Tuesday, November 21, 2017

Tahun Akhir Faheem di Pra-Sekolah - Exam dan Ihtifal


Tahun ini tahun terakhir Faheem di pra-sekolah, specifically, di Pasti Ubudiah.
InsyaAllah tahun hadapan bermula episod pembelajaran baharu untuk abang Faheem.


Dah masuk minggu terakhir persekolahan pun. Alhamdulillah it's been a great and wonderful year for him and Faqeeh too.

Secara keseluruhan, both Faheem and Faqeeh did well in their exam. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Mudah-mudahan anak-anak ummi menjadi insan yang berilmu, beriman dan beramal soleh, sentiasa dalam rahmat dan redha Allah, sejahtera dunia dan akhirat. Allahumma ameen.

Result exam Faheem

Result exam Faqeeh

Alhamdulillah juga, both of them layak untuk ke peperiksaan setara peringkat kawasan.

Khusyuk menjawab soalan setara.

Yang seorang ni, sokmo muka tercengang. haha..

Selesai jawab exam, cikgu bawa tapau Pizza Hut. 


Result exam setara. Alhamdulillah, they have done their very best. 


18hb baru ni, ada Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Kawasan Pandan 2017.

Anak-anak Pasti Ubudiah buat persembahan nasyid dan laungan azan oleh muazzin cilik, wakil Pasti Pandan ke Alam Ria Pasti Negeri Selangor.

Alhamdulillah, anak-anak naik pentas untuk anugerah pelajar cemerlang diikuti dengan konvo anak-anak Pasti 6tahun.








Syukur Alhamdulillah. Thank you Allah yang memberi kefahaman kepada anak-anak ini. Mudah-mudahan anak-anak terus berusaha dengan gigih untuk menjadi insan yang cemerlang ilmu, cemerlang juga akhlak peribadi. Moga menjadi insan yang berguna kepada ummah.

Terima kasih yang tak terhingga juga buat cikgu-cikgu yang gigih mendidik tanpa jemu. Moga Allah sentiasa merahmati dan meredhai segala usaha murni cikgu-cikgu.

Tahun depan Faheem darjah 1. Permohonan ke sekolah kebangsaan yang terhampir dah berjaya. In the same time, ada juga interview di sebuah sekolah agama swasta. Alhamdulillah diterima juga. So, keputusan di tangan ummi dan abi. Ya Allah, bantu kami dalam membuat keputusan terbaik untuk anak-anak kami.
Faqeeh pula, untuk pertama kalinya, meneruskan persekolah tanpa rakan gaduh.

Jauh lagi perjalanan hidup kalian.
Ini hanya permulaan sebuah kehidupan.
You'll experience ups and down.
Ummi dan Abi, cuba berusaha untuk melengkapkan kalian dengan ilmu asas kehidupan.
Mudah-mudahan kelak, biar apa jua ujian yang Allah berikan, kalian bisa hadapi dengan bekalan iman tebal di hati.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.
InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015