Friday, October 21, 2016

Kisah Random Minggu Tanpa Suami


Sebenarnya, masa previous post yang tiada bekalan air dan anak-anak tak sihat, bengkak mata bagai tu, zawji was away. Dia ada masa angkut air dari lori tu, that's the night yang dia sibuk prepare and packing barang untuk outstation. Pagi yang Faheem bengkak mata, zawji cuma sempat tengok sepintas lalu je sebab limo KLIA dah tunggu depan rumah.

 Zawji outstation for 10 days. Plan asal nak duduk kat rumah sendiri je. But since takde air, memikirkan kalau kena tunggu lori datang siapa yang nak angkut air dan siapa nak jaga anak-anak while aku angkut air dan pelbagai lagi, aku decide balik Ampang. Dengan anak-anak yang masih kecil, susah kalau takde air. Nak membuang segala bagai, makan minum lagi. 

Seminggu duduk Ampang. Happens that minggu tu jugak almost setiap hari aku terpaksa balik lewat. Kesian sungguh kat anak-anak. Bila balik pun dah keletihan.. Nak sit down study dengan Faheem pun tak sempat. Fathan pulak memang tak boleh nampak kelibat ummi. Menangis sokmo nak melekat dengan ummi..


Huru-hara jugaklah ummi ni. Nak melayan abang-abang lagi. Masing-masing suruh ummi melukis. Gigih lah ummi ni cuba memenuhi permintaan anak. Tangan dah kaku keras dah. Lama dah tak melukis-lukis ni.. Cuba jugaklah. Request orang main skateboard, and they themselves scroll google and choose which image they like. Pasrah je ummi kena lukis. Asah balik skills dan lembutkan balik tangan yang dah kejung..huhu..




Faheem's version .. hihi..

  
Bila orang busy melukis, yang kenit ni busy jugak. Busy main sharpener. Habis berterabur habuk pensil atas karpet maktok. Kuarantin dia sekejap sebab nak vacuum karpet. Dia punya protes haaa..
Selokkk..


Faqeeh's artwork..Banyak sangat kisah dalam lukisan ni. Dah rupa haunted mansion dah. hihi..


A man with a cat. By Faqeeh.


Faqeeh's tobot.


Faheem's. Suruh dia buat ulangkaji sikit, menulis dan mengeja. Dia bagi alasan pening, sakit perut etc.. Macam-macam trick. Ini je yang sempat dia tulis. Lepas tu bagi excuses. Ummi nak jaga tiga orang, memang tak dapatlah nak fokus ke abang sorang macam abi selalu buat.


 Faqeeh kalau diberi pen dan kertas, memang leka dia duduk sendirian. He can sit down and draw like this for hours.. Gave them a book each for them to jot down or draw anything. Tak sampai sehari, buku Faqeeh dah almost half used. 


Ahad kami balik rumah since Faheem akan mula exam on 20th. Alhamdulillah masa ni bekalan air dah pulih. 

I can't remember why Faheem tiba-tiba sedih. He did say something and cry afterwards. At this age, dia complaint, abi asyik-asyik pergi Myanmar je. Tak payah lah pergi Myanmar. Kerja dekat sini je lah... Alahai. Terpaksalah ummi slow talk, pujuk dia elok-elok, told him that abi pergi cari rezeki, cari nafkah untuk keluarga.


Faqeeh... Hurmm. There's one day masa ambil dekat pengasuh, dia buat drama. Nak mintak dokong sedangkan ummi kena carry Fathan dan bawa beg anak-anak lagi. Pengasuh tolong hantar sampai depan rumah. Allahu.. All the way,  dari rumah pengasuh, sampai depan rumah, dia menangis menjerit-jerit...taknak pengasuh dokong dia, nak ummi je dokong. Pengsan ummi. His drama went on for more than half an hour.. Bertabahlah ummi.
Then abi call dari Myanmar, sebab ummi dah nearly loose patience..Bersoal jawablah dengan abi..


Kenit ni pulak....
Tukang sepah tanpa rasa bersalah..



Pastu pandai pulak nak kutip balik, masukkan dalam botol. Helps to improve his fine motor skills, insyaAllah..


Then the kids pretend to be ninjas. Habis kembanglah inner tudung ummi..



And they make some mural too.. Ummi dah nak jadi hijau dah.. Whatsapp ke abi. Abi kata, takpelah, anak-anak kreatif, nanti beli cat, cat semula dinding.. Fuhhh... cool sungguh abi..


Most of the time, macam ni lah budak berdua ni. Ni sebab ummi bagi buku baru yang ummi dapat dari conference, masing-masing tengah excited melakar dan mencurah idea dalam buku baru. Kadang-kadang, tak jumpa buku, dia pakai je any kertas yang dia jumpa. Sampul surat pun boleh..Atas meja, atas lantai pun boleh jadi tempat mencurah idea. Hurmmm..Pasrah je lah ummi.




Adik kededek ni, demam on off. Memang nak melekat saja dengan ummi, sepanjang malam. Tak boleh lah ummi gerak sikit, terlepas je dari mulut dia, mula lah merengek. Rupanya gigi lagi 4 ketul dah ready nak keluar. Before this dah ada 4 batang gigi. Dah membesar bak juara dah gigi 4 batang tu, barulah 4 ketul lagi datang menyusul. Patutlah merap semacam je...


19th zawji balik. Alhamdulillah. Lega sikit rasanya.
Dah boleh handover balik half the load to zawji.
Phewwww~


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015