Friday, July 1, 2016

Ketuk-ketuk Ramadhan #3


Memandangkan hari ni hari terakhir bekerja sebelum cuti perayaan bermula, aku rasa diari ketuk-ketuk Ramadhan ni sampai edisi ni je. Day 26 onwards tu malas dah nak update. Huhu..
Diari yang ada ni pun, sekadar catatan milestone aku je.
Target untuk zero param.. Untuk main dishes, alhamdulillah berjaya. Sebab ngelat pun ye ni. Bila hari yang macam takde idea atau tak sempat nak masak, lari gi buka rumah Mama.. Nampak tak permainan nye di situ..Hahaha.. Kuih-muih masih ade few yang beli di param. Tapi masih kira minimal. Alhamdulillah.

Dan lebih penting. giving a pat on my own shoulder..Perasan sungguh. Bukan sebab apa pun. Cuma sebab aku berjaya mencabar diri sendiri untuk gigih masak sendiri. Pernah juga beberapa kali zawji tanya nak singgah pasar tak, tapi alhamdulillah aku berjaya menepis dan menguatkan tekad dan azam untuk masak. 
Aku bukan pandai masak pun. Banyak yang aku refer resepi ihsan google. Dan bukan semua menjadi pun. Tapi alhamdulillah zawji tak banyak complaint. Telan je walau isteri dia masak rasa hampeh macam mana pun. Redha je.. hahaha.. agak-agak kalau dia complaint, panjang mana tah muncung aku..huhu..

Harapannya, aku mampu istiqamah dalam mengekalkan momentum masak-memasak ni..
{ Istiqamah dalam mengerjakan amal ibadat juga -__-+ }

Day 21

Sahur:
Ayam masak madu ala mamak
Sayur kobis cina + lobak


Iftar @ Gombak
Sup ayam
Ikan cencaru masak merah
Sayur campur
Murtabak*
Tepung pelita*
Air sirap bandung, Teh O

Day 22

Sahur:
Sambal sardin
Sayur campur

Iftar:
Nasi lemak 
Sambal tumis udang
Air sirap bandung soda + cincau

Cubaan pertama masak nasi lemak. Alhamdulillah menjadi. Aku takut kalau nasi tu berlemak sangat, tapi resepi yang aku try ni, santan tu masukkan hujung-hujung nasi tu nak masak. Sedang elok je rasa dia. Alhamdulillah.


Day 23

Sahur:
Ikan tenggiri masak rendang asam
Sayur buncis


Iftar:
Daging pekasam goreng
Ayam goreng hot & spicy ala KFC
Sayur kobis bunga + lobak masak lemak
Karipap sardin frozen
Sagu gula melaka
Air ribena

Tak sempat snap gambar main dishes sebab lame sangat mengadap sagu tu, lambat pulak siap masak. Ngam-ngam je waktu berbuka. Anak-anak pulak, laju je mencapai ayam goreng ala KFC. Bolehlah buat chicken popcorn lepas ni.. Alhamdulillah.. Seronok tengok anak-anak berselara makan.


Day 24

Sahur:
Ayam masak merah
Sayur buncis + lobak

Iftar @ Ampang
Daging masak black pepper
Ikan masak rendang asam
Pecal kangkung + sengkuang + tauhu
Pau goreng inti sardin
Lepat pisang
Roti canai mamak =__=' (anak-anak request roti canai pulakkk)*
Popiah otak-otak frozen
Sagu gula melaka
Air soya*, air sirap & air honeydew*

Plan asal memang nak masak sendiri. Dah mesej zawji dah plan nak masak apa. Tapi kena singgah kedai beli bahan utama. Dari Sogo, sampai ke 4 buah kedai runcit yang ada dekat rumah tu, semua kedai pun takde benda yang aku nak tu. Bila taknak beli hari tu, ade je nampak. Sedih lah.
Pastu aku termenung fikir nak masak apa.. Zawji suggest buka dekat Ampang. Laju-laju aku call Mama. Yeahh.. Balik rumah, sempatlah aku goreng popia otak-otak dulu, prepare sagu gula melaka yang aku buat the day before, bawak pergi Ampang..

Day 25

Sahur:
Telur berlada (ala kedai Bismillah Seksyen 2 Shah Alam zaman dulu2..)
Sayur campur

Iftar:
Ketam masak cili
Sotong goreng kunyit
Mixed vege
Air sirap


 Again, sebab plan hari Rabu tak jadi, ingat nak bawa ke hari Khamis. Dengan harapan adalah benda yang diidamkan tu jual dekat pasar tani office ni. Hampa. Takde jugak. Tau ape yang aku cari??

LALA.
Aku nak masak lala. Frustnye tak jumpa bila teringin sangat nak masak ni.
Masa kat pasar tu jugaklah aku mesej zawji, informing him lala takde jual dekat pasar. Icon muka hampa..heheh..
Senang je zawji jawab, masak apa yang ada je lah..
Tapi aku dah ternampak ketam gemuk-gemuk.
Tak pernah lagi masak ketam, nak try lah.
Pilih ketam pun tak reti akak ni hoii..Jantan betina pun tak tahu beza. Sedihnya alahai..
Beli kat pasar tani tu, minta dia siang siap-siap. Kalau tak menangis aku terkial-kial nak siang ketam kat rumah nanti. Sadis kan? hahahahha.
Itupun masa nak cuci. blur gila. Belek-belek. Benda ni nak buang ke tidak ni? Confuse. Terus snap gambar, whatsapp kat mama.. Mesti mama gelak guling-guling dengar soalan anak dia ni..Aduhaiii..


Lepas buka puasa, mama whatsapp, "Jadi ke ketam masak cili awak?"
Hahahahah..aku pulak nak gelak guling-guling, nangis tepi bucu katil..
Sebab still confuse, ketam ni dah masak betul ke? Kenapa tak sama macam mama masak?
Adoiii..
Fail!

Surrender lah part masak ketam ni.
Mujur tok laki jenis makan simple, tak mintak benda pelik-pelik.

Sekian lah diari Ketuk-ketuk Ramadhan.
Dah start fikir nak masak apa untuk raya nanti. Ahaha..

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015