Monday, May 9, 2016

Tentang Tanah


Sedang menikmati makan malam....
"Ummi... Tanah dengan tanah boleh bergaduh tak?"
"Mana boleh..tanah mana boleh bergaduh"
"Bolehlah ummi.."
"Tak boleh.."

"Faheem kan tanah.. Faqeeh pun tanah.."
"Kenapa pulak?"
"Allah kan jadikan kita dari tanah. Lepas tu Allah tiup roh kat tanah, jadilah faheem.. Jadilah faqeeh.."
"Okkk.. Tapi still tak boleh gaduh " 



"Allah amik tanah, Allah tiup roh.. Jadi nabi Adam.."
"Allah cipta Nabi Adam dekat mana?"
"Dalam syurga lah.."

"Kalau ada roh, kita hidup kan abang?"
"Yelah. Faheem ade roh. Faheem boleh main-main..ummi ade roh, ummi boleh jaga Faheem, ummi boleh masak."
" Kalau Allah ambil balik roh kita, jadi apa?"
"Mati.."
" Lepas mati jadi apa?"
"Orang tanam."
" Orang tanam kat mana?"
"Kat kubur."
"Kubur tu mane?"
"Dalam tanah..Ehhh..kita kan tanah ummi.. Masuk balik dalam tanah?"
"Betul.."

Rasanya pernah cerita kat dia sekali je bagaimana Allah cipta Nabi Adam secara santai-santai. MasyaAllah hebat kuasa Allah, dia boleh ingat dan relate kan balik.
Allahuakbar!


Pastu ummi saja nak buat tragis..

"Abang, kalau dah mati kena tanam kan.."
"Yelah..tanam dalam kubur.."
"Kubur tu besar ke kecik?"
"Kecik je.."
"Gelap ke terang?"
"Nanti dah kambus-kambus tanah, dia terpenyek dalam tanah, gelap lah."
"Kalau orang baik, rajin solat, ada anak soleh yang selalu doakan dia, nanti kubur dia terang, ada cahaya, luas je, lapang, tak sempit pun.."
"Kalau orang jahat ummi?"
"Kalau orang tak solat, selalu buat benda Allah tak suka, takde amal yang dia buat, takde anak-anak soleh nak doa untuk dia, nanti kubur dia jadi gelap sangat, sempit.."

Senyap..Trying to digest agaknya..

"Kalau ummi mati, anak-anak ummi lupa doa untuk ummi, tak solat, nanti kubur ummi gelap, sempit, mesti ummi sedih dalam kubur, takde siapa nak sedekah doa kat ummi..."

Tiba-tiba meraung lah dua beradik.

"Ummi...Faqeeh sayang ummi..Faqeeh nak doa untuk ummi.."
"Ummi...Faheem dah pandai solat..Faheem nak solat dengan ummi. Faheem tak lupa ummi..Nanti Faheem doa untuk ummi.."

Berjuraian airmata dua beradik {campur umminye..huhu}
Tak sangka touching sampai macam tu sekali..




No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015