Thursday, December 3, 2015

Dah Nak Habis Dah Cuti Bersalin T__T

Aku ambil cuti bersalin 3 bulan kali ni. Ada baki lagi 2 bulan untuk sepanjang tempoh perkhidmatan. September-Oktober-November.... Sekejap je rasa. Macam tak puas je belek anak. Huhu..

Sepanjang bulan November, aku tak hantar anak-anak ke pengasuh (Mak). Since end of October aku dah habis pantang, so sengaja nak spend time dengan anak-anak sebelum aku masuk kerja by December. Sekolah pun dah cuti mid November. Dan sebab zawji kena outstation hampir 2 minggu in November, aku confirm berkampung di Ampang, jadi adalah tidak berbaloi untuk hantar anak-anak for 2 weeks je.

Aku akan start kerja the 2nd week of December. Jadi aku dah plan dari awal pantang, aku akan hantar anak-anak ke pengasuh the 1st week lagi. Minggu ni lah..Kira macam orientasi for Fathan lah. Hahaha..

Aku risau sebenarnya sebab Fathan asyik refuse bottle-feed. That's why hantar awal nak bagi dia familiar dengan Mak and in case dia meragam, aku ada je dekat rumah. Boleh datang jenguk anytime. Taknak lah hantar masa 1st day masuk kerja, lepas tu hati tak senang fikir anak meragam ke apa.

So nak tengok progress Fathan this whole week, boleh tak bottle-feed, minum tak EBM, meragam tak etc.

As for abang-abang, hantar juga ke rumah Mak. Hihi.. Bagi chance dekat ummi having me-time. Banyak benda ummi nak buat asyik tertangguh ni..Hopefully misi terlaksana lah within these couple of days.


The kids (Faheem & Faqeeh) have transformed on their first day kat rumah Mak after long holiday. Hihi.. Memang nak potong pun rambut Faheem tu. Geram dia sokmo taknak syampu rambut. Takut mata pedih.. Mak botakkan abang je dulu. Pastu Faqeeh merajuk, nak potong rambut macam Faheem jugak. So there you go. 3 botak boys. Hihihi..


Faheem & Faqeeh tak bagi ummi pergi kerja. Faheem kata, ada baby tak payah lah work. Jaga je lah baby. Nanti baby nangis nak ummi macam mana? Baby nak nenen macam mana? Faqeeh pulak ajak ummi sama-sama duduk kat rumah Mak. Hahaha.. Mak tak jaga mak orang lah Faqeeh. Mak jaga babies and toddlers je.. Kalau ikut hati ummi memang lah taknak kerja. Tapi zaman semua benda serba naik, serba mahal..Tambang LRT pun naik T___T . Doakanlah ummi abi dimurahkan rezeki yang barakah, dicukupkan rezeki untuk besarkan anak-anak, diberi kesihatan yang baik, insyaAllah..

3 comments:

  1. Replies
    1. Seronok abang2 bila dah sama botak dengan adik.. Hihi..

      Delete
  2. Cepatnya dah 3bulan ek. Huhu.. aku pun nak kena start awal training bottle-feed.. taknak jd lg kes mcm abgnya si khalif dulu.. huru hara nak naik keja +_+

    Btw, selamat kembali to origins, ili! Hehe. Semoga bertabah! Dan semoga faheem, faqeeh n fathan membesar menjadi anak yg bijak dan solehhhh

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015