Wednesday, March 22, 2017

Ho Chi Minh City 2017 - Day 3 & 4


Hari ketiga di Ho Chi Minh, kami ke Chu Chi Tunnel. 
On the way tu, singgah tempat perusahaan lacquer painting by the disabled. 

Tengoklah proses dia buat lacquer painting tu. Ada yang pakai kulit telur itik dan juga kulit tiram. 
Serius, dia pakai kulit telur itik. Yang dalam bakul tu kulit telur tu lah. Dia pecah kan kecil-kecil, tampal dekat lukisan tu accordingly. Cantik dan halus sangat pembuatannya. 


Khusyuk anak-anak tengok pembuatan lacquer painting.
Kat rumah aku ada satu tau gambar sampan ni. Lama dah beli. Tak tau pun lukisan ni dari Vietnam. Zawji beli dekat Mudah.my je. Dah sampai HCM ni baru perasan. Eh! Lukisan macam kat rumah kita lah. hahahaha... Anak-anak pun bila nampak je lukisan ni, terjerit-jerit panggil abi.. "Macam kat rumah kita lah abi..." huhu..

Lepas dah siap tampal-tampal kulit telur tu, dia gosok pakai kertas pasir. Ke ada proses lain sebelum tu? Lupe pulak. 

Then proses mewarna.

Lepas tu dia sapu lacquer untuk bagi effect kilat tu. Lukisan bawah ni ada before and after sapu lacquer paint.

Kami tak beli pun sebarang lukisan. Mahal. huhu. Tapi cantik-cantik wooo. Adalah jugak yang aku macam berkenan. Tapi harganya tu, mak aihhh. Sampai juta-juta Dong. Pengsan! 

Lepas tu kami terus bergerak ke Chu Chi Tunnel.
Nak tahu cerita tentang Chu Chi Tunnel ni, korang baca kat sini or sini je lah ye. Or korang google je Chu Chi Tunnels, banyak lah yang korang boleh baca. Aku tak sempat nak dengar details cerita tour guide tu sebab dok sibuk kejar anak. haha..

Ni antara secret entrance tunnel tu. Kecik je.

Pakcik ni tunjuk demo cara nak masuk.Nampak tak betapa kecilnya lubang tu. Muat-muat je. Nak tutup, letak dulu penutup tu depan kita, letakkan daun-daun kering penuh atas penutup tu, then pegang ke atas macam pakcik tu buat. Pastu tutuplah slowly dan merangkak lah dalam tunnel yang kecil tu.

Bergambar bersama askar Vietnam. Hehe..

Kereta kebal tinggalan zaman perang.


Sejenis perangkap menggunakan buluh yang dipotong runcing.

Random picture sepanjang kat dalam kawasan Chu Chi Tunnel tu. 



My version of vietnamese soldier (^_^)



Pengalaman jalan dalam terowong kecil. Kena jalan membongkok ke ala-ala merangkak kat dalam tu. Akak memang awal-awal lagi dah disqualified ye. Nak jalan membongkok, ke jalan itik dalam tu macam mana? Itik bunting, tak cukup oksigen, pengsan dalam tu satgi, naya je. hahaha.

Lepas penat berjalan dalam terowong, kita makan ubi kayu rebus. Ala-ala merasai pengalaman orang zaman perang. Tapi kalau dapat cicah sambal tumis ikan bilis ni, perghhh...power.

Naik bas, masing-masing keletihan. Abi dan abang-abang terus tidur. Kenit sorang ni je segar-bugar sibuk mintak makanan. Sebab dia dah syok tidur dalam carrier sepanjang tunnel tour. huhu..Dan ummi lah terpaksa lawan mata yang berat menjaga budak kenit ni since sepanjang tour abi yang kendong die.

Balik hotel, rehat-rehat, refreshed. Lepas maghrib, dinner kedai depan hotel.




Abang-abang dah jumpa geng sepupu sepapat dah tak hirau ummi abi dah..Masing-masing nak melekat dengan geng je. 

Lepas makan, round shopiing di malam hari untuk kali terakhir sebab esoknya dah nak balik dah. Aku tak round pasar malam pun. Banyak beli kat lorong hotel ni je. Tak pening nak tawar harga sangat. Harga buka selalunya dah memang rendah as compared to kat pasar malam. Malas nak gaduh-gaduh tawar harga dan buang masa saja. Huhu..

Vietnamese Iced Coffee - a must try. Ada beberapa jenis jugak yang aku nampak. Yang ni kopi ooze. Yang paling famous kopi Trung Nguyen, paket/kotak warna merah.

Kebab ni pun, aku tengok kemain ramai yang beratur setiap malam. Tapi tekak aku rasa biasa-biasa je. Mungkin tak kena flavour kot.

Masing-masing keletihan. ZZzzZZzzz.

View di Subuh hari. Menara ni sebijik macam menara rebung kan? 

Pagi sebelum check out hotel, baru lah nak menjejak Ben Thanh Market. Lepas breakfast, aku pergi dengan Ma, Ayoh, abe dan Kak Liza. Zawji jadi babysitter budak-budak.

Tak round semua pun sebab masa terhad. So, fokus pada benda yang nak beli je. Ma nak cari sandal dengan kopi. Dapat dua benda ni, aku balik hotel dengan Ma dan Ayoh. Abe sambung pusing market. Tapi on the way balik hotel tu pun singgah kedai kat deret hotel tu pulak. Ma cari telekung lagi.


Dah settle barang Ma, aku turun semula dengan zawji. Masa ni budak-budak dah siap mandi, beg dah siap pack dan bawak turun lobi terus. Hantar budak-budak kat bilik Ma. Aku, zawji dan Fathan je keluar. Misi utama mencari benang kait yang Mama pesan. Bukan dalam market pun. Memusing jugaklah aku mencari. Sebelum tu Ma offer nak teman cari kedai benang tu. Tapi since aku sendiri tak tau dekat mana, kesian kat Ma nak berjalan jauh nanti. Dan lagi satu, aku tak pandai bargaining. So, mesti heret zawji sekali untuk kerja tawar menawar tu. hohoh.

Dia jual tepi-tepi jalan je. Tapi sangat limited lah bilangan untuk each colour tu. Aku pulak blank, lupa mama pesan warna apa sebenarnya. Hoihh.. Lepas tu pening lalat fikir berapa roll yang nak kena beli. Aunty ni pulak tak boleh cakap english ke melayu. Macam ayam dengan itik jadinya. Pakai bahasa isyarat je lah. Tapi murahlah benangnya. Benang jenis cotton sejuk tu tau. 

Dah selesai misi membeli-belah, isi perut final round sebelum bertolak ke airport. Riuh betul.

Dari hotel ke airport naik teksi vinasun arranged by hotel. Dari hotel, dah set charge VND 150k per teksi. Kami ambil 3 buah teksi innova. Dah sampai airport, kalau tengok meter 120k+. Tapi bayar jugaklah 150k. Yang SIL pulak, dia bagi 200k, sekali driver tu pulah 20k je. Means dia charge 180k. Padahal dah kawtim 150k masa kat hotel. Pastu driver teksi tu macam bising-bising cakap ape tah, terus blah macam tu je. Choii..Terkena jugak. Next time kalau datang sini lagi, beringat bayar ape-ape pun, bagi duit cukup-cukup je..huhu..

Kami sampai airport awal. Saja SIL plan macam tu supaya tak rushing sangat. Dengan kiddos yang ramai, boleh bayangkanlah hura-haranya kan. 

Sebelum tu kat hotel, dah timbang beg siap-siap. Pastikan berat luggage yang nak check-in tak lebih 32kg. Pening nanti nak transfer barang bagai.



Sebab banyak sangat masa sebelum boarding, budak-budak ni layan tengok kapal terbang dulu. Mujur jugak. Kalau masing-masing berkejaran dalam tu, pening hoi..


Kat sini takde surau tapi ada free wi-fi. Carilah corner mana-mana yang sesuai untuk solat, check arah kiblat pakai apps.

Masa ambil wudhu', ada makcik cleaner ni standby dengan mop dan muka yang sedikit bengis. Kiterang nak ambil wudhu' pun hati-hati supaya lantai tak lecak. huhu.. Makcik tu memang tercegat kat situ, perhati kiterang ambil wudhu' dari awal sampai habis. Seram. haha..

Atas flight, ummi duduk dengan 2 hero ni. Abi dengan Fathan. 2 hero ni segar bugar sepanjang penerbangan. Cakap tak berhenti, kejap bergurau kejap bergaduh. Ummi ingat nak tidur sekejap, memang tak dapatlah. Baru nak lelap, bergegar gegendang telinga dikejut budak berdua yang sangat bertuah ni.




Kelaparan. Suruh makan sebelum pergi airport, masing-masing sibuk nak main. Dah naik flight baru sibuk mengadu lapar. Orderlah nasi lemak pak nasser untuk 2 ketol hero ni.

Abi jugak yang relax sebab kenit ni tidur all the way from HCM to KL. So, abi pun boleh layan tidur sama.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015