Wednesday, July 13, 2016

Cerita Raya Lagi :)

2 Syawal masih di Gombak.



Tengahari kami ke Kampung Baru, the kampung in the city.
Dulu, Kampung Baru memang salah satu destinasi wajib kami beraya.
Rumah arwah Nenek (my moyang) di Kampun Baru, depan SME Bank. Since Nenek meninggal, takde dah edisi raya di Kampung Baru. The house is still there, manage by Tokyan, my nenek saudara. 

Kali ni, kami raya di Masjid Jamek Kampung Baru. Tok Imam situ kawan Ma & Ayoh. Rumah Tok Imam, sebelah masjid je kan. Hihi..


Then pergi kubur Jalan Ampang. Bersihkan kubur arwah abang dan kakak zawji, baca tahlil arwah. 6 tahun kahwin, tahun ni baru aku tau kisah sebenar arwah abang dan kakak zawji. Both meninggal masa dah cukup bulan. Yang lelaki tu, meninggal dalam perut masa dah sakit-sakit contraction. Yang perempuan, masa lahir masih bernafas lagi. Ma bersalin dekat Klinik Sentosa. Due to tak cukup equipment, baby kena hantar ke HKL. She died masa di HKL. Tahun 1974 dan 1976. 

Arwah Nenek dan Tok Baba aku pun kebumi di Jalan Ampang ni. Cuma bila aku tanya mama kubur kat belah mana, mama pun tak pasti. 



 Malam tu baru aku balik beraya di Ampang.

Raya ke-3, baby NAZ dah boleh discharge.
Alhamdulillah.
Dapatlah maklang hidu bau anak syurga ni. Rindunye bau baby..



Abang Faheem, asyik menyendeng dekat baby. Nak adik lagi ke?? haha..Kalau masa pregnant Fathan dulu, he keep on saying nak adik girl. Ni bila tanya nak baby girl tak? Tukar dengan adik Fathan. Faheem kata dia taknak baby girl. Nak Fathan. Nak adik boy je. Hahaha..


Raya ke-4, off to Kajang. Kampung Mama.
Raya di rumah Cikma, then Ayahlong.
Tapi semua pun ada. Berkumpul sekali. Senang.




Bab makan. Fuhhh..
Cikma masak ayam kuzi. Makteh bawak sambal tumis ikan bilis. Ayahlong buat pengat durian, ikan pekasam, pucuk ubi rebus, telur puyuh...
Allahu.. Memang berpinggan-pinggan makan. Nasi putih + sambal tumis + pucuk ubi je dah cukup dah. Tambah dengan pengat durian cicah roti.. Kekenyangan..Alhamdulillah..











Raya ke-5, ke Bandar Saujana Putra, Jenjarom. Rumah Paklang. Dulu kat USJ. Then few months back, paklang pindah BSP. Ni first time aku sampai BSP. 
Anak-anak paklang masak mee tomato. Marvellous.









No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015