Tuesday, June 28, 2016

Malu


Malu.
Perlu atau tak sebenarnya perasaan malu tu?
Baik atau buruk sebenarnya memiliki sifat malu?
Ada orang kata, kita harus keluar dari kepompong malu, buang rasa malu jauh-jauh.
Malu itu bagaimana sebenarnya?

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
"Malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nah..
Rasulullah صلى الله عليه وسلم kata malu itu membawa kebaikan. Kenapa nak kena buang pulak benda yang baik?

Malu yang bagaimana yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم maksudkan ?
Malu yang menghalang kita dari berbuat perkara yang buruk dan tercela, dan mendorong kita berakhlak mulia.


Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,



اِسْتَحْيُوْا مِنَ اللهِ حَقَّ الْـحَيَاءِ، مَنِ اسْتَحْىَ مِنَ اللهِ حَقَّ الْـحَيَاءِ فَلْيَحْفَظِ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى وَلْيَذْكُرٍِِِِِِِِِِِِِِ الْـمَوْتَ وَالْبِلَى، وَمَنْ أَرَادَ اْلأَخِِِِرَة تَرَكَ زِيْنَةَ الدُّنْيَا، فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدِ اسْتَحْيَا مِنَ اللهِ حَقَّ الْـحَيَاءِ. 

Ertinya : “Hendaklah kalian malu kepada Allah Azza wa Jalla dengan sebenar-benar malu. Barang-siapa yang malu kepada Allah  dengan sebenar-benar malu, maka hendaklah ia menjaga kepala dan apa yang ada padanya, hendaklah ia menjaga perut dan apa yang dikandungnya, dan hendaklah ia selalu ingat kematian dan busuknya jasad. Barangsiapa yang menginginkan kehidupan akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia. Dan barangsiapa yang mengerjakan yang demikian, maka sungguh ia telah malu kepada Allah Azza wa Jalla dengan sebenar-benar malu.” [Hasan: HR.at-Tirmidzi (no. 2458), Ahmad (I/ 387), al-Hâkim (IV/323), dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah (no. 4033). Lihat Shahîh al-Jâmi’ish Shaghîr (no. 935).]



الْـحَيَاءَ مِنَ الإيْمَـانِ
Malu itu sebahagian daripada iman

Orang sekarang, ramai yang dah tiada rasa malu tu. Lantang menyuarakan sesuatu yang konon nya hak. Dah tak nampak batas pemisah antara hak, malu dan adab. Hak kita sebagai manusia? Itu yang kita sibuk perjuangkan. Hak Allah sebagai empunya jasad, roh dan setiap yang di sekeliling kita? Ada kita kisahkan? 

Kita hidup bukan bersandarkan apa kita rasa, apa kita suka, apa kita fikir. Memang tak salah punya rasa, tak salah untuk suka, tak salah untuk berfikir semahu kita. Tapi pasti ada acuannya, pasti ada garis panduannya. 

Ada benda yang kita rasa tak salah pun, kenapa nak kena malu.

Analoginya.

Apa batasan aurat seorang wanita sesama wanita muslim atau di hadapan mahramnya?
Jumhur ulama' menyatakan batsan aurat wanita bagi kes di atas adalah di antara pusat dan lutut.
Diulangi ANTARA PUSAT DAN LUTUT.
Mahram tu siapa? Mahram tu termasuk BAPA KANDUNG, BAPA MERTUA, ADIK-BERADIK LELAKI KANDUNG dll.
Tapi, adakah dihadapan orang-orang yang dikatakan mahram kita ni, kita berpakaian sekadar menutupi pusat hingga lutut? Cuba angkat tangan sikit. Ada tak?
Rata-rata mesti jawab TIDAK. Tapi, salah ke kalau kita pakai macam tu? Tutup pusat hingga lutut je, bahagian dada terdedah? Kalau pada hukumnya, memang tak salah.
Tapi kita tak buat macam tu.
Sebab apa? Sebab sifat malu tu lah kan.
Kalau yang umur 5-6 tahun, yang dada bukan belum berbukit, itu lain cerita dia.
Tapi umur tu dah kena ajar rasa malu.
Sedangkan sesama wanita pun kita rasa malu. Inikan pula dengan lelaki, walaupun mahram.


Jadi, tak semua benda yang kita rasa tak salah, kita boleh berbuat sesuka hati, tanpa adanya rasa malu.

Tapi malu pun kena bertempat. Kalau malu pada perkara yang sia-sia, itu sifat tercela. Antara sifat malu yang tercela -- malu menuntut ilmu, malu melakukan amar ma'ruf nahi munkar, malu mencari nafkah halal (bagi lelaki), malu solat berjemaah, malu berpakaian mengikut syariat. 

{Tiba-tiba je aku nak cerita pasal malu. Viral punya pasal. Tapi yang penting, aku nak educate diri aku sendiri sebenarnya. Hak dan limitasi kita perjuangkan hak sebagai manusia yang dicipta oleh Dia. Jadi hak Dia lagi utama. Mohon jangan tersasar.}

Nak baca lebih lanjut hadis-hadi tentang malu, pergi sini 

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015