Thursday, March 2, 2017

Ho Chi Minh City 2017 - Day 1


As usual, kalau family trip ni, memang dah plan awal setahun. Dan seperti kebiasaannya juga, the mastermind is non other than my lovely SIL, Kakti. Itenarary, budgetting, flight and hotel booking..all done by her. Gigih sungguh SIL ku ini despite of kesibukan bekerja. 

Dan aku pula, dah 3 kali family trip, mesti jadi pregnant passenger. huhu..Dan bila tengok balik previous trips, memang lebih kurang je, 21-23 weeks pregnant. Cantik betul timing kan. Asal nak bercuti je, pregnant. Asal pregnant je, bercuti. kohkohkoh..

The kids, since dah tahu nak bercuti-cuti ke Vietnam, setiap hari tanya, what day is today? Dah hari sabtu ke? Kemain ye kamu berdua. Nak kejut bangun pagi, kena pakai ayat gertak sikit. Siapa tak bangun tak boleh ikut bercuti. Baru laju je masing-masing..Phewww..

The happy boys

We got the very last row, all to ourselves. hehe. Dan abang-abang both nak duduk tepi tingkap, so seorang dengan ummi, seorang dengan abi. Jadi takdelah adegan berebut seat. hihi.. dan Faqeeh pun alhamdulillah behave dan mendengar kata. Risau juga kalau dia buat drama macam last flight balik dari Padang, Indonesia dulu. Berdesing telinga dengar suara makcik seorang ni memetir menjerit dari belakang marahkan anak kita. Allahu. Dan mungkin sebab telah diingatkan berkali-kali, dan dia pun dah hafal dialog makcik garang tu, jadi dia beringat sedikit supaya tak dijeritkan lagi..haha..

Love the cotton cloud view. Subhanallah.

Adik ni asalnya duduk dengan abi. Bila transfer ke ummi, sekejap je dah tidur. Mujur sangat. Risau ummi kalau dia mula cranky. dan dia pun sangat aktif sekarang ni. Fathan the explorer. Thank you Allah, kerana permudahkan semuanya. 

The big brother yang dah macam FA dah asyik kehulu kehilir atas flight mencari sepupu beliau.

Happy ummi ♥

After 2 hours flight, we're about to land. Hello Saigon!

The highly-condensed Saigon City.

Dari airport, we took taxi service by ACV Unico. Dia bukak kaunter kat arrival hall tu. Beli tiket dari kaunter, bayar on the spot, then 2 buah teksi Innova bawak kami sampai ke hotel. Taxi charge, 150,000 VND.


Kakti book hotel ni for our 4 days 3 nights stay. Blessing 1 Hotel Saigon, near Ben Thanh market.
Kawasan ni dikenali sebagai Malaysian Street. Sebab orang Malaysia memang mostly suka duduk area sini. Banyak kedai makanan halal dan dekat dengan Ben Thanh Market. Senang shopping, senang makan. Memang rasa macam kat Malaysia je pun, toleh kiri kanan depan belakang, orang Malaysia je semua. hahaha. Konfius akak.


Masa sampai hotel, bilik belum ready lagi. So kami pergi isi perut dulu sementara tunggu bilik siap.
Kami pilih kedai yang nearest to the hotel je. Sebab masing-masing dah kepenatan dan kelaparan. Al-maklumlah travelling with kids and toddlers kan, dan plus berbadan dua lagi. Letih lain macam sikit. huhu..

Kat Vietnam pun ada kedai 1 Malaysia ok!

Macam raja awak ye duduk atas baby chair yang tak rupa baby chair tu.

Tak ingat order makan apa. Tapi harga boleh tahan mahai. Sebab semua lapar, tak sempat nak snap gambar ke apa, terus sambar makanan. Yang mak sempat snap, air kelapa ni je ha. Motif sangat.

Dah kenyang makan, bilik pun dah ready, moh le kita berehat-rehat seketika.
 Our trip sebenarnya ada 22 orang. 10 adults, 12 teen/kids/toddlers. And masa flight ke Vietnam, kami terpecah kepada 2 trip. Mine is the first trip sekali dengan the mastermind dan adik ipar. Family abe dengan Ma lewat sikit. So, sementara tunggu Abe, Ma dan Ayoh sampai, bolehlah buat aktiviti bebas. Nak recce kawasan dulu pun boleh. But we choose to rest. Makyong letih nooo. Ma & abe sampai pun agak lewat petang. Bagi Ma Ayoh rest dulu, lepas Maghrib baru keluar dinner etc.
Waktu di Vietnam lewat sejam dari waktu KL.

Ready for dinner.

Tu haa deretan restoran halal. Pilih je mana satu. Aysah, Musa Kariem, Halal Amin, Osman.. Ada few lagi kedai. Tak risau sangat lah bab makan. Cuma harga je sedikit mahal.

Muka tak berapa nak lapar. hehe.


Air kopi susu ais is a must. Sedap dia lain macam. 

All of us conquer satu bilik terus. Meriah hoi!

The foods, ok lah. Lebih kurang je rasa macam kat Malaysia. Tekak makyong ni bolehlah telan as compared masa Jogja trip dulu. huhu..

Dah kenyang makan, cuci mata pulak. First night ni, lebih pada survey je dulu. Tak membeli pun.

Saigon night market. Walking distance je. Hujung lorong hotel tu je haa. Operates every night. Punyalah ramai umat, dan banyak juga motorsikal. Dengan anak-anak kecil yang super berani dan super aktif, serabut juga otak aku ni. 

Sekejap je round dekat pasar malam tu, pastu pusing balik tengok kedai-kedai dekat area hotel.

Suasana malam memang meriah. Dekat bawah hotel ni, selain deretan kedai tu, ada ramai juga street seller yang rajin approach dan pujuk korang membeli. Aku dok perati je si penjual kacang tanah. Asyik lah datang kasi kacang kat budak-budak ni. Pastu terus nak bungkus kacang sebeg plastik tu. Aihhh. Aku ni memang terer bab buat muka bodoh, ignorant. Memang ku buat tak tahu je. hahaha. Kejam.

Aku tak membeli dan malas nak berjalan sangat malam tu. Serabut kepala. Haha. Anak-anak pun dah mula buat drama nak beli mainan macam sepupu sepapat. Lepas beli mainan, naik bilik terus. Ummi dah letih. Esok nak bangun awal pulak.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015