Thursday, November 5, 2015

Bersalin Depan Lelaki Kacak?


Viral sungguh kisah doktor yang dikatakan kacak dan pemanggil-pemanggil dengan imaginasi terlebih..huhu..Aku tak dengar pun slot tu. Tau pun bila dah viral..Malas nak komen banyak..Cuma, kepada yang berimaginasi luar biasa tu, bawak-bawak lah beristighfar...

Pengalaman aku sendiri melalui proses d&c due to miscarriage dan melahirkan tiga orang anak.... Attended by doktor perempuan dan staff nurse perempuan pun aku dah cukup malu. Apatah lagi attended by male doctor. Tak kisah lah muka kacak ke cantik ke apa, malu tetap tebal. Yelah, it's your private part. Bukan senang-senang boleh kasi tayang kat orang.

Setelah dua kelahiran yang pertama disambut oleh doktor lelaki, dan d&c juga conducted by male doctors, aku tambah satu lagi item dalam senarai persediaan untuk bersalin anak ketiga...

Seluar bersalin muslimah mamapride..


Anak-anak aku semua nak keluar malam. Bila bersalin malam, kau tak boleh nak pilih sangat doktor. Whoever on duty, itulah yang sambut kelahiran.

Anak pertama memang totally doktor lelaki. Dia lah yang pecahkan ketuban, dialah yang sambut kelahiran, dia jugaklah yang jahit luka. Dalam sakit pun, malu tu tetap tebal. Berdoa cepatlah siap.

Anak kedua, aku GDM. Pun bersalin malam jugak. Doctor on duty perempuan. Tapi pakar lelaki. Sebab ada kes, doktor pakar akan attend. So, doktor lelaki juga lah yang sambut. Bezanya kali ni, doktor perempuan yang jahit luka.

Anak ketiga...
Masa keluar rumah, sempat aku capai seluar bersalin muslimah tu. Fikir aku, even doktor perempuan yang attend pun, aku tetap rasa malu..Aku sumbat seluar tu dalam handbag..Masa di PAC, aku masuk sendirian, while my zawj pergi register di emergency dahulu. Masa tu, aku capai buku merah je. Nak melangkah keluar kereta pun tertahan-tahan sakit. So bila di kaunter PAC, nurse terus suruh salin kain, zawji masih di emergency. Aku terus lah masuk salin kain..Bila staff nurse dah cek bukaan, 6cm, doktor tengah key in data..Aku request dekat nurse nak pakai seluar tu..Dia kata boleh, sepatutnya masa salin kain tadi lagi. Tapi tengah beradu dengan kesakitan, nak cepat je jalan masuk PAC, lupa nak ambil seluar tu dalam handbag. Nurse kata tunggu sekejap lagi, kat LR ke...Tapi kan naik je LR keadaan terus jadi kelam-kabut, tak sempat jumpa zawji lagi dah nak kena tolak masuk OT. Memang tak sempat lansung nak pakai seluar tu. Tapi mujur juga belum sarung lagi, nak masuk OT kena buka balik nanti, dan lagi melambatkan. Dengan sakitnya aku masa tu yang dah dilate 8cm...Allahu..

Tapi, untuk kelahiran ketiga ni aku bersyukur sebab dari PAC sampai bersalin dalam OT, semuanya attended by lady doctor and nurses. Alhamdulillah..Walaupun tak dapat nak sarung seluar bersalin muslimah tu, at least, part of my worries has been waived..

Seluar bersalin tu...masih in good condition..Masih belum tercemar kesuciannya...Nak let go, sayang..Mana tahu ada rezeki anak lagi after this..Aku ingat nak buat investment. Nak kasi pinjam pada sesiapa yang memerlukan.. Ada tak agaknya?

4 comments:

  1. Memang fenomena betul pasal doktor hensem ni. Saya pun agak pelik bila tengok reaksi kebanyakan adik2, kakak2 bahkan makcik2 yang agak seperti hilang akal sampai nak booking doktor ni untuk bersalin. Sedangkan sebelum ni dibangkitkan isu kekurangan doktor perempuan untuk menyambut kelahiran bayi di hospital. Alhamdulillah, saya juga untuk kedua anak memilih doktor perempuan untuk menyambuut bayi saya. Semoga kita semua sama2 menjaga aurat

    ReplyDelete
  2. Salam sis. Kalau sy nak sewa boleh ke? Tp sy insyaAllah bsalin bln nov. Lmbt lg. Sis pakai saiz apa ye

    ReplyDelete
  3. Salam sis ,klu sy nk sewa mama pride blh ke?due date 18/9 nt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh email sy di ilifadhilah@yahoo.com for details. TQ.

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015