tiba teringat aku ada minum Ephyra petang tu sebab tengahari aku makan roti je. Bila sakit makin kerap tu, aku minum Ephyra mengharapkan sumber tenaga masa nak push. Huhu..
"6 ptg? High-risk ni..." Makin kecoh dalam tu. Sambil-sambil tu sesi seluk menyeluk dan godek menggodek perut tetap ada. Ada sorang ni tiba-tiba suruh nganga, dia bagi ubat pakai syringe. Aku pun tak tahu ubat ape.

Pastu dierang suruh pindah katil. Cabut tudung, tukar pakai topi macam shower cap tu. Tolak nak bawak pergi OT. Mase tu baru aku nampak zawji..(nak nanges lagi...tak sempat salam cium tangan zawji lagi ni. Mintak maaf ke apa semua tak sempat..) Tercengang-cengang zawji masa tu tak faham apa tengah jadi. Aku sempat lah cakap nak gi OT. Kena czer. Pastu doc mencelah cakap nanti dia explain kat zawji. Depan LR tu kelam kabut sign consent form. Pastu gi OT..Nak masuk OT kan ada berapa lapis pintu. Masuk pintu yang first tu, tukar katil. Masa tu aku dah rasa sakit yang tak tertahan sangat. Dah mendengus-dengus dah aku. Masa tulah dia nak tanya macam-macam. Tanya nama, tanya siapa yang sign borang consent. Suruh aku bukak mata tengok siapa punya signature. Aku tengah menahan sakit yang aku rasa teramat dahsyat sambil nak menjawab macam-macam. Boleh bayang macam mana dak? Sambil tu dengar gak dierang ni cakap..
"Rasa dah full ni.."
"Cepat betul..."
"Gravida 5 para 2+2 dah ni..."
"Cervix pun very soft. Mesti dah efface.."
Zawji ada kat situ skali. Tapi aku memang tak mampu dah nak interact apa-apa dengan zawji. Bila dah masuk OT, zawji tunggu kat luar tu..

Aku ni dah tak mampu nak fikir apa dah. Sakit dah teramat kuat. Terbayang-bayang gak ngeri nak kena belah. Dengan kalut-kalut nurse cari heartbeat baby tak jumpa. Takde benda dah dalam otak aku. Allah je. Masa ni aku dah memang berserah sepenuhnya pada Allah. Risaukan baby, risaukan diri sendiri. Perasaan yang macam antara hidup dan mati. Sakit dah skala 20/10. No pain killer, no entonox gas....Dengan bayangan ceaser lagi..

Masuk-masuk je OT tu, doc cakap dah fully dilate. Dah nampak kepala/rambut baby dah...
"Puan..we plan for ceaser, tapi kepala baby dah kat bawah sini, dah nampak rambut dah pun...Kita try for normal ye puan. Bila rasa macam nak buang air besar, puan teran ye..."
Beberapa kali push jugaklah..Dalam kelam kabut tu, nak teran macam mana pun aku lupa..Then rasa macam lega sikit. Tapi senyap je..
"Ok..puan boleh push perlahan-lahan.."
Felt another gush out. I know the baby is out. Tapi tak dengar baby nangis. Until a few seconds later masa nurse angkat baby...The baby is screaming out loud. Lega sikit hati aku.

Baby was born at 9.03pm. (Imagine all the chaos bermula dari LR at 8.41 pm sampai delivery in OT...Semua kekecohan tu happened in less than half an hour...phewwww)..

"Puan, saya terpaksa gunting sikit to help the delivery.."
I couldn't care less. It doesn't really matter to me at that point of time. Sebab hati asyik fikirkan baby je. Yang penting baby selamat.

Jahitan kali ni sikit je. Sekejap sangat doc jahit. Tapi sakit..huhu..Doc dah tambah bius pun aku rase sakit gak lagi..

Once baby dah selamat dilahirkan, taken care by doc paediatrik, aku tak tengok pun baby. Sampai dah tolak masuk wad. Dah masuk wad tu, dah siap salin baju tukar pad sume, aku cakap kat zawji nak tengok baby sebab aku tak tengok pun lagi baby. Zawji kata baby ada kat LR. Belum bawak gi NICU lagi. So zawji amik wheelchair, tolak aku gi tengok baby. Dierang bagi oksigen kat baby. He looks healthy.

That night, aku bermalam tanpa baby kat sebelah. It feels awkward. I couldn't sleep throughout the night. Dengar baby orang lain nangis lapar. Asyik teringat kat baby. 
Dan terbayang-bayang scenes drama kelahiran yang ketiga ni. Menangis sorang diri. Perasaan aku, macam mati hidup semula. Masa chaos tu, aku fikir dengan sakit dah kuat sangat ni, kalau czer, macam mana lah aku nak jaga luka atas dan bawah..Sakit masa tu memang dah tak tertanggung. Aku teringat nas kata, takkan jadi sesuatu tanpa izin Allah. Memang serah bulat-bulat pada Allah. Mengharap dengan sepenuh pengharapan hanya pada Allah. Merintih dalam kesakitan yang amat sangat, mohon pertolongan dan rahmat kasih sayang Allah. Mohon Allah beri kekuatan. Allahuakbar...

Kalau kelahiran anak-anak yang sebelumnya, Allah hadirkan suami untuk menemani dan Allah salurkan kekuatan melalui suami hingga saat tangisan anak mengisi ruang bersalin. Risau kalau kelahiran yang ketiga ni suami tiada disisi atas tuntutan kerja. Takdir Allah, walau suami yang selalu menjadi saluran kekuatan dalam kebanyakan keadaan ada di sekeliling di saat genting, Allah tunjukkan bahawa Allah lah sumber sebenar kekuatan itu. Akhirnya, saat aku bertarung nyawa, dengan kesakitan lebih hebat dan dahsyat berbanding kelahiran yang sebelumnya dan dalam saat genting untuk menyelamatkan nyawa bayi yang dikandung, dengan kelam kabut keadaan masa tu, hanya Allah tempat aku bergantung harap. 

Alhamdulillah, Allah beri peluang lagi untuk aku bersalin normal. Terasa hina sangat diri yang sarat dengan dosa ni, tapi Allah masih menghadirkan bantuan dan pertolongan. Terasa besarnya nikmat rahmat kasih sayang Allah. Subhanallah...Semoga aku tak jadi hamba yang leka dan kufur atas nikmat yang Allah berikan. Allahu..Nauzubillahiminzalik..

Sebelum ni, aku asyik fikir macam manalah rasa air ketuban pecah sendiri, bersalin tanpa drip, tanpa pitocin yang kuatkan rasa kontraksi, tanpa pain killer even gas entonox..Aku penah fikir gak, macam manalah ada orang yang datang cek je bukaan dah 7-8cm..Macam mana dierang ni menahan sakit ke memang tak rasa sakit sangat...Semua aku dapat untuk kelahiran kali ni..huhu..Dramatik sungguh. Dengan sign of labor yang macam drastik sangat. Kalau masa Faheem, sela contraction 5 minit tu, sakit dia sangat mild. Boleh kata tak sakit lansung lah sebab aku masih riang ria pergi kerja. This time sela 5 minit tu terus sakit pada skala 10/10...Dan dia macam sudden je. Takde stage. Daripada tak konsisten lansung, kejap ada kejap takde macam biskut chipsmore, tiba-tiba terus gap 5 minit yang konsisten dan kuat. Fuhhhh...Setiap kelahiran ada kisahnya sendiri kan. It is unique on its own. 

2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. berdebarnya baca pengalaman awak Ily. ye, stp kelahiran anak tu berbeza. kita tak boleh expect semuanya sama. alhamdulillah awak dpt mengharunginya. tanniah. doakan moga perjalanan bersalin sy nanti dipermudahkan ye ^^

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015