Tuesday, December 22, 2015

Mommy's Syndrome


Diapers anak pun bawak pergi kerja hoiii.. Masa Faqeeh dulu, pacifier dia terperam dalam handbag. Huhu..


Worst part, used diapers bawak merata.. Oh my! Sebab masa check up Fathan sebulan hari tu, masa nak timbang tu kalut dia menangis tak tahu nak apa. Nak timbang kan kena buka baju diapers semua. Dia dah poopoo. So tukarlah dulu diapers nya. Tengah kalut-kalut anak nangis, tak jumpa tong sampah, sumbat lah used diapers tu dalam bag. Sampai ke sudah lupa nak buang. Bila kemas balik bag, baru jumpa sebab tersorok sikit.. Hahahah..

I believe ramai mommies yang ada the same experience. Habis bawak semua barang anak, diapers ke toys ke botol susu ke kan. Dah handbag kita tulah tempat sumbat segala tok nenek barang anak bila keluar berjalan. Huhu..

p/s:
Lusuh dah handbag ku.. Self reward masa bersalin Faqeeh ni. 3 years dah pakai sampai lenjan. Sebab memang jenis pakai satu handbag tu je sampai hancur. Takpe, masih boleh pakai lagi. Mujur jugak bertahan lama.. Self reward bersalin Fathan benda lain pulak..haha.. Dah selamat berkhidmat pun untuk aku.. Harap-harap dapat berkhidmat lama lah jugak, insyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015