Tuesday, June 7, 2016

The Power of Istighfar


1 Ramadhan, buka puasa di rumah mama. Sementara Kangah cuti, dapat berkumpul buka puasa with the whole family. Kalau tidak, weekend je possible. Itupun belum tentu, sebab weekend selalunya giliran balik berbuka di Gombak pula.

Sambil bersiap untuk berbuka, aku jadi mandur saja, hahaha...borak dengan kangah. Asalnya cerita tentang aku berbengkel minggu sebelumnya. Cerita kegigihan ibu yang menyusu anak, mengusung pam kemana jua hatta ke bengkel sekalipun. Heh. Masa bengkel tu, bos aku tegur. "Gigihnya mak-mak memerah susu. Bawak beg kehulu kehilir. Habis macam mana simpan tu nanti? " Puan bos sudah berkahwin 8-9 tahun, namun belum dikurniakan rezeki cahayamata. 

Tiba-tiba kangah interrupt cerita aku...

Ada ustaz ni datang ceramah kat office dia. Ustaz tu cerita tentang ...


KISAH IMAM AHMAD dan SI PEMBUAT ROTI
Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.
Imam Ahmad pun berkata, “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.”  Beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid. 
Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.
Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung.  Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam.  Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.
Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.
Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”
Imam bertanya: “Apakah doa itu?”
Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”
Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”

Allahuakbar!
Hebatnya impak amalan istighfar.
Kangah sebenarnya nak relate dengan kisah Puan Bos yang belum dikurniakan cahayamata tu. Sebab ustaz tu pun memang ada mention, banyak kes pasangan yang belum dikurniakan rezeki anak, ikhtiar pelbagai cara. Rawatan secara tradisional dan moden, amal pelbagai ubatan dan jamu. Ikhtiar yang bagus juga, tidak jemu berusaha. Tapi, ramai juga yang tak tahu, beramal dengan istighfar boleh jadi salah satu ikhtiar juga. A powerful one.
Dalam Surah Nuh:10-12, juga ada menerangkan kelebihan istighfar.


 Jom amalkan istighfar.
Bukan sekadar ikhtiar meminta zuriat, malahan untuk setiap yang kita hajati, mudah-mudahan dimakbulkan Allah, asbab basahnya lidah dengan Istighfar.
InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015