Monday, January 4, 2016

First Page of The First Chapter of 2016


Chapter : January, Page: 1

It's a blessed Friday..
Pagi-pagi bergotong-royong kemas Pasti yang baru di make over. Hehe.. Cat je pun. Sebelum ni tak ikut spesifikasi warna. Jadi tak nampak lah ke-Pasti-annya. Ni dah cat baru, barulah nampak Pasti :)


Kemas, tampal-tampal poster, ABM, etc. Tapi aku tak membantu sangat pun. Setakat termampu bila Fathan tidur lena. 




Tengahari tu, masa zawji solat jumaat, Dapur rumah banjir !! Tak hujan tak ribut, tiba-tiba banjir. T_____T

Faqeeh yang bijak bestari lagi pintar, dia selit hos outlet mesin basuh yang sedang running tu tepi mesin, which is luar toilet. Melimpah lah air memenuhi dapur. Mujur aku sempat alihkan extension plug. Allahu Allah... Melompat jugak lah ummi kamu ni Faqeeh.. Tskk tsskkk... Bila tanya siapa buat, dia sengih-sengih je mengaku dia yang buat. Nak marah camne???

Terus operasi mengemop satu rumah. Zawji lah buat..hihi..

Malam tu pulak, makan besar. Kakti belanja makan di Al-Rawsha, Bulatan Kg. Pandan. Almost complete. Seorang je lagi to complete the puzzle. Makan sampai kenyang. Nyumsss.. Pastu bising perut tak kempis..wuwuwuwu..



The big family of Hj. Yusoff & Wan Zainab ^____^

Conquer 3 meja..

Dan playroom juga. Penuh dengan anak-anak kami saja..Memang purposely pilih table yang paling hampir dengan play room. Senang nak monitor anak-anak..hihi..

It's a great start of 2016. Alhamdulillah.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan barakahNya buat kami, diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia yang diberkati, sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah..

Semoga Allah tetapkan hati-hati kami, perteguhkan iman dan aqidah kami, tetapkan kami dijalan yang lurus. Semoga kami menjadi dari kalangan orang yang bertaqwa, sentiasa dalam redha Allah, dijauhkan dari azab api neraka..

Allahumma ameen.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015