Monday, June 27, 2016

Ketuk-Ketuk Ramadhan #2


Alhamdulillah, masih lagi berjaya meminimakan juadah beli dari param. Sekali je aku jejak param tahun ni. Itupun small scale param depan rumah je. Tak bersesak macam big scale param.


Day 11

Sahur:
Ayam Goreng Berlada
Mixed Vege

Iftar:
Siakap 3 rasa
Sayur buncis + lobak + suhun goreng
Popia + vade  frozen
Air nenas



Day 12

Sahur:
Sayur buncis + lobak + suhun goreng
Ikan bilis goreng kicap

Iftar:
Sambal tumis sotong kembang
Telur mata cair + kicap
Ulam timun + tomato
Popia Otak-otak frozen
Air teh tarik



Day 13

Sahur:
Sambal tumis sotong kembang
Ayam goreng
Sayur campur

Iftar:
Spaghetti aglio olio salmon
Otak-otak frozen
Air milo

Iftar dengan anak-anak saja. Zawji ada important mission. Nak masak lauk, macam tak berbaloi pulak rasa. So, berpasta lah kita since anak-anak memang penggemar pasta. The only rencah yang ada dalam peti is ikan salmon. Boleh lah. Cili kering pun takde. Jadi kita ganti dengan cili padi for the spice. Sekali-sekala me-melayu-kan western food.



Day 14

Sahur:
Kari kambing
Ulam timun
Serunding bilis kelapa

Iftar @ Ampang
Masak lemak telur itik
Ayam goreng
Roti Jala*
Buah tembikai
Air teh tarik, Sarsaparilla


Day 15

Sahur:
Telur masak berlada
Kuah kari ayam roti jala*
Sayur pak choy

Iftar:
Ikan kerisi goreng taucu
Sayur kobis cina tumis air
Laksam*
Air sirap cincau



Day 16

Sahur:
Daging hitam*
Sayur buncis + lobak

Iftar:
Char Kuey Teow
Samosa Frozen
Kerang rebus
Air Teh Ais



Day 17

Sahur:
Sotong tin tumis cili
Sayur bayam masak lemak
buah kiwi


Iftar: @ Ampang
Opor ayam
Acar timun
Ikan masin
Murtabak*
Kuih tepung pelita*
Cekodok daging
Air kopi ais + air soya


Day 18

Sahur:
Sotong dalam tin tumis cili
Ulam tomato
Telur dadar

Iftar:
Sup kaki ayam
Sayur taugeh tumis kicap
Serunding bilis 
Bubur lambuk
Kepak ayam madu*
Air tembikai
Air teh o



Day 19

Sahur:
Sup kaki ayam
Telur goreng kicap

Iftar @ Ampang
Kuey Teow goreng kerang
Ikan bawal masak sweet sour
Sayur buncis
Kuih samosa*
Air cincau

Office zawji buat majlis iftar di Al-Rawsha. So aku dan anak-anak balik Ampang. Asalnya plan nak berbuka kat rumah je eventhough without zawji. Dah biasa dah. Tiba-tiba petang masa tengah tunggu zawji jemput di LRT, mama call, tanya nak buka kat Ampang tak.. Hihi..Pucuk dicita, ulam mendatang. Setuju je lah..


Day 20:

Sahur:
Sambal tumis telur rebus
Sayur taugeh * kubis cina

Iftar:
Bubur lambuk Masjid Al-Azim
Popia penkek rangup
Air teh ais

Zawji berbuka di masjid pula hari ni. Tengahari lagi dia dah pergi. Kena bertugas. Dia balik sekejap Asar, hantar bubur lambuk. Since dah ada bubur, dan aku berbuka dengan anak-anak je, malas nak masak berat, lauk bagai. Buat kudapan je lah.


 Popia penkek rangup, resepi from FB. Adalah modify sikit ikut bahan apa yang ada di rumah.


Berselera pulak budak berdua ni makan. Sampaikan yang ummi asing siap-siap untuk abi pun, dia makan jugak. Lapar katanya. Tapi taknak bubur. Nak popia ummi masak. Alahaiii.. Bila kata nanti abi merajuk macam mana. "Alah, ummi masak lah lagi untuk abi. Senang kacang je. apalah ummi ni..."  =____='

Takpelah, makanlah puas-puas. Nanti ummi beli udang banyak-banyak, boleh buat popia rangup banyak-banyak ;)





No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015