Tuesday, October 13, 2015

Fathan : 1 Month


Berat : 3.9kg ( + 1.25kg)
Panjang : 54cm


Fathan dah bercukur pada hari ke-7. Sekarang rambut dah tumbuh balik. Kalau belek-belek, macam lebat, hitam dan kasar macam abang Faheem..

Tali pusat dah jatuh hari ke-5, dalam wad lagi masa ni. 

Alhamdulillah, majlis aqiqah pun dah selamat dibuat masa raya qurban baru ni. Ambil bahagian sekali masa qurban dan buat majlis aqiqah serta doa selamat keesokan harinya.

His sleeping pattern, so far malam dia tak berjaga sangat. Sebab selalunya, dalam pukul 6 petang sampai lebih kurang 9 malam, dia taknak tidur.. Either, termenung tersengih sendiri,atau masa tulah dia nak melekat je. Pantang letak je, mulalah berbunyi...Masa ni memang dia pulun menyusu macam tak kenyang-kenyang. Then malam, tidur lena sampai ummi kena kejut untuk menyusu.. At times, dalam mamai-mamai mata terpejam, dia minum juga... Kadang-kadang tak jaga lansung. Puas sumbat dalam mulut, dia buat tak tau je...Huhuhu..ummi dah kesakitan tak boleh nak tidur..Capai pam lah sudahnya...

Semoga Allah murahkan rezeki Fathan, insyaAllah ummi cuba sempurnakan 2 tahun penyusuan susu ibu untuk Fathan.. Semoga Allah permudahkan breasfeeding journey ummi kali ni...Allahumma ameen..

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015