Thursday, July 13, 2017

Salam Aidilfitri 2017


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


Semoga Allah menerima segala amalan kita di bulan Ramadhan, dan miga kita istiqamah mengerjakan amalan dibulan-bulan yang lain seperti mana kita beramal di bulan Ramadhan. Semoga Allah panjangkan umur kita agar dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Allahumma ameen.

Rasanya belum terlambat kan nak wish raya. Raya kan sebulan.. haha..

Seronok tengok orang update tentang kemeriahan Syawal. 2-3 hari nak raya, aku dah terliur tengok ramai yang share done masak rendang etc. Ohoiii... Mampu telan air liur je lah mokcik..

Kawan aku kata, orang pantang tak boleh scroll FB menjelang raya ni. Kena deactivate FB dulu ye... hahaha..

Orang pantang??
Haa.. Alhamdulillah aku dah selamat bersalin seminggu sebelum raya. Tu yang mampu telan air liur je tengok juadah raya yang korang dok share tu.. huhu..Tu gambar kat atas tu, yang gambar kecik kat corner bawah tu, our new bundle of joy, Alhamdulillah..

So, cerita raya aku tahun ni takde ape sangat lah. #TeamPantangRaya kan. Pagi raya pertama jelah pakai baju raya. Raya kedua alu dah start baju uniform pantang, pakai perfume minyak. Duduk rumah diam-diam, enjoy spa-pantang, makan lauk pantang, rehat banyak-banyak.

Nah aku share gambar raya.






 






Balik rumah mak amik gambar je lah. Pastu orang makan rendang ketupat lemang bagai, aku makan nasi impit dengan sup ikan. Dah rupa soto dah. Hahaha. Takpelah... Semoga #MisiKurusKempisRaya ku berjaya. Hahahaha..

Cerita bersalin, pantang, nantilah aku update ye. Tengah mode pantang lagi ni. huhu..

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015