Monday, October 12, 2015

Fathan : Abang's Acceptance ?



Masa pregnant, Faheem keep saying that he wants a baby girl. Kalau orang tanya baby dalam perut ummi boy ke girl? Without hesitation dia akan jawab, baby girl. And even if you try to convince him that it is a boy, he will stick to his answer..it's a girl..Mak (pengasuh) kata, kalau keluar baby boy nanti, bagi dekat mak lah..Laju je Faheem angguk, tak kisah lansung. Dia selalu cakap taknak baby boy. Nak baby girl je. Puas ummi dan abi pujuk, telling him either it's a boy or girl, we should be grateful and thankful to Allah. We should love the baby whole heartedly despite of the gender.

Faqeeh on the other hand, seems flexible. At times dia kata boy, some other times, girl pulak. No arguments with him..

I was a bit worried about Faheem's acceptance towards Fathan. Seminggu duduk wad, tertanya-tanya macam mana lah penerimaan Faheem nanti. Tanya my zawj, Faheem dah tau ke adik dia boy jugak? Kalau dah, how does he react? Zawji kata ok je. Hmm..being me, selagi tak dapat tanya dan dengar jawapan sendiri, i'm not satisfied.

One day, zawji bawa anak-anak melawat ummi di wad sebab ada orang kata rindu ummi, nak jumpa ummi. Actually tak boleh masuk pun. Ibu dan ayah kepada bayi saja yang boleh masuk. Tapi certain ward is under renovation. Jadi wad yang aku stay ni, ade 2 bilik di bahagian depan tu dia jadikan daycare for toddlers. Siap dengan playroom kat depan tu. Alhamdulillah guard tu bagi anak-anak masuk, duduk dekat playroom. But they cannot go beyond the toddlers daycare. So I went to see them at the playroom, while zawji take care of little baby and I had a chance to ask Faheem by myself..hihi.

"Faheem, adik Faheem boy ke girl?"
"Baby boy.."
"Faheem tak kisah? Ummi bagi kat mak ye?"
"Tak boleh. Baby Faheem !"
"Tapi Faheem kata nak baby girl. Ni baby boy.."
"Tak boleh. Faheem sayang baby Faheem.."

Hehe..Alhamdulillah Faheem boleh tolerate and accept his new little brother.

Syukur Alhamdulillah both Faheem and Faqeeh adapting well with baby Fathan. They love him so much...Asyik nak hug and kiss baby, berebut nak tidur dengan baby, nak tolong ummi mandikan baby..Paling sadis, petang-petang balik dari rumah pengasuh, terus meluru cari baby and kiss baby...Ummi? Macam tak wujud je kat situ. Sentap ummi tau. Huhu.. They also rajin berzikir kat adik, bacakan Al-Fatihah, bila adik kekenyangan dan nak tidur, abang bacakan doa tidur...Bila adik menangis masa ummi pergi toilet etc, Faheem cuba pujuk adik dulu. "Lapar ke adik? Adik nak nenen ke? Sabar tau adik. Ummi kat toilet nanti umni datang.." Lepas tu terus jerit panggil ummi...haha..

Alhamdulillah...Relieved sangat tengok abang-abang boleh terima adik dengan baik. Cuma terlebih baik pun kena selalu perhati jugak. Sebab ada cubaan suapkan adik makanan..hahahaha..Adik lapar, nak makan roti katanya...dan juga cybaan bagi adik 'nenen' tanpa susu...Bersungguh selak baju nak sua nenen kat adik...Allah..Allah..Allah..






Alhamdulillah....Seronok bila tengok anak-anak saling berkasih sayang. Abang Faheem dan abang Faqeeh pun saling berkasih sayang dengan cara yang tersendiri. Huhuhu..

Ummi doakan anak-anak ummi semua jadi anak yang soleh dan muttaqin. Sentiasa berlumba mencari barakah dan redha Allah. Semoga anak-anak ummi sentiasa dihijab dari pandangan mata dan tangan-tangan orang yang zalim, yang berniat jahat. Semoga kalian sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain, serta sentiasa di dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah swt.

Semoga keluarga kita sentiasa dipenuhi dengan sakinah mawaddah dan rahmah, saling menyayangi dan bahagia hingga ke jannah.

Allahumma ameen.




2 comments:

  1. alhamdulillah...akhirnye dia terima jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...risau ummi dibuatnya kot die reject adik..huhu..

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015