Tuesday, January 12, 2016

Fathan : 3 Months & 4 Months Check-up


Alhamdulillah, 4 bulan dah Fathan.
Check-up 3 bulan hari tu was quite late. Lahir awal bulan, hujung bulan baru check-up.. Huhu. Untuk 4 bulan, since takde vaksin, nurse bagi corrected date.

3 months
Weight : 5.6kg
Height : 59cm
 

4 months
Weight : 6.1kg
Height : 60cm


Kalau tengok Fathan punya growth, lebih kurang Faqeeh je. Faqeeh 3 bulan 5.6kg gak, 4 bulan 6.2kg.

So far, Fathan dah boleh bergolek-golek, dah meniarap, leher dah tegak, kaki dah kuat, mulut dah bising, air liur dah menjejes.. Hihi..

Happy boy dia ni. Suka sangat gelak. Pantang di agah sikit, gelak sakan nganga mulut.


Kuat minum. Faqeeh dulu sampai 6 bulan consume 10-12oz je ebm. Fathan ni dah 20oz per day. So far Alhamdulillah, supply masih over demand. Masih boleh tambah stok sikit-sikit. Jumlah stok ebm to date, 500oz. Nak capai rekod stok ebm macam Faqeeh dulu mungkin tak lah. Faqeeh at 6 months, stok ebm ada 1200oz.. Huhu..Apapun, tetap bersyukur dan berdoa supaya Fathan dimurahkan rezeki, ummi dapat breastfeed Fathan at sampai 2 tahun. 


Asyik nak berdiri je sekarang ni. Bila dapat berdiri, bukan main seronok dia. Galak sungguh adik oii..
 

Semoga Fathan membesar dengan sihat dan cergas, jadi anak soleh, mukmin yang bertaqwa. Ameen.

4 comments:

  1. Fathan ni combination muka dua abang dia kan? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh...yela...didn't notice that. Asyik lah fikir muka siapa adik ni. Now baru perasan it's a combination of both abangs.. hihi..

      Delete
  2. tomeynya dia sebaya anak ana lah..4bulan baru 6kg..now nak bangun ja tdo xmau langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)
      Alhamdulillah. Semoga membesar dengan sihat, cergas dan pintar, jadi anak yg soleh/solehah.InsyaAllah, Ameen.

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015