Thursday, November 16, 2017

Homemade Sausage and Nugget


My kids being ordinary kids like most of all other kids, memang sangat suka makan foods macam sausage dan nugget ni.

Jadi ummi pun cubalah buat homemade version. Masa roh rajin datang menjengah lah kisahnya ni. Itupun di kala masih sedang cuti bersalin tempoh hari. hihi..

Mula-mula try buat sosej dulu.
Pakai resepi ni (sumber resipi):

Bahan2:
500 g isi ayam
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji telur
4 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil lada hitam

I add on shitake mushroom.

Cara-cara nak buat boleh refer kat link di atas.

Gigih lah ummi bersenkgkang mata piping bancuhan masuk dalam plastic aiskrim nih. Mula-mula macam susah sangat nak pipe in. Piping pun pakai diy je guna plastic, potong hujung tu. Lepas tu plastic aiskrim tu pun macam susah je bila aku buat macam yang dalam link tu. Sebab piping diy, muncungnye tak tirus, susah lah sikit. Aku adjust-adjust ikut cara aku, barulah dapat tune dan laju lah sikit. Kalau tengok saiz sosej pun boleh agak. Yang pendek tu tangan tengah gigil-gigil lagi. Dah dapat tune baru berani buat panjang sikit. Yang paling panjang sebab dah bancuhan terakhir. Kasi licin je semua. haha..




Lepas tu try buat nugget pulak. Guna bancuhan yang sama macam sausage. Tapi tambah lobak merah, cendawan butang, lada capsicum..


Gaul sebati semua bahan


Untuk nugget ni, aku letak adunan dalam loyang je. Ratakan semua adunan dalam loyang. Alas dulu dengan plastic or aluminium foil supaya mudah nak keluarkan adunan yang dah beku nanti. Lepas tu simpan dalam freezer sehingga beku.


Frozen batter


Keluarkan dari Loyang, potong ikut saiz yang disukai. Aku buat fingers. Senang budak-budak nak pegang.


Then rebus dalam air panas mendidih sehingga ia timbul. 


Angkat dan toskan. Boleh je nak makan begini saja. Atau...


Celup dalam tempura batter atau breadcrumbs dan goreng. Siap untuk dimakan.


Alhamdulillah, the kids love it.
{Bila roh rajin nak datang lagi ye? haha}

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015