Tuesday, February 2, 2016

Bila Abi Jadi Cikgu


Seingat aku, cuti sekolah tahun lalu, bila aku cuba nak uji Faheem ABC secara random, dia kata dia tak tahu. Puas huruf ditunjuk, puas hint dihulur, jawapan Faheem sama, tak tahu. Kalau menyanyi ABC, lancar dan laju.

Hmmm.. Tak apalah. Baru 4 tahun.

Awal bulan lalu, abi mula jadi cikgu. Dari ABC, 123 dan Iqra'. Aku perhati saja. Sebelum solat, usai solat, sebelum makan... Bila saja ada waktu terluang. Ada masa abi nampak tegas. Ada masa santai-santai saja. Sambil anak bermain pun abi santai lontar soalan.

Dhod baris atas itu door (pintu). Sod baris atas Tso - dinosaur. Shin baris atas Sya - kawan ummi, aunty sya. Hihi. Belajar iqra' cara abi. Alhamdulillah Faheem mudah terima. Sekejapan dah habis Iqra' 1.



Abjad dan nombor pula pakai fridge magnet. Susun scattered. Belajar eja nama. Bila berjalan keluar, suruh baca nombor plat kereta, papan tanda, tulisan pada baju. Bila ke Ikea hari tu, ambil pensil, measuring tape dan kertas, bukan untuk ummi abi, tapi bagi Faheem. Suruh dia measure anything and tulis. Bersemangat waja abang Faheem mengukur.



Silibus sekolah untuk 5 tahun ada subjek Al-Quran dan hadis. Abi ulang-ulang baca hadis pada Faheem. Faheem ikut sikit-sikit. Alhamdulillah to date dah lancar 3 hadis beserta makna. Faqeeh pun belajar sama. Bila-bila masa sahaja abi lontarkan, hadis pertama... Pantas anak-anak menyambut bacaan hadis. Dari hadis, hafazan ayat suci Al-Quran pulak. Perlahan-lahan Faheem ikut menghafaz. Faqeeh dalam pada banyak main, diam-diam dia hafal sama. Alhamdulillah, semuanya dengan bantuan dari Allah.


Aku? Tolong bab revise je. Tolong tulis dan tampal hadis pada cermin. Nak suruh anak belajar hadis, mak nye kena belajar sama. Sambil-sambil mengajar anak, sambil kita menghafaz juga ;). Selama ni belajar dengan ummi, ummi kurang sabar. Expectation tinggi sangat. Baru sekali dua ajar, dah harap anak dapat catch up. Kesian anak. Sebab tu agaknya tak lekat. Tanya saja pada Mak ucu macam mana ummi jadi cikgu ajar mak ucu math dan add math dulu. Menangis sampai basah buku mak ucu. Huhu..Tapi dengan abi, lain gayanya. Tegas tapi bukan garang. Satu hari, at least kena lancar satu muka surat Iqra'. Boleh pulak Faheem bertahan lama.

Rasanya, anak lelaki memang perlu sentuhan ayah. Dengan abi baru menjadi. Dengan abi, biarpun main-main, Alhamdulillah nampak hasil. Ni ada 3 orang hero, ummi boleh lepas tangan tak? Hahaha...Ngelat ye ummi..

Baru sebulan sekolah buka, nampak much improvement pada Faheem. Allahuakbar. Hebat kuasa Allah. Jangan under estimate ability anak-anak. Allah cipta memori anak kecil ibarat sponge yang berupaya serap berkali ganda air. Kunci nya, usaha tanpa jemu, banyak-banyak sabar, doa - mohon pertolongan dari Allah. Anak kecil, fitrahnya suka bermain.

Semoga Allah mudahkan urusan pembelajaran ilmu dunia dan akhirat kami, terangkan hati-hati kami, bukakan ikatan lidah kami dan fasihkan tutur kami...


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ

“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”



No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015