Tuesday, July 12, 2016

1 Syawal 2016 / 1437H


Tahun ni, giliran pagi raya belah zawji di Gombak.
Kampung Gombak dan Kampung Ampang, apa nak kisah sangat kan..huhu..

1 Julai masih bekerja, tapi dah mood cuti.
3 Julai adik ipar bersalin. My one and only adik lelaki secara rasminya telah menjadi seorang ayah. Alhamdulillah dikurniakan bayi perempuan yang comel seberat 2.89kg secara normal di Hospital Ampang. Nurul Aqeela Zaheera nama diberi. Baby boleh geng dengan abang bertiga ni, sebab G6PD deficient jugak..huhu..Berkampunglah seminggu di hospital. Tapi Alhamdulillah baby takde jaundice at all. Clear. 

4 Julai, tengah-tengah malam buta baru balik kampung lah kiranya. Hari sebelumnya balik juga berbuka di Gombak. Tapi tak bermalam. Jadi balik secara rasminya adalah dua hari sebelum raya dengan membawa luggage gabak seolah nak pulang berhari raya di kampung beratus kilometer jauhnya. huhu..

Aku kononnya nak buat satay dan kuah kacang untuk pagi raya. Tapi memang buat tak banyak. Tak sampai seekor ayam pun. Adalah dalam 600 g je pun isi ayam. Gigih lah buat perapan dari rumah, siap-siap perap dan masak kuah kacang. First time aku masak kuah kacang hoii, SENDIRI dan SEORANG DIRI. Satay tu pun of course lah first time jugak. Lepas tu fikir nak goreng ke, nak bakar. Last day iftar tu, zawji pergi beli lidi cucuk satay, siapkan bara api. So membakar satay lah kita. Bila dah cucuk-cucuk, alahai sikitnya. Harapan nak makan di pagai raya. Makan untuk iftar jelah.

Tokei satay. Sekali bakar je. Memang banyak tu je yang dapat. Alkisah first timer, tak berani nak buat banyak terus. Takut membazir kalau tak sedap. Huhu..

Hasilnya, Alhamdulillah. Boleh lah untuk first timer. Ada kurang here and there boleh perbaiki lagi..Hahaha..Masuk bakul.

This year Ma tak merendang. Kakna buat nasi minyak gulai ayam, rendang daging. Kak ita pun ade buat rendang daging hitam dan bekukan sebelum dia balik Keratong. Aku? Kuah kacang tu jelah. Hampeh kan. Plan nak masak rendang paru, tapi mencari paru tak jumpa, tak jadi lah plannya. Ok, lepas ni azam nak belajar masak nasi pelbagai jenis. Hihi.. Wish me luck ye..

Malam raya tu, as usual aku dan zawji meredah Chow Kit Road berdua. Rutin malam raya aku sejak 6 tahun yang lalu. Anak-anak kita bagi tidur lena dulu. Pukul 1 pagi kami dating berdua di Chow Kit.. Ahaha..Tapi kali ni pantas je. Tak sampai sejam pun. Balik-balik, Fathan baru je terjaga. 

Pagi Syawal..
Sempat beraya rumah ayah long, sebelah rumah Ma je. Lepas tu tak sempat nak keluar orang dah menderu datang. 

Cik ily sibuk ber-sefie dengan anak-anak buah. hihi..




Missing 2 families. Abe & Adi.


Susahnye lah nak dapatkan a perfect family photo.
But the most important thing is not about being perfect or looking for perfection. But to have all of us together, completing each other.

Tak kisah lah gambar anak haru biru macam mana pun, gamba ummi kena maintain cun.. Hahahaha.











Last but not least,






No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015