Wednesday, December 23, 2015

21-12-2015 : Faqeeh Officially 3

Genap umur Faqeeh 3 tahun.
Cheeky, friendly & talkative.. He speaks beyond his age. Kalau bercakap, laju tak berhenti.. Dia boleh je duduk main seorang diri, pretending having a conversation, he makes two different sound, dictating 2 characters.. Alhamdulillah.. Aktif, sihat dan pintar.

Dengan Faqeeh ni, sometimes, nak marah pun tak jadi marah. He always have answers for everything. Walau macam mana pun, marah ke merajuk ke, happy ke, bila kita cakap, mesti dia ada jawapan balas.

Contoh, tak bagi tengok tv.
"Ummi nak tutup tv tu.."
"Tak boleh.."
"Boleh je ummi tutup.."
"Faqeeh tak bagi. Nanti Faqeeh berdidir depan tv, ummi tak boleh tutup tv.."
"Kenapa pulak tak boleh?"
"Faqeeh dah halang ummi.."
"Ummi boleh angkat Faqeeh.."
"Nanti Faqeeh bertukar jadi Ultraman Faqeeh jadi besr sangat ummi tak boleh angkat Faqeeh.."

Adoii..Dah jadi Ultraman ummi surrender lah..hahaha..

Dia happy go lucky, jovial, cheerful... Most of the time memang happy happy je. Hati pun lembut, selalu mengalah dengan abang. Buat apa pun, beli apa pun, mesti akan ingat abang, ingat ummi. Pergi pasar malam dengan abi pun, pesan kat abi beli makanan untuk ummi..Wahhhh...touching ummi..
But at times ada jugak masa tantrum dia yang buat ummi abi pening kepala..





 Birthday celebration, simple je. Birthday boy demam. Kami beli kek 2 slice kat Secret Recipe. Beli makanan berat sekali lah. Tapau. Makan dekat rumah je. Kek suruh dia pilih sendiri.

On his birthday eve, abi bersengkang mata siapkan Optimus Prime and Bulkhead. Cut and fold transformers figurine beli dekat Big Bad Wolf 2015. Faqeeh ambil sendiri masa dekat cashier. Dok bertangguh buat benda ni sebab takde gam. Guna gam biasa tak lekat, glue stick dengan double sided tape pun tak lekat. Nak kena pakai UHU jugak baru menjadi. Alhamdulillah..


Lepas makan kek, ummi pulak menggigihkan diri buat Bumblebee..



Tapi birthday boy demam, takde mood nak main sangat. Baring je sampai tertidur..

Faqeeh,
Sepertimana namamu sering disebut dalam doa ummi & abi setiap usai solat {allahummafaqiihufiddin waalimhuta'wil} moga Faqeeh diberi kefahaman dan kepandaian agama, dihiasi akhlak & peribadi mulia.. Diberi kesihatan yang baik, rezeki & umur yang barakah.. Semoga menjadi anak soleh, sentiasa dalam rahmat & redha Allah, sentiasa dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah, sejahterabdi dunia & akhirat.
Allahumma ameen.. Amin ya rabbal alamin...



No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015