Wednesday, December 27, 2017

Abang Faheem Dah Masuk Darjah 1


Tahun 2018 abang Faheem officially Darjah 1.
Tentang sekolah ni, banyak benda yang aku dan zawji fikir. 
Actually, aku dah buat dah pun buat online registration untuk kemasukan persekolahan tahun 1 sesi 2018 dan dapat dah pun sekolah terhampir.

Tapi....At last, we opt for private school, though tidaklah terlalu hampir dengan rumah as compared to sekolah kebangsaan.
One of the reason, abang Faheem ni sendiri cakap taknak sekolah dekat SK. Nak sekolah agama katanya. Kami try jugak cari SRAI yang terhampir. Tapi, yang terhampir pun, agak jauh juga. Dari segi logistic, memang tak worth it. 

Pilihan sekolah agama swasta yang berhampiran dengan rumah, dengan surrounding yang menepati citarasa kami, pun tidak banyak sebenarnya. Ada yang looks perfect, tapi dari segi yuran pula jauh dari bajet kewangan kami yang ber-anak 4 ni.

Alhamdulillah we found this school yang not too near yet not too far, dan Alhamdulillah Faheem diterima untuk masuk ke sekolah ni setelah sesi interview.

 Sesi persekolah telahpun bermula 19 Disember yang lalu, lebih awal dari sekolah mainstream.

Persediaan untuk sekolah?
Uniform sekolah adalah jubah dan kopiah putih. Tapi we were told ada pertukaran uniform untuk sesi 2018. So, tak perlu beli uniform dahulu, pakai sahaja baju melayu atau jubah sendiri sementara ada stok uniform baru.

Hari pertama sekolah, Faheem pakai kurta raya je dengan kopiah Gaza. Huhu.
Ummi tak tunggu lama pun on his first day. Sementara ummi beratur nak selesaikan yuran, Faheem dah naik ke kelas. Selesai bayar yuran, ummi terus balik since tiada taklimat ibu bapa on that day.

Tak sempat pun salam abang or pesan anything. Risau jugak memikirkan macam mana dia di sekolah dan macam mana dia balik sekolah nanti. Ye lah, ummi tak sempat pun nak bagitahu tunggu kat mana ke apa. Memang tawakkal je. Allahu.

Lepas solat Asar baru lah pergi jemput abang long ni. He was standing in front of the office with others. Sangat tenang dan bersahaja. Nak menangis rasa tengok anak dah besar.

Bila tanya seronok ke tak. Happy je dia. Alhamdulillah. 
Dah pandai berkawan, pandai bawa diri.

Hari pertama sekolah.


 Since belum dapat uniform, belikan jubah biasa dulu. Kesian dia asyik tanya jubah sekolah mana.


Ni pun bukan uniform sekolah. Tapi dia insist nak jahit nama pada jubah. Name tag pun yang masa Pasti punya. Layankan jelah. 


Semoga Allah permudahkan semua urusan Faheem, beri kemudahan dan kefahaman pada Faheem untuk belajar dan jadi al-hafiz, insyaAllah. Semoga Faheem istiqamah, sentiasa bersemangat untuk belajar dang menghafaz al-Quran. Semoga sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah.

Allahumma ameen.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015