Thursday, October 19, 2017

4th Baby : Confinement Package

Untuk berpantang kali ni, awal-awal lagi aku dah booking makcik urut yang masa bersalin Fathan dulu, Cik Intan.Bezanya dulu ambil melalui agent, kali ni aku booking Cik Intan direct. Bulan 2 lagi aku dah book sebab nak bersalin bulan puasa kan, takut takde slot.

Asalnya plan nak ambil seminggu je macam Fathan dulu. Fikir balik, aku nak perbetul balik urat-urat, buang angin semua, and nak pantang proper sikit this time, aku mintak extend lagi seminggu.

Pakej yang aku ambil covers:

Untuk seminggu (untuk 2 minggu just times by two):
❤️   5 × Mengurut
❤️   5× bertangas
❤️   7×bertungku
❤️   7× mandi herba
❤️   7× ikat bengkong
❤️   5x sauna herba
❤️   Masak utk ibu berpantang
❤️   Basuh baju ibu n baby

Treatment baby:
❤️   mandi baby
❤️   Mengurut baby
❤️   Tuam baby

Dan untuk penutup pantang pulak:
⚜urut
⚜tungku
⚜sauna herba
⚜mandi lulur
⚜mandi rempah
⚜mandi bunga
⚜naik seri

Aku kan bersalin seminggu sebelum raya, then baby kena warded 5 hari pulak. So aku fikir, lepas raya lah start mengurut , considering Cik Intan nak balik beraya kat kampung. Cik Intan kata, raya kedua dia dah boleh mula. Alhamdulillah. Tak sabar juga nak perbetul urat-urat badan yang dah kembang ni.

2 minggu straight treatment dengan Cik Intan. Alhamdulillah semuanya teratur. Bab treatment memang puas hati sangat. 10 hari berurut, sauna dan tangas. Memang ringan sungguh rasa badan. Part yang berat, banyak angin tu memang sakit. 3 hari pertama urut memang menahan je aku. Especially kat betis dengan bahu & belikat. Aku memang selalu sakit kat situ and in fact Cik Intan pun cakap these areas memang keras, kena uli betul-betul. Hari keempat tu baru rasa lega sikit. Bila uli tang situ, kurang dah rasa sakit. Part sauna tu, berjuraian peluh merembes keluar. Lega betul rasa. Tapi dah banyak keluar peluh tu, kena balance balik water intake. Kalau tidak, berdenyut sakit kepala. Dehydrated agaknya. Mandi air herba suam-suam panas tu pun, Allahu, segar rasa badan.

Penjagaan baby pun, Alhamdulillah ok. Cik Intan ajar sekali macam mana urut baby especially the private part tu. Budak lelaki, takut kena angin pasang. Nauzubillah. Masa Fathan dulu pun dia ada ajar. Tapi dah 2 tahun, ingat-ingat lupa. huhu. Fathiy ni pun bila dengan Cik Intan, jughuh molek, Alhamdulillah. Tak banyak ragam. Elok je tidur.

Basuh baju baby pun masuk dalam skop. Since baju baby tak banyak sangat, so 3-4 hari baru basuh. Suppose termasuk baju aku sekali. Tapi baju aku, zawji & abang-abang, zawji basuh almost setiap hari. So tinggal baju baby je lah. Tu yang kena kumpul 3-4 hari punya stok. heheh.

Bab makan, haihhh... Yang ni memang makan setambun nasi. Sedap-sedap lauk Cik Intan masak sampai aku takdelah terliur sangat tengok juadah raya. Adelah terliur sikit. huhu.. Tapi sebab lauk pantang pun boleh tahan sedap, taklah terkilan sangat. Bahan-bahan basah/mentah, kita sediakan sendiri. Tapi kalau ada yang Cik Intan rasa kurang/perlu, dia akan bagitahu untuk keesokan harinya. Dia takdelah dictate hari ni kena lauk ayam, esok nak masak ikan etc. Kita je kena plan sendiri kita nak makan apa, dan dia akan masak accordingly. Maksud aku bahan mentah nye je lah. Jenis masakan, on Cik Intan. Kadang dia akan advise lauk apa yang boleh, apa yang tak boleh. Macam ayam, since aku bersalin normal, lepas 2 minggu dah boleh makan ayam dah. Preferrable of course ayam kampung. Tapi kalau takde ayam kampung pun, isi ayam or bahagian yang tak berlemak should be ok. Cik Intan suka masak guna minyak bijan. Baik untuk dalaman katanya.










Untuk penutup pantang, aku ambil 3 hari terakhir. Ada lulur sekali. Menikmati sungguh. Pastu mandi air bunga. Allah segarnya rasa, dengan bau air mawar campur limau purut. Wangiiiii. Best betul.

Cik Intan buat treatment ni assisted by anak/anak-anak dia. Paling selalu, adik lah. Along ada datang sekali. Along dengan adik ni aku dah pernah jumpa dari masa Fathan. Masa tu selalu dengar Cik Intan bercerita pasal anak-anak dia. Kebetulan masa tu Angah tengah mengandung. Seronok dia bercerita perihal anak cucu. Peramah sungguh. Memang macam dah lama kenal. Kali ni, dapat pulak aku jumpa dengan Angah dan anak dia yang bongsu tu, muda sikit dari Fathan. Tapi semangat nye si gebu tu Subhanallah. Bila ada assistant, memang cepatlah kerja Cik Intan. Sambil dia urut, anak-anak dia jerang air herba untuk mandi, panaskan tungku, sediakan bahan untuk masak. Bila aku dah masuk sauna, terus Cik Intan beraksi kat dapur pulak. Part sapu pilis, param, tungku & ikat bengkung, adik/angah pulak buat. Sambil tu Cik Intan mandikan baby. Kalau ada along, along cover bab urut. Mudah dan cepat. Memang teratur je kerja semua.

Overall aku puas hati sangat. Badan rasa sedap, ringan sangat rasa. Makan pun sedap. Ohoiii. Letak nasi penuh sepinggan pun rasa tak cukup. huhu.



3 comments:

  1. gulp...nak amik cik intan jugak lah kali ni, tp tengok lauk cenggitu camne aku nak diet iliy... hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg x diet aku ne.. sekali makan nasi sebumbun..huhu..

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015