Friday, June 2, 2017

Bebelan di Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan pun nak membebel. Allahu..
Hihi..
Nak cerita random je sebenarnya.

Jumaat lepas aku MC. Sebab hari sebelum tu kena pergi site meeting, nun di Kota Tinggi Johor. Reluctant nak pergi sebenarnya sebab dah approaching 37 weeks masa tu. In fact, masuk je 30 weeks, memang aku avoid travel jauh. Even wedding sepupu zawji dekat Cherating pun kami tak pergi. Tapi apakan daya, SYMP, cubalah gagahkan diri jugak. Supporting staff pulak yang dok risau. Aku pesan doakan yang baik-baik ye, InsyaAllah takde apa-apa.

Meeting pukul 10.30pg. Plan nak gerak dari KL 7.00pg. Tapi 7.40pg baru gerak, waiting for my immediate boss. Kalau ikutkan pukul 7 tu pun tak sempat sampai sebelum meeting start. Driver pun pecut boleh tahan jugak lah. 160 dia pergi. Makyong ni berdoa, beristighfar je lah banyak-banyak. 

Exit Kulai ke Kota Tinggi pulak masuk jalan felda. Boleh bayanglah jalan bumpy macam mana. Senak jugaklah perut makyong ni. Tambah part sakit pinggang, sakit tulang punggung duduk lama dalam kereta. Allahu..Balik hari yang sama, sampai KL lepas Maghrib. Flat terus rasa. Dah mula rasa perit kat bawah tu, jalan pun dah kengkang semacam. Pagi esoknya takyah cakap lah, Nak angkat kaki pun rasa macam azab je. Jalan selangkah-selangkah. Makanya, MC lah makyong ni.

Pergi klinik, minta doc scan baby sekali sebab sepanjang travel tu aku memang tak berapa nak kira baby movement. Dok confuse antara gerak dengan mengeras pun ye jugak. Alhamdulillah baby ok, heart rate normal.

Cik abang manja, peneman ummi di kala MC.


Sabtu pulak zawji demam. Demam yang memang tahap flat, tidur je one whole day. Demam pun, puasa jugak. Aku pulak yang risau. Bangun solat, buka puasa je. Pastu memang melepek je lah. Dari Sabtu membawa ke Isnin. Allahu. Aku ni dok fikir macam-macam dah. Isnin tu aku EL. Dah zawji masih terbaring je macam zombie, risau jugak lah aku. Ajak pergi klinik since dah 3 hari demam tak kebah. Check darah, doc cakap platlet ok. White blood count tinggi sikit. So doc bagi antibiotik. Selasa dia dah a bit ok. Rabu baru masuk kerja. Alhamdulillah dah recovering though pening-pening jugak sikit.

Sepanjang zawji tak sihat, mengah jugaklah makyong mengurus 3 hero tu. Allahu. Biasalah, macam-macam ragam. Bergema-gema lah suara makyong memetir despite of bulan puasa pun.. Adusss..

Melayan imaginasi anak-anak





Hari  ni dah hari ke-7 puasa. Alhamdulillah setakat ni masih mampu bertahan. Sambil tu monitor jugak baby movement. Alhamdulillah aktif je. Kalau baby kurang aktif, mak bukak puasa terus.

Check-up baru ni @ 37 weeks 2 days, berat turun 1kg. Weehuuu.. Nurse cakap berat dah turun, perut pun dah turun. So, standby jelah. Aku pun dah rasa tak berapa nak gigih dan gagah. Mungkin sebab bulan puasa pun ye jugak. Terus cakap kat zawji, rasa macam nak ambil cuti awal. Zawji ok je. Sebab bila fikir-fikir balik, tak gagah tu satu. Dah mula rasa perit kat bawah, perut pun dah rajin mengeras. Sakit pinggang lagi. Dan fikir jugak, alang-alang bulan puasa ni, nak rest and relax sikit dekat rumah, menikmati Ramadhan, buat amal apa yang patut sebelum bersalin. Lagipun, hujung minggu ni, genap 38 weeks. Memang mood counting days je dah ni. 

Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bil khair.



No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015