Monday, October 30, 2017

Khatan Fathiy di PoliKlinik Alam Medik, Taman Melawati

Setelah merasa pengalaman mudahnya menjaga Fathan berkhatan sewaktu masih bayi, kami decide untuk khatan Fathiy semasa bayi juga.

Rancangan asal, tentulah nak khatan di tempat yang sama macam Fathan dulu. Unfortunately, kami dimaklumkan pihak hospital tersebut tidak lagi menjalankan prosedur khatan bayi lelaki. Agak sukar sebenarnya nak cari klinik/hospital yang buat prosedur khatan bayi lelaki. 

Tiba-tiba teringat ada satu komen di entry terdahulu tentang khatan Fathan, saying that they did perform khatan for baby boy. Laju-laju cari balik entry lama dan terus cari contact number.

Call, terus set appointment since staff klinik kata boleh booking on weekend.
Lepas tu, doctor sendiri call Tanya details anak yang hendak di khatan, dan terangkan serba sedikit kaedah khatan yang available. Since Fathan dulu pakai plastibell, untuk Fathiy pun aku decide pakai plastibell juga. Ummi kuasa veto kan. Haha. Harus ok. Sebab ummi yang akan mengadap menjaga mencuci nanti. 

So confirmed date dengan doctor.
Hari yang ditunggu pun tiba. Seperti Fathan juga, doctor kata nak ukur dulu untuk tentukan saiz ring plastibell. Kalau takde saiz yang bersesuaian, kena guna kaedah lain which is, laser. Then doctor bagi local anaes. Menjerit jugalah si kecil tu. Doctor minta susukan dulu baby, bagi dia relax dulu.

Then the procedure time.
Kalau masa Fathan dulu, aku kena tunggu dalam satu bilik menunggu while the nurse took him into the operating room, then hand him over after the procedure, tengah menangis cebik-cebik. This time around, aku masuk sekali dan witness the procedure with my own eyes. Ummi yang nervous lebih. Nak elak dia meronta, ummi tolong pegang tangan Fathiy, sambil zikir kat dia, sambil ngeri-ngeri tengok doctor sunat baby.


Menjerit sakan jugak Fathiy ni. Tapi Alhamdulillah it's a smooth procedure. Cuma ambil masa sikit sebab ada lapisan selaput melekat. Dah selesai, doctor letak ubat, then bagi ubat antiseptic kuning tu dengan PCM. Doctor kata to come again in a week time sebab dia nak tengok luka ok ke tak.
Before, during & after procedures.

The day after khatan tu, received a call dari klinik. The staff follow up tanya luka ok tak, ada bleeding tak, baby ok ke tak. Masa ni aku perasan yang bahagian kulit belah atas anu Fathiy tu Lebam. So, Tanya lah terus kat staff tu. Dia minta aku WhatsApp terus kat doctor, tunjuk gambar. Aku pun WhatsApp lah tuan doctor. Dia kata tu bengkakdarah je, akan hilang sendiri. Then doctor tanya baby's condition, ada menangis teruk ke tak, active bleeding ke? So far, the rest Alhamdulillah ok. Just have to monitor kalau baby demam or ada pendarahan.

After 1 week, pergi check luka. Doctor cakap wound ok, cantik. Dah half tanggal. Will take another 2-3 days untuk tanggal habis. Alhamdulillah. Kes Fathiy ni, it takes 2 weeks untuk tanggal habis. 

Few weeks after, doctor ada mesej lagi Tanya condition dan progress baby.
Bagus betul. Good aftersale service, kerja pun teliti. Sangat-sangat recommended.

Those yang nak khatan anak, be it baby, toddler or kiddos yang dah sekolah, boleh lah dapatkan servis kat PoliKlinik Alam Medik ni.







2 comments:

  1. Replies
    1. kalau untuk bayi lelaki dgn teknik plastibell tu, RM350. Yg laser saya lupe berapa. Kalau utk kanak2 lelaki, sy tak pasti. Selalunya lebih murah dari bayi. Tapi encik boleh contact pihak klinik seperti yg tertera dlm gambar di atas. Doktor dia sgt friendly.

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015