Friday, January 29, 2016

Ladies Day Out



My first posting dalam jabatan, aku ditempatkan kat unit jambatan. Masa kat jambatan, aku ada satu geng of five (termasuk aku). The Sweet November. Sebab 4 out of 5 lahir bulan November. hihi.. Lepas tu semua pun dah bertukar-tukar tapi still keep in touch. Ada yang satu building je, tapi tetap tak sempat nak jumpa. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing kan. Kalau sempat pun, dua tiga bulan baru dapat lunch sama-sama.

Rentetan dari kisah kenaikan pangkat hari tu, maka bertebaran lah umat-umat dalam jabatan ni dipindahkan. Sekali bertukar, 500 keping surat cinta berterbangan. Kerja overtime di hujung minggu rakan-rakan HR ni nak siapkan surat penempatan hoii..Aku masih kekal di tempat yang sama, Alhamdulillah. One of my sweet november friends ni dapat balik ke kampung dia nun kat Besut setelah 7 tahun berkelana.

Lagi susah lah nak jumpa lepas ni. So, we decided to have a ladies day out session sebelum mek ni pindah. My first ladies day out session sejak hampir 6 tahun kahwin ;)

Planning cincai-cincai je. Hari kejadian pun masih tertanya-tanya jadi ke tak. Hahaha.. Nak pergi macam mana pun tak decide sebab aku demam hari Jumaat tu. Fikir kalau masih demam sampai Sabtu, aku tak jadi lah join. Alhamdulillah pagi sabtu tu badan dah rasa segar. Cumaaaaa... suara aku takde.. Memang tak bagi gossiping ye. Suruh duduk diam-diam, jangan cakap banyak. 

Nak jumpa di IOI City Mall. Zawji pun ada hal jugak. So, minta ihsan mama tengokkan cucu berdua tu. Fathan aku bawak sebab takkan nak usung pam pulak. Lagipun, they haven't meet Fathan yet. Sempat Faheem buat statement sedih.."Ummi abi tak sayang Faheem. Kenapa ummi abi taknak jaga Faheem?". Adoiii...

Zawji hantar aku ke Bandar Tasik Selatan, where I meet Sya and pergi dengan dia dan handsome little Absyar. Sampai IOI City Mall pukul 12 lebih. Orang yang diraikan datang lambat. So, kiterang order makan dulu. Lapar hoiii...

Dah licin tulang pun, orang yang diraikan tak sampai lagi..hew~ Kasi gambar tulang ni biar dia gelabah sikit..Hahaha..Sorry Timy.


Us, former bridgebusters ^__^ From left: Kak Alina, Timy, Sya, aku, Kak Liza. Baby kenit dua orang. Absyar dan Fathan. Anak Kak Liza, Qayyum.

Lame kiterang lepak kat Kenny Rogers tu. Orang meja belakang dah silih berganti dah. Haha..

Borak-borak je lama. Then jalan-jalan dalam tu tanpa hala tuju. Bukan nak shopping ke apa pun. Nak borak je banyak nye. Dalam pada takde suara, nak jugak borak. Peduli lah..

Orang yang diraikan. Timy..

Absyar comel

Bila lagi tah boleh gather macam ni. Tunggu dapat jemputan dari Timy, from Besut with love, perhaps. Hihi..

Geram betul dengan Absyar ni. Cute.
  

Dari IOI City Mall, aku Sya dan Timy ke Ikea Cheras pulak. Cuci mata.
Sakan kau ber-ladies day out ye.. Sampai ke malam.
=__='

Sekali-kala. Consider as ME-time lah jugak. Tapi bawak jugaklah Fathan tu.
Thank you zawji for letting me have my own sweet time with my friends.
Boleh lah repeat lagi lepas ni, perhaps.
Ahahahaha.


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015