Friday, December 4, 2015

Tuan Anas Mikael : Misteri Perempuan Bercincin Besar

Jujurnya, aku bukan jenis layan drama, sinetron, movie etc. Pendek kata, aku tak layan sangat televisyen. Sepanjang 3 bulan cuti ni pun, sunyi sepi je rumah (takdelah sunyi pun...Suara anak-anak je dah riuh, hiruk pikuk...Belum lagi suara ummi menjerit bagi command >__< ). Harapkan aku buka tv sendiri, adalah 2-3 kali je kot. Salah satunya nak tengok blogger neena anuar dalam WHI hari tu.. Heheh..

Masa zawji outstation 2 minggu hari tu, aku kan berkampung kat Ampang. Kat sana lah aku terlayan sekejap tengok cerita Tuan Anas Mikael (TAM) ni.. Sebelum tu, aku tak tau lansung pun cerita ni. First time dengar along cakap, aku blur.. Cerita nanas apa lah yang dierang ni layan. Cerita korea ke apa? Sebab my mind reads tuananas.. Hahah.. (I can clearly understood now the kimK incident..hahaha)..






So, back to drama TAM ni, aku tak lah follow sangat. Aku cuma tertanya-tanya siapa perempuan bercincin besar yang sangat misteri penampilannya. Spy ke? Watak antagonis ke protagonis? Sebab kemunculannya macam 'who the hell is this??' Hahaha... Tiba-tiba wanita bercincin baca newspaper, pegang stereng kereta..Paling tak boleh blah, di celahan lalang. Stress aku fikir kan watak misteri tu..

Sebab semalam episod last, semata-mata sebab nak tau watak misteri dan perkaitan dia dengan TAM atau CAM tu, terpacak lah aku depan tv. Confuse je kot my zawj tengok pe'el bini nye yang jarang kayan tv tiba-tiba melekat depan tv...

Ending nya. Sakit hati aku tau... Memang taktik menjadi lah buat orang follow cerita untuk tau watak misteri yang sebenarnya takde kaitan pun dengan watak utama.. Kak engku rupanya. Macam tukang karut dah pulak. Adoiii...

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015