Friday, October 13, 2017

Introducing Our 4th Hero

Throwback kisah 4 bulan yang lalu...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah aku selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki pada:

16 Jun 2017 / 21 Ramadhan 1438H (Jumaat)
10.40 malam
Spontaneous Vaginal Delivery (SVD)
Hospital Ampang


Berat baby 3.32kg dan 51cm panjang.
Yang paling berat berbanding abang-abang.

Fresh from the oven, dah pandai hisap jari ☺️


Masa dalam LR ada aku cerita sebelum ni doc tanye previous babies, yang paling besar berapa kilo? 2.89kg - abang Faheem. Bila doc periksa perut, doc estimate baby slightly bigger but not too big. Around 2.9 to 3 kg. Aku mengharapkan tak lebih dari 3kg. Takut tak daya nak push baby keluar 😣😣. Sekali keluar, hah... 3.32kg. Allahu.. Alhamdulillah Allah izinkan aku lahirkan baby secara normal despite of you being the biggest baby (among my other babies of course), and dalam keadaan aku berpuasa for 18hours. Subhanallah.


Fathiy, seperti abang-abang yang bertiga tu, juga di diagnos G6PD deficient. Maka seperti biasa, berkampung lah 5 hari dekat hospital. Cuma, as compared to abang-abang sebelum ni, masa Fathiy ni ummi kurang stress sebab TSB level dia ok je. Dia still ada jaundice, tapi mild je. A tinge of jaundice kata doktor. Below photo level. Tapi pasang jugak lampu sehari supaya boleh balik raya dekat rumah, kata doktor lagi.. Hahaha.. Dan biasalah, dah upgrade level jadi mother of 4 g6pd boys kan, doc pun tak bebel banyak dah. Banyak gelak-gelak je. Mama dah kaw-kaw terer punya ni, kata doktor. Haha. 4 boys? All g6pd? Never mind lorr, no.5 will be girl. Mama jangan risau, happy-happy lorr. Nanti mama dapat ramai menantu perempuan. Hahaha.. Macam-macam tau doktor ni. 



Masa 5 hari kat wad tu, yang sebilik dengan aku mostly bersalin anak sulung. Terus akak terasa kertu tau. hahaha. Pastu adalah 2 orang ni anak dia g6pd jugak. Dierang pun noob jugak pasal g6pd. Bile dengar aku ni 4 orang anak g6pd, terus tanya macam-macam. Apa kena pantang, susah ke nak jaga etc. Gelak je akak tau. Pastu aku explain lah apa yang aku tau. Yang sorang ni cakap, akak ni cakap dah macam doktor dah la. Akak gelak lagi. kahkah. 4 orang dah dik oii. Asyik dengar dialog yang sama je, memang sebijik lah yang keluar nye..


21/6/2017, Alhamdulillah dah boleh discharge riang ria sebab TSB well below photo level. Photo level at day 5 of life 250+ while Fathiy's TSB level 146. Tapi still kena monitor TSB at KKIA. Yeah Fathiy boleh balik raya. Tapi raya kedua kena pergi hospital check TSB lagi. hahah.


Alhamdulillah juga, cukup usianya 7 hari, kami namakan dia 
Muhammad Fathiy
(sebutannya: Fat-hiy) yang membawa maksud Yang terpuji, pembuka/kemenangan. Sama maksud dengan nama abang Fathan.

Ada yang mencadangkan nama Fattah Amin, tapi ditentang hebat oleh abang Faheem (walhal dia tak kenal pun FA tu siapa). kahkahkah... Kata abang, adik Muhammad (panggilan kepada adik Fathiy sebelum diberikan nama) sendiri tak suka nama FA. Adik menggeleng kepala bila abang tanya nak nama Fattah Amin tak? huhuhu... Apa-apalah abang Faheem oiii..

Nama Fathiy diambil sempena nama tokoh agamawan, ilmuan dan tokoh gerakan islam yang tersohor Lubnan iaitu Almarhum Ustaz Dr. Fathi Yakan. Mudah-mudahan adik Fathiy mewarisi ketokohan dan kepandaian ilmu Syeikh Fathi, insyaAllah, Allahumma ameen.

On the very same day juga abi cukur rambut Fathiy. Rambut raya kononnya. Bald but handsome kan?


2 comments:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015