Tuesday, October 17, 2017

Fathiy: 4 Months

Tak sempat nak update milestone baby setiap bulan. Lompat terus ke bulan yang keempat. hihi.. Lump sum jelah ye..

Carta tumbesaran Fathiy semenjak lahir hingga usia 4 bulan

Newborn: 3.32kg - 51cm
1 bulan: 4.8kg - 58cm
2 bulan: 6.0kg - 60cm
3 bulan: 6.8kg - 63cm
4 bulan: 7.4kg - 64cm

Semangat adik oii, bila dibanding dengan abang-abang dia. Ummi tak biasa anak tubuh semangat. Selalu halus-halus je. Lenguh jugak tangan ummi mengendong..hahaha..

Alhamdulillah sihat walafiat. Dah kongsi saiz diaper dengan abang Fathan..huhu..Baju pun, saiz nb dan 0-3 bulan tu dah sendat. Pakai saiz 6-12 bulan baru selesa sikit. Boleh kongsi baju dengan abang Fathan je lah lepas ni. 

Fathiy sangat kuat minum susuuuuuu..
Minggu pertama hantar ke pengasuh, ummi bekalkan 4oz x 5 botol. Ummi estimate habis 4 botol. Extra kan 1 botol in case ummi balik lambat. Ok lah, habis 4oz x 4 botol. The next week, masih berbekalkan 4oz x 5 botol. Tapi, licin semua 5 botol. Cuba bertahan bagi 4oz x 5 botol lagi for the following week. Tapi hari Jumaat minggu ke-3, pengasuh kata 4oz tak cukup. Fathiy mengamuk bila susu dah habis sebotol. Terpaksa panaskan lagi separuh botol. So, ummi buat 5oz x 5 botol. Sepanjang minggu lepas, ada sekali je kot ada extra 1 botol tak berusik. The rest, all 5 bottles licin. 25oz sehari di rumah pengasuh. Ummi urut kepala je. Memang kalah rekod abang-abang. Abang-abang dulu minum 12-16 oz je max. Sekali minum 3oz. Adik? Champion.

Pengasuh siap pesan, ummi jangan diet-diet. Makan je banyak. Nak supply susu kat Fathiy. huhuhu. Memang tak mampu nak diet lah anak oi..Semoga Allah permudahkan urusan penyusuan kali ni dan murahkan rezeki adik Fathiy. Allahumma ameen.

Sebab gigih nak supply susu untuk adik (konon-nye), ummi senyum je tengok penimbang. Berat terkini, 51kg, berbanding berat maksima masa pregnant, 61kg. 10kgs down dan kembali ke berat di awal perkahwinan. Misi kurus berjaya,  tapi tak kempis. hahaha.. Tak gigih nak workout kekdahnya.

Dalam hari lagi. Habis naik ruam-ruam kasar kat muka. Geram ummi tengok. Rasa nak picit-picit je.

Day 44. Yay!

1 bulan

2 bulan


3 bulan



4 bulan


 Semoga membesar dengan sihat dan cergas, dan jadi anak yang soleh lagi musleh. Allahumma ameen.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015